Monday, September 2, 2013

Family Trip Holiday Jakarta Bandung 2013 | Yeay Time To Holiday | Masa Untuk Berlepas ..^_^..| Pengalaman Pertama Ziqry Naik Kapal Terbang

As Salam,


Yeay..time to holiday, hari yang dinanti² untuk bercuti telah pun tiba, hari yang ditunggu oleh anak² untuk naik kapal terbang, Zaquan menghitung hari  nak cuti ..asik tanye lagi berapa hari nak sekolah n berapa hari lg nak naik kapal terbang..huhu. Ziqry pun sama teruja nak naik kapal terbang buat pertama kalinya.



22 Ogos 2013 (Khamis) seawal jam 4.00pagi sudah bersiap sedia untuk keluar rumah, Flight pergi kami jam 7.00pagi dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Jakarta jam 8.05pg waktu Indonesia (Perbezaan waktu Indonesia 1 jam awal  dari waktu Malaysia).


Ikutkan pagi tu Mama dh janji dgn Adik kedua Mama untuk tolong hantar kami ke LCCT, seperti yang telah dijanji Adik Mama dtg tepat pada masanya n dalam masa yg sama Family Mertua Mama janji nak jumpe di Impian Maju untuk bertolak sekali, bila sampai di Impian Maju, Family Mertua Mama ajak minum dulu sblm bertolak ke LCCT, tp Adik Mama x dpt nak join minum sekali sbb lps hantar Mama ke LCCT dia perlu ke sekolah plk (Cikgu), Jadi kami igt nak terus je ke LCCT tp FIL ajak jgk minum dulu n cadangkan kami tumpang mereka sekali naik Van, Family Mertua Mama sewa van sekolah utk ke LCCT (Van Sekolah Jiran), pada mulanya kami igt x muat nak naik sekali Van Sekolah tu yg Mama deal dgn adik Mama utk hantar kami. Nasib baik Adik Mama x kisah kami x jd minta tolong dia w/pun dia dah bersusah payah utk bangun awal pagi utk hantar kami. Jadinya pagi tu kami semua isi perut dulu di Impian Maju sebelum ke LCCT dgn menaiki Van Sekolah yg disewa oleh FIL. Zaquan naik dgn Family Acik Uyun satu kereta.

Alhamdullillah perjalanan kami berjalan dgn lancar w/pun dalam perjalanan kami ke LCCT pagi tu hujan dah mula membasahi bumi. Urusan di kaunter chek in juga berjalan dgn lancar. 

Menunggu masa untuk check in luggage

Adik Ziqry yg sibuk nak pegang passport..cepat dik kita nak masuk balai berlepas dh ni..


Yezza..dah selamat masuk ke pintu perlepasan


Alhamdullillah dah selamat naik kapal terbang pun, x sabar nak tengok reaksi Adik Ziqry yg 1st time naik kapal terbang. 


Pengalaman Pertama Ziqry Naik Kapal Terbang

Kalau nak tahu pengalaman pertama Ziqry naik kapal terbang sememangnya dia sangat teruja nak naik kapal terbang, sebelum nak naik kapal terbang setiap kali nampak kapal terbang dia akan tunjuk  ada kapal terbang n nampk la di muka dia (teruja n happy) bila kami bgtau kita nak naik kapal terbang ni..TAPI...sebenarnya sepanjang perjalanan menaiki kapal terbang dia TIDO...hahahaa..so dia x rasa la feel sbnr pesawat naik dan turun...Pergi dan Balik tau dia TIDO sepanjang perjalanan.

Tapi....(berapa byk tapi daa..), w/pun dia x dpt feel pesawat naik dan mendarat, tp dia puas hati la kot dia rasa dia dh naik kapal terbang sbb dia dpt jgk la main skjp dlm pesawat sbb pesawat kami delay time dalam pesawat setengah jam waktu pergi dan balik. Waktu pergi pg tu kemain lagi dia main tingkap pesawat. Itu yang masa waktu balik dia nak duduk tepi tingkap jgk sbb waktu pergi dia dpt main tingkap. Waktu balik tu dh malam, kami plk x sama tempat duduk (terpisah dgn Papa) , dh tu x dpt tempat duduk tepi tingkap, apalagi mengamuk la Adik Ziqry, menangis sekuat2nya, bak kata nenek dia, bergegar la flight dgn suara dia je...huhu. Mama pujuk pun dia x makan saman, sampai la akhirnya Atok n Nenek yg kebetulan duduk tepi tingkap tukar tempat dgn Mama n Ziqry, dpt duduk tepi tingkap terus diam...(kebetulan flight delay dlm pesawat lagi) dapat la tgk2 tingkap menunggu masa pesawat nak naik, Adik Ziqry terlena akhirnya..Apa la Adik ni..mmg xde rezeki Adik nak rasa pesawat naik dan mendarat, tp ada hikmahnya jgk, x tau la kalau Adik terjaga sepanjang perjalanan ( 2 jam perjalanan) dia bosan ke kan..buat perangai ke.., ini tido..aman la sikit orang dlm kapal terbang tu.

Zaquan plk mcm mane, Zaquan dh biasa naik flight, dh selalu ikut Atok n Nenek berjalan, bln 10 ni nak naik flight lg ikut Atok n Nenek g Vietnam plk (Zaquan sorang je tau, Papa, Mama n Adik x join pun) so dia xde lah teruja sgt n alhamdullillah xdelah dia buat perangai, dia pun sama tido je dlm perjalanan spjg pergi dan balik.

Hari pergi dalam flight ~22 Ogos 2013 ~ 7.00 a.m
Adik sempat lagi kesana kesini dok main tepi tingkap..time flight delay
Pagi tu Abg, Adik dan Papa duk satu baris, Mama duk sebaris dgn MIl di depan diorang.


Sedap tido dlm flight ye dik, Orang semua dh nak turun dr flight, adik masih lena tido..


Hari Balik ~ 27 Ogos 2013 ~ 6.35p.m waktu indonesia @7.35p.m waktu Malaysia
Menangis x igt..sekuat2nya meronta2 mau duk tepi tingkap..


Akhirnya dpt jgk duk tepi tingkap..terus diam n tersenyum happy..


hehe..tp sudahnya tertido jgk, elok pesawat nak naik dia pun tido. Bila tgk dia lena lps isyarat boleh buka tali pinggang, terus baringkan Ziqry di tengah. Dia tido sampailah pesawat mendarat.


Begitulah kisahnya hari perjalanan kami, biasalah tu kan bawa anak kecik berjalan jauh ni, x boleh nak elak mcm2 ragam, so kita sbg Mak Bapa nak x nak kena la bljr bersabar. Yang penting Alhamdullillah perjalanan kami selamat, kami selamat sampai Lapangan terbang Soekarno Hatta International Airport, Jakarta papa jam 9.30pg waktu Indonesia.

p/s : kalau story ttg holiday.., x dpt nak elak mesti ada sambungan n3..hehe. Jenis Mama plk suka nak cerita step by step..kalau boleh semua nak cerita, lps tu bila tinggal (x update) mula lah malas..:p , sabar je la kannnn....kalau n3 percutian ni akan jd spt n3² percutian yg lain...citer x pernah abis..huhu


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

10 comments:

  1. yes. aida tunggu next entry pasal jakarta bandung :-)
    ni plan aida next year kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aida, tp eija nye n3 xde lah details sgt pasal jakarta bandung ni, mana yg eija tahu eija kongsikan, urusan budget n costing n booking semuanya FIL yg uruskan, kami pk belanja shopping je, tempat2 shopping di Bandung pun kami x terjah sgt, di Bandung kami byk sesi lawatan..hihi

      owh ye ke mmg ramai org Malaysia yg suka bercuti di Jakarta Bandung ni..

      Delete
  2. mama pg bandung ke, bwk budak mcm tu lah.. mair pun sibuk nak naik keretapi dn ayah, nak naik bas.. nak naik kapal terbang hahahahaha ... tp semua pun x berkesempatan lg, amir naik keretapi pun dgn kwn² tadika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kami g Bandung & Jakarta.
      hihi..ye lah yana bdk2 mmg byk benda dia nak tahu n teruja bila tgk benda2 yg 1st time bg mereka ni kan..

      owh ye ke, ok la dpt jgk la amir naik keretapi..

      Delete
    2. akak sy ada pos surat kat akak .. tp pos tu dah return kat sy balik sebab raya akak xde kat rumah .. dan akak bercuti ni ... nanti sy nak pos balik .. akak bg tahu eh nak guna alamat mana yg senang.. mujurlah pakai pos berdaftar .. kalau x dah burn agaknya surat tu

      Delete
    3. owhh ye ke yana, sorry ye yana x berkesempatan nak amik surat berkenaan sampai dh return ke yana semula..

      ok nanti sy email yana ye.., sorry lwt reply sbb mmg bz holidays dan oustation..hehe

      Delete
  3. tq blogwalking disini,
    ok, saya dh BW pun..blog shaklee ye..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan

    Saya Tony dari Mutiara transport Bandung, menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.

    Bandung Sewa Kereta membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com


    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung

    Kereta Taip Daily/14 jam
    Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000

    Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000

    Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

    KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

    Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

    Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000

    * semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.


    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.


    CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
    HP / SMS / CALL : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Jom pegi bandung 199rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

    Tentative Program Day1 *Tiba di airport Bandung *Pasar Baru trade center *Lunch Check in Hotel *Toko Tiga ( Branded Jeans ) *Membeli-belah di Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage, Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret ) *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2 *Gunung Tangkuban Parahu *Ciater Hot Spring *Kebun Strawberry and tea park *Lunch *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc) *Dinner & kembali ke Hotel

    Day3 *kawah putih crater/trans studio indor themes park *Check out Hotel *rumah kain sulam kat taman kopo * cibaduyut-shoes and jacket leather original *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda) *Airport transfer

    Term and condition *included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast *included entrance fee tangkuban perahu sahaja *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa *minimum 6 pax *not included lunch and dinner *not included ticket flight and airport tax *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    Mohd Tony Whatapps / call / sms : +62 858 6137 8328 (fast response) Email : Tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails