Friday, September 6, 2013

Jadi jugak kami bercuti ke Genting Highland 6- 8 Sept 2013.

As Salam,

Semalam mama ada story diduga dgn kesihatan yang x berapa sihat dan Wallet Mr. Papa hilang. Ermm mmg confirm wallet tu dh selamat diambil org, so hari ni Mr. Papa EL untuk uruskan segala urusan kad² nya yg hilang. Alhamdullillah demam Mama dh kebah cuma alami masalah cirit birit plk..huhu. 

Setelah berbincang dgn Mr. Papa smlm, agenda family trip kami ke Genting Highland pada hari ini 6hb hingga 8 Sept. 2013 tetap diteruskan lagipun bilik di Hotel berkenaan booking atas nama Mr. Papa + niat mmg nak gunakan annual pass Zaquan n Ziqry yg Atok n Nenek belanja masa kami bercuti di Genting akhir tahun lepas, annual pass berkenaan nak tamat tempoh pada Oktober thn ni, rugi plk kalau cuma sekali guna je sbb annual pass berkenaan boleh digunakan untuk 1 Year Unlimited fun at Genting Higlands. Jadinye kami xde la keluar duit sgt n rasanye mmg kami x main la kot, teman anak2 main je lah.

Ini dia Annual Passport Zaquan n Ziqry yg akan tamat tempoh pada Oktober 2013 ni.


Mengikut perancangan kami akan bertolak selepas sembahyang Jumaat, Mama amik half day hari ni.., Memandangkan Mr. Papa amik cuti kecemasan so Ziqry x g taska la hari ni, dia ikut Mr Papa sementara Zaquan plk mlm semalam dh bermalam di rumah Atok n Neneknya sbb diketika ini dia dh selamat menaiki bus bersama Atok, nenek dan Sepupunya Dania ke Genting highland, balik nanti baru FIL n MIL naik satu kereta dgn kami, Adik2 Ipar plk satu kereta.

Pagi td buka FB nampak Nenek Zaquan dh upload pic diorang dh nak bertolak tunggu bus..so mama cilok 4 keping pic ni dr FB MIL..hehe

Encemnye anak Mama..seronok la tu nak g bercuti ke Genting,
mlm semalam lg dah teruja siap pakai Jaket yg atoknye belikan di Bandung, berkaca mata hitam dan bawa beg silang (sshhhh..dlm beg silang dia tu berisi spender power rangers..:p)


Cucu2 Atok sibuk memandang bas je..



Atok n Nenek bersama sepupu Zaquan, Dania.
Agaknye gambar ni Zaquan la kot yg amik..


Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik :)

Kemaskini ( 6/9/2013 - 12.10 tgh)

Alhamdullillah, Atok, Nenek, Zaquan dan Dania dh selamat sampai Genting (sumber Fb MIL)


Cantik posing Zaquan n Dania bersama Neneknya


Wah memasing dh aim games..



 Main sesama n elok² tau..jgn gaduh²..nanti petang Mama, Papa n Adik sampai.. :)


Sampai² dah terus main..yelah memasing ada Annual passport..



Puasla diorang main nampaknye, menjelang ptg kami sampai..rilex dlm bilik je la ke bdk2 ni x kenal erti penat dan puas bermain..hehe

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

14 comments:

  1. seronoklah diorang berdua tue.. mesti tak reti penat punyalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau tgk gambar yg mak post ni, mmg tgh berseronok la tu..
      hahaa..ye la tu kot lg2 dpt main bumber car..10x main pun xpe..

      Delete
  2. Oh.. cuti dgn nenek mama tak ikut
    Kesiannya hubby eija hilang purse tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama nye ikut tp g lewat sikit lps jumaat br bertolak, zaquan pergi dulu dn atok n nenek dia..

      itulah sedey n ralat rasanye..

      Delete
  3. mahal tak passs tu?
    selalu ade time limit ke main kat situ?
    gombak dgn genting takdelah jauh sgt tpi entah bile nak dpt pergi
    ahahha
    byk nau tnya
    sorry

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal jgk tp berbaloi sbb boleh guna untuk tempoh 1 tahun unlimited.
      pertama kali buat kad tu harganya RM118, tp lps tu kalau nak renew RM78 je.

      xde time limit nak main, boleh main sesuka hati/sepuas2nya utk satu2 permainan tu ikut waktu operasi permainan disana la, kad ni boleh guna untuk indoor n outdoor tp x termasuk snow world n rainforest splash pool tu kena bayar harga tiket lain la..

      itulah kan gombak dgn genting dh dekat sgt, even kami bangi ke genting pun rasa skjp je 1 jam setengah dh sampai...hehe

      x kisah pun nak byk tanya, mana yg eija tau boleh je eija kongsikan bersama :))

      Delete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  5. dugaan betulkan.. nak bercuti hilang wallet , nsb baiklah zaquan ikut nenek dgn atuk dulu .. seronoklah dia.. sakan main dgn dania

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mmg terasa betul dgn dugaan yg menimpa, ikutkan x baik mengeluh, tp termengeluh jgk..huhu

      mmg diorang sgt seronok bermain sampaikan k.eija dh sampai lwt petang pun diorang nak main lg..mmg main sampai lebam la..

      Delete
  6. Cuti tetp kne truskan walaupun wallet ilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..alhamdullillah dpt jgk teruskan percutian yg dirancang sbb hotel semua dh booking, tiket anak2 bermain pun guna annual pass je..:)

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails