Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Friday, September 20, 2013

Family Trip Cuti² Genting 2013 | Day 1 ~ Anak² Yang Tak Kenal Erti Letih.. ^_~..

As Salam,

Alhamdullillah kami selamat sampai Genting Highland jam 5 ptg, cian FIL n MIL lama tunggu kami untuk dapat bilik, kena la tunggu kami sbb booking atas nama Mr. Papa. Akceli kami lwt sampai sbb sempat selesaikan urusan bank di Kuala Lumpur terlebih dahulu, dh alang² satu jalan kan.

Kami sampai je FIL n MIL dah ready tunggu kami di lobby hotel First World, igtkan Zaquan n Dania mesti dh keletihan tido, rupanye Zaquan x tido pun, Dania je yg dah ketiduran time kami sampai lobby tu, tp bila sampai di bilik Dania terjaga n dua² nampaknye energy kuat lg.

Mr. Papa booking  2 bilik promosi RM48/per night n dapat free Moon Cake. Nasib baik kami dapat bilik connection sebelah menyebelah je. Genting selalu jgk wat promo harga bilik, kalau murah mcm ni mmg berbaloi utk cuti2 Genting..^_^..Kalau x silap skrg ni tgh berlangsung promi i-holiday RM58/per night sehingga 31st Oktober ni.

Moon Cake, tp xde siapa pun antara kami yg suka makan, sudahnye terbuang shj..huhu


Our room..


Abg dah puas main dgn kakak n atok kan, giliran Mama n Papa plk bawa Adik berjalan ye..

Hahahha..nampaknye Abg n Kakak pun nak join Adik main..
x puas² diorang main rupanye..igtkan dah penat..tp bila Mama n Papa kata nak kuar bawa Adik jalan, diorang berdua nangis nak ikut.., Atok n Nenek kata bawa je lah diorang main sampai keletihan..



Sebelum bawa anak² keluar semula bermain, sempatla mandi kan diorang dulu especially Zaquan n Dania dh berlengas kot main dari kul 12.00tgh lagi.

Yeay..Adik x sabar nak main ni..



Biasalah tempat pertama di terjah..Bumper Car



Beratur untuk main lagi dan lagi..


Adik nak naik kereta dgn kakak tau..


puas main bumper car, diorang nak main Rides D' Paris plk..


Kepala Keretapi kegemaran Zaquan, setiap kali kalau main Rides D' Paris ni mesti naik Kepala Keretapi (terasa mcm diri dia yg mengemudi kereta² lain di belakang kot), sampaikan x kisah la berkongsi naik Kepala Keretapi ni..


Masing² ada kereta feberet sendiri sbrnya
Adik dan Kakak pulak dgn kereta Mat Kool 


2 mainan ni je pun yg diorang main berulang kali, mainan yg lain boleh nak main tp kena ada pengawasan org dewasa plk, kami x beli tiket utk kami.., nasib baik jgk la diorang x merengek nak naik permainan yg lain..+ mmg diorang suka main 2 permainan ni pun..x jemu² plk tu.

Dah puas main, balik bilik tido la, apalagi.., tp itupun susah nak suruh diorang tido, Mr. Papa yg tido dulu, adalah nak dekat sejam kot lps Mr. Papa tido baru lah Zaquan plk tertido, tp Adik Ziqry n Dania x tido²..huhu. Dania tunggu Mummy n Daddy dia dtg sbb Adik² Ipar bertolak lepas waktu kerja so diorang sampai malam.


Bila semua dah sampai, FIL ajak keluar, ape je yg ada tempat utk lepak tgh² malam ni kan..lepak Starbuck je la..Mama n Adik Ziqry turun dulu ikut Atok, Nenek n Adik² Ipar, Mr. Papa duk lpk dlm bilik dulu jaga Zaquan yg dh tido dgn lenanya.

Bila air dah sampai, Ziqry mcm dh mula nak wat perangai, perangai nak tido la tu..
sekajap nak minum air Mama, skjp nak minum air Atok..huhu sabor je la..


ya betul..wat perangai sbb dh letih n ngantok
see time ni ala² mata dh layu


Akhirnya terlena


Selesai minum nak dekat kul 2 pagi jgk la, kami pun terus naik ke bilik sbb esok kan masa untuk bermain lagi dan lagi..^_~..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

2 comments:

  1. ala.. lama x makan moon cake tau... sy dulu pun x reti, keje baru pandai.. sbb selalu dapat kat opis kikikikiki .. skrg mcm² variasi ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yana ni peminat moon cake la ye,
      k.eija mmg x boleh nak masuk..try makan tp rasa muak je..huhu..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails