Sunday, November 11, 2012

Family Trip@Genting Highland 2012| Zaquan n Ziqry Sudah Ada Genting Theme Park Annual Passport!

As Salam,

Baru terhegeh2 mau sambung story holiday GH bulan lepas..huhu.., Akceli N3 masa cuti2 GH kami pada awal tahun ari tu pun Mama x abis citer..bila dah ter...seminggu dua x updates blog mmg citer tu akan mati kat situ jerk la..so x payahla intro panjang2..straight to the point..sambungan dari N3 minggu sudah.

Kami ke Theme Park Card Service Centre dulu untuk:-

Oh Yeah untuk buatkan Genting Theme Park Annual Passport Cucu2 Atok n Nenek..so dapat lah cucu2 Atok n Nenek main sepuas2nya sampai lebam..Annual Passport ni mmg Papa dah rancang nak buatkan masa mereka adik beradik dok belek2 website Genting untuk booking bilik sebelum pergi, kebetulan holiday ditaja & tiket permainan untuk cucu2 sahaja yg ditaja, so bila dipikir2kan annual passport lagi jimat berbanding beli wrisband, annual pass ni sah laku untuk 1 tahun dan untuk pertama kali buat harganya RM118 dan bila renewal next year hanya pada harga RM78. Kami pun selalu bercuti ke Genting..at least mmg setahun sekali la mesti terjah Genting Highland ni..so x rasa rugi pun..Atok n Nenek pun beriye nak buatkan Annual Pass utk cucu2nya sbb tau cucu2nya kaki main..Terima Kasih x terhingga diucapkan buat Atok n Nenek Zaquan n Ziqry kerana support Annual Passport untuk Zaquan & Ziqry.

Inilah Annual Passport Zaquan & Ziqry :))


Benefits & Reward:-

  • 1 Year Unlimited Fun at Genting Theme Park.
  • All existing WorldCard Benefits.
  • Earn & Redem WorldCard Points.
  • Birthday Treats.
  • Special Privileges to join Genting Theme Parks's events&activities
  • Special rates to purchase Genting Theme Park Express Pass.
  • Special rates to purchase Genting Theme Park Mascot Merchandise.
*Terms&Conditions apply

Semasa berurusan di kaunter Theme Park Card Service Centre. Urusan isi borang selalunya Papa la, Mama mmg lemah part isi borang ni, mesti ada jerk silapnye, Zaquan pulak sibuk dok main pc tablet yg ada depan kaunter tu, bdk zaman sekarang kan, lagi terror mengexplore benda yg ada disekeliling dia, Nenek tukang bayau..tq nenek, Mama sibuk snap2 pic mereka semua..DSLR boleh pulak tertinggal dirumah, nasib ada notes sbg penyelamat n Atok pulak rajin melayan cucu2nya n yg penting sporting bergambar..:). Time ni buatkan Annual Pass untuk Zaquan dan sepupunya Dania. Untuk Adik..?kenalah baca sampai habis N3 ni..hehehe



Senyum simpul Abg Zaquan dapat Annual Pass nye, terima kasih sekali lagi Atok n Nenek. Tapi itulah w/pun Atok n Nenek dah belanja wat annual pass ni time Zaquan nak wat perangai dia wat jgk, especially time kalau dia kata dia nak main tu..x reti nak sabau..tp sib baik lah Mama rasa bercuti kali ni dia xde lah wat perangai sgt, xde lah dia minta dukong sgt..boleh la nak berjln sendiri maybe sbb ada sepupu dia Dania, tp tetap kena sedas dua hanger dr Papa bila wat perangai xmo mandi n bila dah mandi xmo kuar dr toilet pulak...huk2..Abg..Abg..hope abg dah sekolah nnti dapat lah abg belajar bersabar n paham kata orang tua. (eh dah rojak jdnya n3 ni..sabau jerk la ye)


Cucu2 Atok sudah dapat kad, apalagi sudah boleh main, hari pertama sampai ni, hari untuk anak2/bdk2..bagi mereka main indoor games sepuasnya dulu. Macam biasa mainan pertama yg diterjah.Ride De Paris.


Zaquan naik bersama sepupunya Dania.
Seronok tgk diorang happy :))


semasa mereka beratur untuk menunggu giliran bermain, kami pun dok tanya org yg jaga utk mainan ni budak bawah 2 tahun boleh main free kan sbb kami x buatkan pun annual pass utk Ziqry/belikan tiket utk dia time ni sbb fikirkan dia bawah 2 thn n bila ukur ketinggian pada syarat2 ketinggian untuk bermain Ride De Paris ni Ziqry lepas, ukurannya ngam2..76CM. Mula2 dia ckp ok tp bila time nak masuk kata x boleh pulak, terus Atok n Nenek kata cian kat Adik x dpt naik dok tgk Abg n Kakak jerk main, so Nenek kata buatkan jerk la untuk Ziqry jgk kad, lg pun mmg niat Atok n Nenek bawa bercuti kali ni untuk Cucu2nya bermain.

Sementara Abg dan Kakak main kereta Rides De Paris ni Mama, Papa & Nenek naik semula ke kaunter service card centre untuk urusan buat Annual passport untuk Adik Ziqry pulak.

Yeay Adik pun dapat Annual Pass jgk..

Adik dah boleh main permainan indoor yang ada, kita naik kuda dulu ye, Mula2 naik kuda ni Mama terpilih Kuda untuk adik naik yg x de pemegang, bila kuda berpusing terkejut adik, bukan jerk terkejut dia dah mula takut sbb kuda tu kan turun naik..turun naik, bila dia dah start nak nangis cepat2 Mama letak dia belakang kakak Dania, kurang sikit rasa takut dia ada tempat utk dia berpaut. Memang lepas tu keesokannya kami bawa dia naik kuda lg dia x berani nak naik kuda, dia nak naik tp kat tempat duduk..hehhe..


Adik Wif Kakak Dania



Adik sempat main satu mainan ni jerk, sbb lepas selesai main mainan ni, jam pun dah menunjukkan jam 3 petang, perut pun dah lapau..Family membes yg lain dah sedia lepak dkt KFC, Zaquan Papa bawa g main bumber cars dulu, mmg dia dah aim pun bila bgtau nak holiday ke Genting..mainan feberet dia..So Mama bawa Adik terus ke KFC, adik mmg lapaunye, kalau tgk org makan lagi la dia nak makan aje..

Jgn risau ye adik, masih ada byk masa lagi untuk Adik main..silap2..x reti nak tido masing sbb pikir nak main sahaja.

akan bersambung lagi....

p/s: N3 Auto publish, hari ni Mama ada 2 kenduri kahwin nak pergi salah satunya hari ni sepupu mama punye majlis kenduri kawin, semalam majlis akad nikahnya ..semalam kalau ikutkan ada jemputan kawin dr opismate tp x dpt nak hadir sbb g ke majlis akad nikah sepupu ni. Maaflah pada kenkawan yg x sempat kami hadir ke majlis kawin mereka..kami doakan kpd semua pasangan yg akan berumahtangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya...AMIN. Musim cuti sekolah dah bermula, biasalah mmg byk org wat kenduri kahwin kan

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. Bestnyer nek GH..lama x naik..tp kalau time cuti sekolah cfm ramai org kan..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg besh :)
      kami pergi bkn time cuti sekolah pun org ramai, sbb skrg ni byk pelancong yg naik ke GH tu..
      masalahnye kalau g time peak hours ni harga biliknya pun mesti mahai sikit kot..harga tiket permainan setakat ni dah g 2 kali utk thn 2012 ni masih sama utk thn 2012..all park - RM66 utk dewasa, Rm48 untuk kanak2..

      Delete
  2. bestnye.....rindu nk gi genting lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best :)
      boleh la g GH utk cuti akhir thn pulak..hehe..

      Delete
  3. anak² teruja kaalau jumpe mainan mcm ni.. haihhh memang leka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sedangkan nmpk mainan token kat pasaraya pun Ziqry dah tunjuk2, inikan pulak bila smpai genting tgk byk mainan..dia dah phm dah mainan ni..tu yg dia duk tunjuk2 cara dia nak sampaikan kat kita dia nak main la tu..hehe

      Delete
  4. dah lama tak gi genting....anak2 memang suka kesini...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails