As Salam,
Salam maal hijrah buat semua, Moga tahun baru hijrah ini sama2 kita dapat membuat perubahan dan memberbaiki diri ke arah kebaikan yang lebih dan memberi sinar harapan yang lebih baik dari tahun2 sebelum2nya..AMIN.
Jangan lupa sama2 kita mulakan dengan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.
Doa Akhir Tahun
|
|
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar
atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini
akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta
mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ
السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ
تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى
التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا
نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ
وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا
ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ
رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat
penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam,
selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan
sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini
dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami
bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan
Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan
kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan
maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka
ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau
redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka
kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan
harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami!
Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan
peliharalah kami akan azab api neraka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada
malam 1 Muharram.
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas
solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan
memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya
syaitan selama setahun yang mendatang.
DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ
اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ
الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ
الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ
وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ
بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ
حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ
يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya
: Dengan nama Allah yang pemurah lagi
penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan
salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad
s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah!
Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar
dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya
telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada
syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami
memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan
kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh
mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala
keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan
dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan
kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat
dan peliharalah kami akan azab api neraka.
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
alhamdulillah masih dipanjangkan umur....
ReplyDeletesalam maal hijrah juga buat mama (^____^)v
Alhamdullillah..Terima kasih Yana :)
Deleteselaqmat tahun baru dear
ReplyDeleteTq dear, selamat thn baru jgk...
Delete