Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, November 12, 2012

Family Trip@Genting Highland 2012| Rain Forest Splash Pool!

As salam,

Sambung lagi n3 family trip GH 2012. Tapi mama xmo story panjang2 sbb kalau bercuti ke Genting ni dah tau dah aktiviti nye ape..lebih kepada aktiviti untuk anak²/bdk²..mereka yg paling seronok sbb dapat bermain permainan yg ada..Tapi kali ni pergi puas hati dapat bawa anak² mandi di 'Rain Forest Splash Pool' (Akceli Mama n Papa pun 1st time masuk pool ni). Mcm mama pernah bgtau dlm N3 sebelum ni..Zaquan dah aim lama dah setiap kali kami bercuti ke Genting nak mandi pool..kali ni tertunai sudah impian dia nak mandi pool di Genting.

Seperti yang dijanjikan kepada anak², kami terjah 'Rain Forest Splash Pool' ni, pergi pun dah lewat, kalau tgk pada masa yang tertera pada tiket yang kami beli tu jam 17.53p.m, nasib baik x tutup lg pool ni, kalau x mesti hampa anak² (Mama mmg budget pool ni mesti tutup kul 7mlm). Rupanya waktu operasinya lama gak smpai pukul 8.00mlm kalau x silap Mama.



Untuk masuk dalam 'Rain Forest Splash Poll' ni kena beli tiket asing walaupun anak2 dah ada Annual Pass. x mahal pun harga tiket masuk dia. Ziqry & Dania masuk free, Dania & Ziqry kan nmpk mcm sebaya bwh 2 thn. Jadinya beli 2 tiket dewasa utk kami dan 1 tiket kanak² untuk Zaquan.

Harga Tiket :-
Dewasa : RM3.00
Kanak2: RM7.00

muka2 x sabar mau terjah pool, sementara Papa g beli tiket kami dah siap masuk kedalam dulu sbbnya bdk2 dah x sabar nak mandi dah..


 Pose over Zaquan


Mula2 tgk air excited nak terjun kolam, tp bila rasa air kolam, rupanya air kolam ni air panas..masing² mula la slow nak turun, kena Mama turun dulu baru diorang berani nak turun..


Ermmm..tapi lepas tu masing2 mandi sampai xmo naik, disebabkan Mama pun joint diorang mandi, jadinya xde lah byk gambar yg Mama dpt amik..Kalau nak tau abis semua diorg explore..Ziqry pun leh tahan dok main air sampai kat atas tempat tembak² air..


Mama wif kids 
Zaquan sibuk dgn goggles dia, kalau nak tau Atok n Nenek siap belikan Zaquan & Dania goggles sblm holiday ke Genting, sblm holiday Atok dah ckp nnti kita bawa g mandi kolam kat Genting. tp yg kelakarnya boleh pulak nenek terslh bawa goggles, goggles Zaquan & Dania x amik tp teramik goggles Atok & Acik punyer..nasib muat diorg pakai. Goggles tu mmg Atok n Nenek yg akan simpan, kalau diorg bawa balik nnti abis pulak dibuat main.


Bila tgk jam pun dah menghampiri kul 7.00 ptg kami pun ajak diorg naik, itupun puas pujuk bgtau dh nak malam dah, nnti mlm nak kuar main mainan lain pulak..baru diorg nak naik. Puas hati la tempat persalinan untuk mandi & salin pakaian pun selesa.

malam harinya rupanya ada surprise untuk bday Papa...sambung next N3..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. wah bestnya genting..seronoknya tengok zaquan..
    mesti kena pergi jg ni.hehee.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..pergi jgn pergi..
      mmg besh..Zaquan mmg part mandi manda ni dia paling suka..

      Delete
  2. Tak pernah mandi lagi kat pool ni. Boleh nampak drp KFC kan kolam ni. KE ada kolam lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ni pool yg nampak daripada KFC tu,
      rasanye mmg ni jerk satu2nya waterpark yg ada dlm bangunan First World ni

      Delete
  3. sebab kat GH tu sejukk kot .. tu yg air panaskan kan... hihihihihi... tang takmoo naik tu yg payah tu.. haihh jenuh lah nak nunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kot, patut la selama ni tgk time hujan pun ada org mandi, rupanya air panas...
      mmg jenuh..tp sabar jerk la lgpun mmg bermalam di hotel kan..xde la terasa sgt..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails