Wednesday, November 21, 2012

Demam Menyerang Lagi!

As Salam,

Dah masuk hari kedua Ziqry demam, cian anak Mama Ziqry selalu demam, boleh dikatakan setiap bulan mesti demam, antibodi dia lemah sikit nak dibandingkan Abgnya Zaquan. Kalau ikutkan abgnya tu ada G6PD tp aktif dan alhamdullillah sgt jarang diserang demam/sakit. 

Adik Ziqry setakat ni xde penyakit yg merbahaya cuma alah dengan telor sahaja tp kerap pulak diserang demam & cirit birit. Baru jerk baik dari cirit birit sbb beralih bulan now demam pulak..demam penangan durian agaknye..sgt hantu durian si kecik ni kebetulan tengah musim durian mewah la dia makan durian hasil dr kebun Atok n Nenek.

Ciannye kat dia, panas badan dia , nasib baik sekarang dia dah boleh terima kita letakkan kain basah di kepala dia. Kalau dulu dia marah letak tuala basah, now bila letak ckp kat dia adik panas kan, ni nak kasi sejuk smbil wat la muka sejukkk..dia pun nnti ikut buat muka sejukkk sambil tepuk2 kain basah dia tu. Lega la sikit dia nak kita tuamkan dgn kain basah dan akhirnya terlena.., Ziqry x suka pakai cool fever, Zaquan dulu senang nak pakai cool fever.
Pic Adik Ziqry mlm semalam

Semalam balik dari jemput anak², singgah makan  diluar, Zaquan lepas makan terus tertido, kat kedai makan lg dah tertido, balik rumah tinggal lah Adik xde geng nak main, selalunya kalau sihat habis Abg dia usiknya, selalunya Adik akan ajak Abg bergurau naik atas badan Abgnya kunun main kuda,  sampaikan Abg nak tido pun x senang, ni semalam adik demam elok jerk dia baring sambil tgk tv..langsung x kacau Abgnya..sampai la dia tertido sendiri..nasib baik jugak la kali ni Adik demam x meragam sgt..siap boleh terlena dgn sendirinya sambil layan TV.


Moga Anak Mama Cepat Sembuh..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

16 comments:

  1. Amin...Semoga anak Ieja cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. semoga ziqry cepat sembuh...memang gundah gelana kalau anak x sihat nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lynn :)
      betul tu x sedap hati/x sampai hati tgk anak sakit..

      Delete
  3. Get well soon Ziqry! cian dia...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... siannya... gambar tu nampak adik lemah betoi... susah hati sgt kan bila ank2 x shat ni... moga cepat2lah smbuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ina, itulah dia kalau demam merah2 bibir sbb dia x suka minum air masak..bulan lepas demam doktor check sampai bengkak tekak dia..

      Delete
  5. merah bibir dia..siannya..jgn ngelat mkn ubat tau adik ziqry..nnt x sihat camner nak main ngan abg...biasalah,perkara paling merisaukan ibu bapa adalah bila anak tak sihat..nak gi keje pun cam x best..kat opis pun dok pikir2 dia.. hehehe...acik doakan adik cepat sihat tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks norr :)
      yup mmg merah bibir dia sbb xmo minum air masak tp sib baik dia suka makan ubat, x susah la nak bg dia makan ubat. Alhamdullillah hari ni dah beransur sihat

      betul tu ni eija bertuah sbb MIL yg jaga, thn depan dok nursery msti susah hati, kalau demam mmg slh seorang kena amik cuti la jaga anak..

      Delete
  6. semoga cepat sembuh ...sian zikry

    ReplyDelete
  7. moga cepat sembuh yer.. kepenatan bercuti kat genting kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yana :)
      ermmm agak nye la kot, tp k.eija dpt rasakan durian slh satu faktornya, durian kan panas..masalahnya dia x leh tgk org makan, dia pun nak mkn sama, dahla skrg kalau nak makan durian, kena sorok2 pulak dr dia..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails