Tuesday, February 21, 2012

Family Trip Holiday 2012 - Cuti2 Freser Hills 5-7 Feb 2012 | Family Pic | Allan's Water & The Paddock, Fraser Hill's.

As Salam,

Sambung story Holiday Fraser Hill's kami yg dh basi rasanye ni..huhu. Yo la dah 2 minggu berlalu, Sila la jgn jemu membaca ye kawan2 bloggersku..♥

Kali ni Full Aktiviti kami pada hari Kedua. 

pembuka gambar..tuan blog..^_^..


pic depan pagar umah..(resort)

ini hari kedua kami, sebelum keluar jalan beramai2, wajib amik gmbar kenangan satu trip family kami..berlatarbelakangkan pokok pine yg cantik..berhadapan jerk dgn resort yg kami duduk..(The Pines Resort )


nmpk x bkn main manje lagi anak bujang mama dgn anak dara k.sue..huhu

Family Trip kami ni kira ada 4 family:-

Ketua Rombangan - Keluarga Mertua (Mak, Ayah & 2 Adik Ipar Sweetmama + BF Adik yg bongsu pun joint sekali)
Keluarga Sweetmama ( Papa, Mama, Zaquan & Ziqry)
Keluarga Cute MuM ( Adik ipar sweetmama 1 family - Daddy Dania, Mummy Dania & Dania)
Keluarga Kak Sue ( K. Sue & Suami serta 3 org anak dara K.Sue [Anak2 K.Sue MIL yang jaga] )





Allan's Water Fraser Hills


selesai bergambar..kami terus ke aktiviti pertama..ke Allan's Water Fraser Hills


Di Allan's Water ni terdapat aktiviti Paddle Bot & memberi ikan makan..n boleh la kalau nak cuci2 mata melihat keindahan alam...


Untuk Aktiviti Paddle Bot - Bayaran yang dikenakan RM6 untuk 15 Minit.
Syaratnye mstilah melepasi ukuran ketinggian 107 cm dan ke atas..

Bagi mereka yang ingin memberi ikan makan, makanan ikan dijual..RM1 jerk 1 bungkus.

Sesampai jerk kami disini..
Gelagat bdk 2 orang ni awal2 dh usha paddle bot tu dari luar sbnrnya..


 masuk dalam kawasan Allan's Water ni layan dulu ikan2 kat sini..
beso2 sumenya..ye la org ramai dok bg ikan makan..


  Time ni Mood Zaquan Ok lagi, teruja tgk ikan..


Adik pulak memang tido dengan lenanya


Time ni Zaquan dh mula Bad Mood,
Masa ni kami terjah kaunter Paddle Bot
Nmpknye Zaquan x melepasi ukuran ketinggian yg ditetapkan 107cm, 
Tinggi Zaquan baru 100cm


Yang berjaya melepasi ketinggian & akan memaiki Paddle Bot
Termasuk ler girlfriend Zaquan Kak Moon..itu yg wat Zaquan lagi angin time ni..nmpk monyok jerk muka hero mama tu..


Nenek Ziqry menawarkan diri menjaga Ziqry yg tido,
Nenek suruh Papa & Mama Layan Zaquan yg dh mula nak merengek
nenek tunjuk..tu haaaa..g jalan2 kat hujung situ...:D


Kami pun meneruskan perjalanan
dengan berbekalkan sepeket makanan ikan..huhu






Hati dia ada sejuk sikit laa, tp alamak ikan x byk ler kat sini
yg ado pun halus2,
yang byknye kat kawasan depan tu jerk 


Acara Kemuncaknya...hati dia x thn dah bila tgk Acik Aima dia beraksi ngan Paddle Bot
Masam jerk muka Zaquan, dh ada salakan ajak Papa balik..


Kami pun patah balik ke depan
Nampak pulak Kak Moon dengan Acik Eiya dia tgh dok melambai2 
Adeii time ni Zaquan mmg spoilkan mood Papa & Mama
Menyalak satu Allan's Water boleh dengar..
Pastu Atok Janji nak bawa g Naik Kuda, Tapi kenala tunggu acik2 & kakak2 abis main dulu...
Tapi biasala my son dia jenis x paham, dia nak , dia nak ler juga..selagi x dapat selagi tu dia salak..


Dalam pada Zaquan ngamuk, sempat lagi kami posing bertiga dgn adik yg sporting ni..


Selesai sume mereka2 yg menaiki Paddle Bot, Agenda diteruskan ke tempat yg Atok jnji ngan Zaquan nk g naik kuda, tp On the way nak ke The Paddock, lalu Taman Awam Fraser Hills dulu, So atok pun berhenti kat Taman Awam dulu, lgpun semalam Atok x sampai Taman Awam ni, kami adik beradik jerk yg lepak minum & bw anak2 main. Nasib baik ler Zaquan ok bile dia dh nmpk mainan.

The Paddock, Fraser Hill's

Family Kami
tetap nak amik w/pun Zaquan bkn seorang yg sporting utk bergambar


Kanak2 Ceria :D


Adik dah pandai melambai tau..


Motif : nak tunjuk harga tiket sbnrnya:-

Harga Tiket menunggang kuda:- 
Kanak2 Sahaja - RM4.00
Dewasa Sahaja - RM5.00
Dewasa bersama Kanak2 - RM8.00


Bukan main  manis lagi Zaquan bila hajat dihati dipenuhi
time ni baru keluar mood sporting bergambar dia..
Peace Yo!



Adik Ziqry pun x melepaskan peluang beraksi atas kuda
Aksi posing jerk ye..
Adik kecik lg x leh naik..
Ni atok yg excited bg peluang cucu kecik dia merasa naik kuda..



Lepas ni kami kemana pulak?
balik umah ler dh kuar dr pagi ke petang, waktu ni dh menghampiri Jam 3 petang
Mama ada request kat Papa nak g bergambar di menara jam Fraser Hills, Zaquan dulu ada kenangan bergmbar disini, Nak juga bg kenangan utk Adik pulak.
Papa kata petang sikit baru kita pegi..
Ok Mama pegang pada jnji Papa ^_^

p/s: kelakar la bila igtkan zaquan skrg ni, bila makan jerk msti cakap, abg kena mkn byk, abg nak tinggi mcm cik ma baru boleh naik bot kan? setiap kali nak makan msti ayat tu jerk kuar dr mulut dia skrg..



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, February 20, 2012

Majlis Perpisahan Puan Pengarah

As Salam,

ini story minggu lepas
 majlis perpisahan untuk puan pengarah kami diadakan pada hari Rabu (15 Feb 2012)


memandangkan ianya ada dlm draf & mood nak update blog ke laut, 
jd layankan jerk la ye..huhu


Hadiah Untuk Pn. Pengarah
Al-Quran Digital + Frame gmbar tertera muka2 staff2 tersayang..hehe

Mama suka tgk frame yg diorang buat ni, kreatif ler , just scan jerk sume gmbar staff pastu framekan, simple tp nmpk kreatif & cantik kan..
yang 1 lg frame tu lg kreatif, mengambil tema website ada info2 pn pengarah & staff..thumbs up pada kawan2 kreatif ni..


cer teka baris mana pic mama?..huk3..

Disebalik majlis perpisahan ni..., Akceli majlis telah dirancang dgn well prepared, tp mana nak jangka kan, pn pengarah x abis meeting lagi pada masa yg telah ditetapkan, Majlis sepatutnya bermula jam 12.00 tgh,  tp sampai dh pukul 1.00 tgh pun majlis x mula lagi, dh ler masing2 tgh kelaparan. At lastnye w/pun majlis x dapat dimulakan mengikut jadual, sesi makan2 diteruskan jam 1.30tgh, majlis perpisahannya pulak mula jam 2.45ptg. 

geng opismate..muka kelaparan2

pic thru my notes edited by pn shima, me upload pic ni dkt FB, my bos tegur knape msti ada perkataan siot kat  belakang tu..huhu, kami x bermaksud ape2 pun, biasala bahasa slanga kawan2, itu tanda kelaparan sgt,...hahaha..boley x camtu.. :P


Maunye x kelaparan, makanan sume dah siap hidang tinggal nak santap jerk

tgk pula menu hangat satay ni...

Satay ni sorang boleh amik 5 cucuk jerk 
ikutkan mama bknla peminat tegar satay, tp sbb kelaparan kot, rasa mcm sedapnye satay ni, rasa x cukup mkn 5 cucuk..makanan pertama masuk dalam perut mama..ahahhaah

Dessert yg ado :- Buahan2, Kuih & Puding Jagung.




Last but not Least, Homemade cake dari Mama Tun Nur Safiya..
mmg sedap..^_^..

Menu Utama : Nasi Putih Lauk Ikan masak Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Sayur Goreng, Ulam & Sambal Belacan,

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, February 17, 2012

Jom Holiday dgn Tambang Murah Air Asia

As Salam,

Tak jadi kerja dibuatnya disebabkan ini..hahaha

alhamdullillah akhirnya berjaya juga booked ticket flight, itupun sampai bergilir2 buat dari 15hb, hari ni baru berjaya. nak murah pnyer pasal..Air Asia kan tengah buat offer tiket penerbangan murah..serendah RM0 bermula dari 15 - 19hb Feb 2012 untuk penerbangan bulan Sept 2012 hingga Jan 2013.

Rasanye msti ramai gak kawan2 yg lain tgh sibuk nak planning holiday & booked ticket Air Asia skrg ni kan..

dua tiga hari ni sweetmama xde mood nak update blog, pening kepala byk masalah mengganggu jiwa..huhu. Bile Air Asia buat offer ni, apa salahnye grab kan, ada gak planning nak bawa family bercuti, tp papa pulak x berminat, so bila kawan2 planning nak g bercuti, kita pun sibuk2 nak jugak joint bercuti, masa untuk berseronok dgn kawan2..ini kira ladies days out..

Tahun lepas kami berjaya dapat tiket murah g Langkawi siap pegi balik hari lagi, Kali ni kami g jauh sikit..over the sea..:p

excited jerk citer kan, peginya lmbat lagi..next year..Insyaallah sweetmama & the Geng Opismate (6 org)  akan ke Vietnam (Ho Chi Minh) pada 7-8 Jan 2013. lambat lagi nak g tu..leh kumpul duit dr skrg...

Murah kan..Tambang keseluruhan setelah dicampur tax & minyak cuma RM147 pergi & balik setiap sorang..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, February 15, 2012

Ombak Rindu

As Salam,

Orang lain dh lama layan Ombak Rindu ni,
Tapi sweetmama baru jerk dapat layan
sekali layan dua2 Novel & Movie


Terjebak jugak beli Novel Ombak Rindu
Ikutkan dulu masa zaman sekolah & study mmg hobi membaca novel, giler dgn novel Ahadiat Akashah, sygnye koleksi2 novel mama dh abis kena banjir masa 2 thn lepas, my mum dh buang x sempat nak diselamatkan.., satunya2 yg ada dlm simpanan novel Ahadiat Akashah ialah Lagenda Budak Setan.

Sekarang ni nak mula balik hobi membaca novel..^_^..

*tarikh beli novel ombak rindu : 29 Jan 2012




Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 pe ribadi di dalatyuikm blog ini okey!!!

Tuesday, February 14, 2012

Dialog Papa & Anak Tentang Nama

As Salam,

Ni Dialog antara Papa & Anak, Kebetulan Mama ada masa mereka borak2 bersama, dialog ni berlaku dh 2 minggu lepas, tp sampai skrg bila teringat msti tersenyum sorang2..hehee, Papa pun kadang2 bila kami lepak2 msti dok citer balik teringat ape yg Zaquan cakapkan...

Papa : Nama Adik Siapa?
Zaquan : Nama Adik Muhammad Khair Ziqi
(Nama sbnr adik : Muhammad Khair Ziqry)
Papa : Nama Abg Siapa?
Zaquan: Nama abg Muhammad Khair Apan
(Zaquan bahasakan diri dia Abg @ Apan, pelat/sukar betul dia nak menyebut nama Zaquan )
Papa: Nama Papa Siapa ?
Zaquan: Muhammad Khair Papa
Papa: hah..mana ada muhammad khair papa la..nama papa Muhammad Khairi jerk..)
Zaquan : oh ok..Muhammad khiri
Papa: Nama Mama pulak ?
Zaquan : Nama mama Muhammad Khair Mama
Papa: gelak lagi..mama perempuan ler, mana ada muhammad, nama mama Siti Khadijah..
Zaquan : oh ok..Siti Dijah

Ntah camner ntah Zaquan boleh terpikir nama Papa & Mama mcm tu, padahal sebelum ni bila tanya apa nama Papa & Mama betul jerk dia sebut. Tp yg pasti nama adik dia mmg betul2 dia igt sgt & Papa cakap xpe la dia susah sgt nak sebut nama Zaquan yg penting nama Muhammad Khair tu lancar jerk dia sebut..

*Muhammad Khair ni dh jd 'surname' kami.



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails