Monday, March 5, 2012

Alhamdullillah...Masih Ada Rezeki Menang GA Blog

As salam,

Dalam suam2 kuku joint CGL di Blog sekarang ni, Alhamdullillah masih ada rezeki untuk menang Giveaway anjuran IntaNBerlian@Ina. Sweetmama salah seorang pemenang bertuah bagi IntaNBerliaN First Giveaway.



Hadiah yang bakal dimenangi:- sponser by Gojez Houz


Egyption Magic Cream Trial 10g RM15.00

Terima Kasih Ina & Alisha yg cabut nama aunty eija..hehee, terima kasih juga buat sponser hadiah dan Tahniah kepada semua pemenang2 yang lain..^_^..Penganjur sangat baik hati tau kpd mereka yg x menang hadiah sponser tetap akan dapat hadiah dari penganjur contest..terbaek la..:)

*Kemenangan pertama CGL Blog thn 2012

P/S: Nak update story holiday PD 2012 tp gambar pulak x dpt nak upload kat PC hari ini..


K/Kini: adeii tersalah pandang semalam masa update hadiah yg dimenangi, sbnrnya mama  adalah pemenang cabutan ke-4 so hadiahnya Egyption Magic Cream Trial 10g RM15.00, tersalah pandang ingat menang Softfea Beauty Essence2 in 1 set RM39.90..hehee, itula excited sgt sbb dah lama x menang..hik2..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, March 2, 2012

Yeay..Kami Bercuti ke PD lagi!

As Salam,

Insyaallah Malam ni kami akan gerak ke PD..Family trip lagi, kali ni family trip projek untuk mandi manda. Sebelum ni mama pernah story PD ni salah satu tempat percutian wajib kami sekeluarga setiapa tahun. See mmg akan pergi punyela setiap tahun..lepas ni ayah mertua pencen xdapat nak g waktu hujung minggu lagi, kalau nak g pesara cuma dibenarkan waktu hari bekerja jerk..(tinggal di kondominium Tanjung Biru, Port Dickson)

Macam biasa, Atok & nenek (FIL&MIL) dah pergi dulu lepas sembahyang Jumaat diorang gerak bawa cucu2 pegi..Zaquan dah besar dah x kisah sangat kami xde, Lagipun dia mmg Excited nak g mandi pool, paling kelakar nenek dia cerita lepas jerk atok ckp nak bawa g bercuti mandi2, esoknye sepanjang hari tgk youtube ttg kolam & belajar renang jerk, bila nenek tegur "abg tgk ape tu?" Zaquan pun ckp "abg tgk kolam & org renang", "abg kan nak g berenang nanti.."

Ini kira pengalaman pertama Adik Ziqry ikut Atok pergi bercuti ke tempat mandi manda, dengan kami dah pernah sekali masa Mama bawa Zaquan & Ziqry bercuti ke Melaka.(Bertugas sambil bercuti). Dan ini juga pertama kali Atok & Nenek bawa Ziqry naik satu kereta, mcm mane la agaknye adik sepanjang perjalanan td, selalunya kalau dalam kereta adik mmg lasak dia hanya akan diam time meyusu badan dgn mama n lepas menyusu badan compom dia tertido..

Moga segalanya berjalan dengan lancar w/pun percutian kali ni Papa agak busy, kebetulan tarikh percutian kali ni sama dengan tarikh Papa terlibat dengan tournament Futsal & Bowling. Hari sabtu Papa ada Futsal, Hari Ahad pula Papa ada Bowling, So ari sabtu nnti mama kena la jaga dua2 hero tanpa Papa, tp malamnya papa ada kiranya Papa bertolak pagi la dr PD ke Putrajaya, lepas selesai tournament Papa balik semula ke PD & Maybe hari Ahad tu kami balik pagi..

Kalau ikutkan mmg mcm lebih baik tak payah ikut bercuti jerk kan, tapi iye la anak2 excited nak g mandi & Atok pun excited nak bawa cucu2 g mandi, kalau kami x pergi x sedap la pulak kan..tp yg pasti mesti srnok pnyeler ..nama pun bercuti ..

pic Zaquan masa cuti2 PD 2010
comel la nmpak 2 batang gigi dibawah


"HAPPY HOLIDAY & HAPPY WEEKENDS YE KAWAN2.."

p/s: sayangnya mama ni kan jenis selalu update story percutian x abis, pic holiday PD 2011 xde dlm simpanan sbb EHD mama dh rosak...huargh..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Projek Main Bowling..Berdua Pun Jadik!

As Salam,

ini projek tengahari tadi, waktu rehat yg panjang digunakan dengan projek main bowling..ikutkan kami nye planning ni nak main beramai2 satu unit, tp iye la selalunya hari Jumaat ramai yg ada projek sndiri..xboleh nak janji sangat..

Projek main bowling ni dah lama kami plan, mmg plan minggu selepas dapat gaji kalau x kuar audit hari Jumaat nak main bowling..ala sebulan sekali kan..apa salahnye..heheh. Pada mulanya geng2 opis setuju semua, kalau xde hal nak joint , tp iyela kita hanya merancang tuhan yg menentukan kebetulan geng2 lain ada urusan lain yg lebih penting, tapi projek kami berdua tetap on, lgpun mmg kami berdua yg nak sgt main n kami la ketuanya..huhu..

berdua pun tetap menjadi ..main sampai lebam..4 frames sekali sorang main..1 frames RM5 jerk..kiranya hari ni habis ler RM20 sorang nak main bowling pnyer pasal..

me & my opismate


Mama siap tukar baju t-shirt & tracksuit


my friends - slumber jerk pakai baju kurung ngan tracksuit.
teringat masa zaman sekolah dulu, waktu pendidikan jasmani pakai baju kurung ngan tracksuit..heheh


Walaupun hanya kami berdua jerk yg dapat joint projek main bowling ni, kami tetap enjoy bermain..Mama main lebih kepada suka2, tp my friend tu mmg terror main tau..point nya pun 130 ke atas jerk..saje x nak tunjuk point kat sini sbb point mama teruk..huk3...

ingat kan main bowling ni x berpeluh sbb main dalam aircond, tp sbnrnya berpeluh jugak..kiranya aktiviti bermain merangkap senaman untuk hari ni..hehehe

p/s: ramai jerk rupanye yg g main bowling waktu rehat hari jumaat dgn berbaju kurung.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Bergelap semalam..Mcm2 Spekulasi | Transformer TNB Meletup

As Salam,

Semalam (1 Mac 2012) lebih kurang jam 9.20 malam, tiba2 blackout satu taman perumahan Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Kebetulan kami di kedai makan Restoran Impian Maju, Seksyen 4 Tambahan. Tengah makan, maunye x tergezut tetiba gelap gulita dengan lampu2 jalan xde, selalu kedai makan ada generator, tp kedai kami lepak tu xde generator pun..guna lilin jerk..

dah nak abis makan dh sbnrnya time ni..
zaquan kan jenis pantang tgk api, time ni dia try utk tiup lilin sbnrnya

Masa bergelap tu Mama pun update ler stutus kat FB, bila buka Fb ada juga beberapa kawan Fb yg update stutus kawasan perumahan mereka pun bergelap, ohhh rupanye Putrajaya pun bergelap semalam, yang kelakarnya mcm2 spekulasi punca blackout semalam..tp papehal pun terima kasih dekat kawan2 yg bg info..mmg itu pun tujuan update status..nak tau ape puncanya. 


Memang betol la info yg kawan2 bg puncanya Transformer TNB Bandar baru Bangi Meletup.

Ada kuar dalam paper Kosmo hari ni..mama copy paste info/sumber dr Kosmo

" Transformer TNB meletup

02/03/2012 2:13am

KUALA LUMPUR — Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap.
Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi.
Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih.
Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. — BERNAMA "

Lepas makan memandangkan blackout kami x terus balik rumah tapi jalan2 melihat kawasan lain, nak balik umah pun x boleh nak buat ape, habis satu pusingan kami jalan2 dok dalam kereta jerk pun...hehe, jalan tengok kawasan yang cerah..Seksyen 7 dengan West Country x blackout..So cadang nak lepak umah MIL jerk, tp sebelum tu balik umah dulu nak mandi & tukar baju..elok jerk dah bersiap nak ke rumah MIL, Letrik dah ada semula. Alhamdullillah xde la lama blackout dalam 1 jam, jam 10.30mlm dah ada letrik semula. Dapat la tido malam dengan tenang.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, March 1, 2012

Rutin Check-up Bulanan Ziqry | Check-up 9 Bulan

As Salam,

Pagi tadi rutin check-up Ziqry ke 9 bulan seperti biasa di klinik kesihatan, last check-up 2 bulan lepas, misi ada inform yg berat badan Ziqry x berapa memuaskan. Alhamdullillah hari ni pnyer result check-up ok semua. Berat badan pun dah bertambah cuma tinggi maintain..adeii..dlm tempoh 2 bulan x tinggi2 pun anak mama rupanye..

hari ni adik x kena cucuk, 4 bulan la adik rehat x kena cucuk. Setahun nanti baru kena suntikan imunisasi.

Berat: 8.4kg (naik 0.60kg)
Tinggi: 69cm
Ukur lilit Kepala: 43

Wajah Ziqry hari ini - 1 Mac 2012 
9 bulan 18 hari (2 minggu lagi adik dah 10 bulan)

Perkembangan:-

Gigi masih juga tak tumbuh2 lagi w/pun sebatang. Jikalau sebelum ni Merangkak laju, duduk &; berdiri sudah cukup pandai, menjelang usia Ziqry 10 bulan ni, Dia sudah cukup pandai panjat tangga sendiri dari anak tangga pertama hingga anak tangga teratas dirumah kami dengan jayanya tau, tp turun tangga x pandai lagi..kalau dia dah sampai atas tu, dia pun nangis ler minta kita ambil dia turun..dah ler tu dah pandai bergurau tu, dia tau kita marah dia naik tangga, dia siap gelak2 kalau mama kejar dia naik tangga..

Ziqry dh pandai naik tangga seawal usia 8 bulan++

2-3 hari ni Ziqry dah mula kami ajar tatih jalan, dah lepas 1-2 tapak melangkah tanpa pegang. Rasanye compom Ziqry ni jalan dulu sebelum tumbuh gigi mcm abgnye dulu jugak, Zaquan setahun lebih baru tumbuh gigi. Berjalan pun lambat setahun baru pandai berjalan. Adik nye mmg nmpk advance dari segala segi.., yg paling kelakar adik ni siap pandai berbuai sndiri, kalau dia tersedar dari tido pastu xde siapa nak buai kan dia, dia buai sndiri..Mama ada rakam guna notes Ziqry berbuai sndiri, tp dh try nak upload di blog..x berjaya ler..huhu

Next Check-up - 14 Mei 2012

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails