Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Friday, March 2, 2012

Bergelap semalam..Mcm2 Spekulasi | Transformer TNB Meletup

As Salam,

Semalam (1 Mac 2012) lebih kurang jam 9.20 malam, tiba2 blackout satu taman perumahan Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Kebetulan kami di kedai makan Restoran Impian Maju, Seksyen 4 Tambahan. Tengah makan, maunye x tergezut tetiba gelap gulita dengan lampu2 jalan xde, selalu kedai makan ada generator, tp kedai kami lepak tu xde generator pun..guna lilin jerk..

dah nak abis makan dh sbnrnya time ni..
zaquan kan jenis pantang tgk api, time ni dia try utk tiup lilin sbnrnya

Masa bergelap tu Mama pun update ler stutus kat FB, bila buka Fb ada juga beberapa kawan Fb yg update stutus kawasan perumahan mereka pun bergelap, ohhh rupanye Putrajaya pun bergelap semalam, yang kelakarnya mcm2 spekulasi punca blackout semalam..tp papehal pun terima kasih dekat kawan2 yg bg info..mmg itu pun tujuan update status..nak tau ape puncanya. 


Memang betol la info yg kawan2 bg puncanya Transformer TNB Bandar baru Bangi Meletup.

Ada kuar dalam paper Kosmo hari ni..mama copy paste info/sumber dr Kosmo

" Transformer TNB meletup

02/03/2012 2:13am

KUALA LUMPUR — Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap.
Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi.
Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih.
Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. — BERNAMA "

Lepas makan memandangkan blackout kami x terus balik rumah tapi jalan2 melihat kawasan lain, nak balik umah pun x boleh nak buat ape, habis satu pusingan kami jalan2 dok dalam kereta jerk pun...hehe, jalan tengok kawasan yang cerah..Seksyen 7 dengan West Country x blackout..So cadang nak lepak umah MIL jerk, tp sebelum tu balik umah dulu nak mandi & tukar baju..elok jerk dah bersiap nak ke rumah MIL, Letrik dah ada semula. Alhamdullillah xde la lama blackout dalam 1 jam, jam 10.30mlm dah ada letrik semula. Dapat la tido malam dengan tenang.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. naseb baek masa dah abes makan kak... ;)

    ReplyDelete
  2. uyun time tue kat mydin sek7.. berkelip2 kejap pastue ok.. bila otw balik nampak semua kawasan sek 4,8,9 gelap.. jalan awal masuk sg ramal pon blackout.. tapi kawasan rumah kitorang tak.. :)

    ReplyDelete
  3. kakak sy dok bangi pun siap kol kata black out.. mcm² spekulasi betul la kan.. tu meletup, ni meletup.. ahaha..

    ReplyDelete
  4. @Nad@Mama Zakwan: itula sib baik dah nak abis makan, kalau x msti rimas nak makan dalam gelap..

    @Cute MuM: itula masa blackout tu tgk kawasan sekeliling sume gelap tp nmpk ler dari sek. 4, sek. 7 terang benderang, pastu kami pun terus jalan2 dari sek. 4 ke sek 8,9 (mmg gelap la sbb kompleks PKNS pun bergelap)pastu turun highway sg ramal masuk tol masuk balik jalan reko...heheh

    @~aYu~ : biasala msti la masing2 tertanya2 knpa pulak blackout ni..

    ReplyDelete
  5. hihihihi... bergelaplah best.. barulah zaquan kenal lilin hihihihi...

    ReplyDelete
  6. kiranya mlm tu xpasal2 eija dpt rasa candle light dinner la ek..hihii

    ReplyDelete
  7. @Masya: hehehe, Zaquan dah kenal sgt lilin sbb selalunya dia org yg paling excited time nak tiup lilin besday...

    @IntaNBerliaN: hihi..x terpikir pulak..btol jugak kan..tp eija dh abis makan pun, zaquan jerk bila dh nak balik baru dia sibuk2 nak makan..sib baik mmg dh tau peel dia camtu, kalau mkn msti tinggalkan dia sikit, takut last minute dia ckp nak makan..huhu

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails