Saturday, March 31, 2012

Zaquan Bercuti Dengan Atok & Nenek Lagi | Seminggu Merindu!

As Salam,

Wah srnok betol anak Mama Zaquan, Atok & Nenek bawa bercuti lagi, Ini kali kedua la Atok bawa Zaquan bercuti ke tempat yg jauh dan lama tanpa kami. Kali pertama dulu Atok bawa g Johor dan terus ke Singapura (27 Mei hingga 1 Jun 2011 - Sakan Betol Zaquan Jalan2 Singapore). Time tu mama tengah berpantang (Rindu Dekat Papa & Zaquankalau x boleh mama joint sekali...heheh

Kali ni Atok & Nenek bawa Zaquan bercuti ke Kedah dan Langkawi (30 Mac hingga 3 April 2012). Ada Kenduri Kawin Keluarga di Kulim, Kedah dan slps itu Atok & Nenek bercuti ke Langkawi lagi. Masa mula2 Atok offer Zaquan nak ikut x Atok g berjalan tido hotel, terus Zaquan bg jawapan "NAK  - Abg nak ikut tido hotel, Abg suka tido hotel". Anak Mama dah cerdik skrg ni, dia tau kalau tido hotel msti ada swimming pool sbb tu dia sndiri beriye nak ikut.., Atok pun beriye mengajak..siap pesan "nnti siapkan beg baju kita pergi hari Jumaat tau".

Hari Jumaat pagi (30 Mac 2012) seawal jam 8.30pagi Atok dah smpai rumah nak jemput Zaquan untuk bertolak ke Kedah. Mama bercuti pada 30hb berkenaan sbb tiada siapa nak jaga Ziqry, My Mum pun x berapa sihat lagi. Papa pergi keje seperti biasa, sebelum pergi ke tempat keje, Papa la yang mandi & siapkan Zaquan serta sempat pergi belikan sarapan bersama2 Zaquan untuk kami.

Pagi masa Zaquan nak bertolak tu terasa sedey sangat sbbnya Mama x sempat bersarapan sama dengan Zaquan, Nasi Lemak yg Papa belikan untuk kami x sempat kami nak mkn berdua. Sebabnya Mama selesaikan urusan menyidai pakaian dulu baru nak makan sama, baru jerk siapkan susu adik dan nak panggil Zaquan turun makan sama2(Zaquan sedang melayan kartun di atas), pintu dah diketuk, tgk2 Atok & Nenek dah sampai & bersedia untuk bawa Zaquan pergi.

Beg Pakaian sume mama dah siapkan sehari sblm bertolak, Zaquan pun dah siap bergaya ensem dgn Beg Silang Angry Birdnya (Papa siap tinggalkan Tab papa untuk Zaquan) jadi terus Mama panggil Zaquan turun Atok dah sampai. Dia pun excited jerk turun dan terus nak pakai kasut. (mmg ensem bergaya betul anak mama tp mama x sempat pulak nak amik gambar time tu..sibuk mendukong Ziqry lg time tu).

Mama pun bgtau Atok ni Nasi Lemak Zaquan sempat beli pagi td tp x sempat nak mkn lagi ni.. siap bekalkan Air Milo 6 Kotak dan Air Milo Sejuk 3in1 (Zaquan dah x minum susu lagi). Rasanya Atok mmg nak bawa g sarapan dulu pun. Terasa masa tu berlalu dgn pantas sgt tau, nasib la malam sebelum  tu Zaquan mmg abiskan masa bersama dgn Mama lebih (Sedey lebih sbb 2-6 April Mama pulak kena outastion ke Penang - Maknanya seminggu x jumpa Zaquan)

Sebelum pergi tu harus la sesi cium tgn & peluk2..mmg sayu sgt, bertambah sayu bila masa Zaquan dah pergi & melambai2 tanda ucap selamat tinggal. Zaquan pergi jerk terus Mama call Papa bgtau Zaquan dah selamat bertolak dah Atok & Nenek dia amik..Call Papa pun terasa suara bergetar tau sedey nak nangis.Hhahahaha..mm gitewla naluri kita sbg IbuBapa kan..baru jerk beberapa minit dia xde depan mata dh terasa syahdu, time dia ada depan mata asik jadi kawan gaduh jerk.

Malam Semalam Zaquan ada call bgtau betapa seronoknya dia, bgtau dia dah mandi kolam, makan kat hotel..dgr suara atok kat belakang..besh katil sorang satu..hehhee. Lega dengar mereka dah selamat sampai dan terubat rindu dgr suara Zaquan, Nenek kata nak send MMS gambar Zaquan kat kolam, tp x taula knpe x berjaya terima pun..Ermmm..xpela yg penting Anak Mama Zaquan Happy bersama Atok & Nenek nya bercuti.


Atok ckp kalau perangai baik masa bercuti kali ni, insyaallah boleh Atok bawa bercuti naik kapalterbang pulak..(bulan 5 Atok nak g Medan, Indonesia). Zaquan sekarang ni dah tak pakai pampers dan dah tak menyusu botol lagi, makan pun dah pandai minta, tido pula dah pandai tido sendiri, jadi mmg senang la kalau nak dibawa berjalan, cuma masalahnya kalau Zaquan bad mod minta berdukong..itu yg letih kita dibuatnya. Hope kelakuan Zaquan x menyusahkan Atok & Nenek sepanjang percutian mereka kali ini.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!iqr

4 comments:

  1. Alahai seronoknya Zaquan berholiday eh. :)

    ReplyDelete
  2. untungnyalah zaquan dapat cuti lama..
    lepas nie kalo echa dah besar, adalah kawan ikut atok sama2..

    ReplyDelete
  3. Dia bercuti seronok.. mama pulak yg merindu yer...

    ReplyDelete
  4. senangkan klu bwk budak² berjalan tak meragam.. tp hati mesti risau jugakkan.. bile berjauhan...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails