Tuesday, September 9, 2014

Cuti² Merdeka | Melawat Tempat Kerja Baru Mr.Papa

Assalammualaikum,

Hari ni nak abiskan n3 cuti² merdeka..^_^..

Selain daripada agenda utama percutian membawa anak² mandi manda dan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), rupanya Mr. Papa teruja nak tunjuk dkt kami tempat kerja baru dia, iyelah setelah 3 bulan Mr. Papa transfer ke Melaka inilah baru pertama kali kami menjenguk ke sini. Mr. Papa skrg dh jadi warga poly..hehe, mana taknya now sambung study part time dkt Poly PD, tempat keje baru plk dekat Poly Melaka.

Mr. Papa just tunjuk inilah dia Politeknik Melaka tempat keje Papa, tp xdelah sampai kami naik/masuk dalam office, sbb Mr. Papa x bawa pas masuk/kerja dia. Anak² excited je bila Papa bgtau, nak tgk opis baru papa x?, sbb sblm² ni diorang biasa jgk menyinggah opis lama papa dia..

Disebabkan xde pas, jadinya kami menyinggah/tgk dari luar je la, at least tau jgk la Mama lokasi tempat keje papa, mmg x pernah pun lg sampai Poly Melaka ni, Bangunan poly dia x mcm standart poly, sbb bangunan dia sewa bangunan kedai², untungla student xde rasa terkongkong sgt..

Ok anak² ini la tempat keje baru papa di Politeknik Melaka

Mr. Papa siap tunjuk ini pintu gate masuk utama, bilik papa yg paling kanan menghadap kedai makan, nak makan pun senang depan kedai makan je..lgpun mmg area bangunan kedai 



Ini dari sudut pintu gate blkg..
kecik je poly dia, xde la besar sgt.




Sampai² Melaka je Mr. Papa terus bawa ke sini sbnrya sblm JJCM, tp anak² kan tido dalam kereta, Papa tunjuk dekat Mama je la, esoknya Mr. Papa bawa sekali lg semata² nak tunjuk dkt Abg n Adik plk sbbnya masa otw dr Pedas ke Melaka Papanya dh bgtau nanti kita singgah opis Papa.., Abg n Adik tu dh la kuat betul memori dia kalau kita dh janji nak bawa..betul mmg diaorg igt janji papanya nak bawa g opis, dlm minda diorg mesti dok igt samala mcm opis lama papa dia, kunun boleh la berlari² dlm opis, main karom, main pingpong..hehe, sekali papa bawa tunjuk bangunan opis je..huhu..xpelah untung la papa nak tunjuk dan bawa..lps ni kalau ada rezeki boleh la kita menyinggah masuk opis papa plk kan papa...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, September 8, 2014

Happy E-day Sister In Law!

Assalammualaikum,

06.09.2014 - Sabtu, satu majlis pertunangan telah selamat diadakan oleh family mertua Mama buat anak bongsunya di rumah mereka di Seskyen 5, West Country, Bdr. Baru Bangi. Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancar walaupun rombongan pihak lelaki agak lewat tiba, majlis bermula slps zohor, sume budget ngam² lps zohor plg lwt pun pkl 2pm dah mula majlis tunang, tp kalau x silap jam 3pm baru rombongan pihak lelaki sampai. Ape pun itu bkn lah hal yg besar, tetamu tetap datang silih berganti dan makan cukup, kenyang dan sedap..^_~, mcm biasa family mertua masak sendiri dengan bantuan saudara mara dan jiran tetangga.

Anyway tahniah diucapkan buat Adik Ipar Tasha dan pasangannya Hazim, selamat sudah menjadi tunangan orang, moga selamat menempuh fasa yg seterusnya..

Maaflah mama xde membantu ape pun, Mama sampai rumah MIL pun dah kul 12.30tgh sbb melayankan kerenah anak² yg macam², Mr. Papa pun x balik pada hari kejadian disebabkan ada program di office dia, Mr. Papa ada kata maybe dia akan blk skjp sbb majlis Adik tunang start lps Zohor, tp komitmen pd kerja terpaksa diutamakan nampaknya.., xpe yg penting Mama n anak² tetap dtg walaupun Mr. Papa xde.

Masa kami sampai adik ipar sedang bersiap make up, jadinya Mama n anak² amik peluang bergambar dulu berlatar belakangkan pelamin dia yg cantik ni, cantik pelamin dia gabungan warna Cream, Purple dan Turquoise kan, turquoise is my faberet kaler..:) , ditambah dengan hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki bertemakan hijau, nampak colourful but nice.

Pelamin simple n nice



Hantaran daripada pihak perempuan untuk pihak Lelaki..7 dulang.


ambil peluang bergambar 1-2 kpg dulu before majlis mula..
Mak bdk yg lebih², anak² dan anak buah mcm terpaksa mlyn mama dia ni..hehe




Acik dah siap make up n sgt cantik..
jom kita amik gambar dgn acik cha...



MIL bg grenlight bergambar atas pelamin before rombongan pihak lelaki sampai.


sempat posing dulu dgn anak² buah dan anak² yg MIL pernah jaga.., lgpun time anak² buah ada mood nak bergambar ni acik layan kan je la ye..


Gaya bebas..Peace..



ehhhh..mamanya pun nak posing fefeling atas pelamin, Mr. Papa xde, fefeling dgn hero papa je la..:p



Bersama Adik² Ipar yg glam..., 
sampaikan Adik pun dh risau kakak² dia over shadow, 
takut slh org siapa yg nak bertunang sbnrnya ni..hihi..
jgn risau dik, seri tunang tu ada, mestilah tuan punyer diri yg nak bertunang tu lg menyerlah..


Bersama Acik Yah dan Cousin..


Dah bermula dah majlis nya..


Alhamdullillah selamat sudah menjadi tunangan orang..


 Ciuman tanda restu daripada bakal ibu mertua..
Sumber Pic Cilok dr FB fotographer..


Hantaran kedua² belah pihak
Hijau vs Purple


Majlis dah selesai, apalagi bergambar dan bergambar lagi la kita ye..

Now trend org buat props untuk bergambar kan,
 props Instagram (IG) ni slh satu yg menjadi trend di mana² event pun.

Tasha dan Tunangnya 



Kakak Ipar pun nak jgk..



Mak dan anak..
MIL pun sporting..bergambar²..


 pic wif family tercinta.
x cukup korum, Abg yg sulong/Mr. Papa xde.., apepun bergambar tetap ceria semua..



Mama n anak² mesti nak selit jgk :p


Kami semua..Family pic..Anak,  Menantu dan Cucu²




Last but not least, pasangan tunang bergambar bersama family kedua² belah pihak..


Sekali lagi, Happy E-Day Adik Iparku..Tasha n Hazim..♥

Sekian daripada sy..Fotographer x bertauliah..

p/s: maaflah Mama Photografer x bertauliah, pic pun amik thru smartphone murah je, kabur je pic yg ado, janji ado kenangan, nak pic cantik kena tunggu album drpd pro photografer yg diambil siap, inipun sempat lg Mama cilok skping pic drpd photograper, mmg puas hati hasil drpd photographer berkenaan sbb  drpd Mama kahwin sampailah semua adik beradik Mr. Papa dan Adik Beradik Mama pun guna khidmat photographer yg sama..iaitu Omedia Fotografi , recomended..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, September 5, 2014

Cuti² Merdeka | JJCM ke Melaka |Batu Berendam Coconut Shake, Asam Pedas Kota Laksamana Dan Klebang Original Coconut Shake

Assalammualaikum,

Hari ni ada mood nak sambung citer cuti² merdeka kami..^_^..

Percutian di Melaka, setiap tahun pergi pun x pernah jemu sbb Melaka ada byk tempat menarik utk dilawati..yelah Negeri Bersejarah dan byk tempat makan yg besh, Melaka kan terkenal dgn Ikan Bakar di Umbai, Asam Pedas dan Coconut Shake. 

Memandangkan tempat² lawatan di Melaka ni boleh dikatakan kami dah pernah terjah seperti melawat Taman Buaya, Zoo Melaka, Merasa naik Menara Tamingsari, naik cruise dan mandi manda di Melaka Wonderland Theme Park & Resort.. (tp sygnya byk n3 percutian Mama x pernah abis update..huhu), jadinya kali ni bercuti ke Melaka, Mr. Papa kata malas la nak repeat tempat² melawat lg sebaliknya Mr. Papa lebih teruja nak bawa kami JJCM..so kali ni bercuti ke Melaka mmg JJCM je..

Terima kasih Papa bawa kami JJCM, x sangka tau Mr. Papa sendiri yg terus nak bawa ke tempat² makan yg dia selalu lepak semenjak dh bekerja di Melaka ni dan diantara tempat melepak minum Mr. Papa ialah di Batu Berendam Coconut Shake, yeah destinasi pertama JJCM kami. Alhamdullillah kami selamat sampai Melaka lebih kurang jam 5.30ptg, call tuan rumah a.k.a sepupu yg kami ingin tumpang bermalam, tuan rumah kata dtg je la walaupun diorang tiada di rumah ptg tu, memandangkan tuan rumah xde, itu yg Mr. Papa bawa kami makan dulu, malam baru kami sampai rumah sepupu Mr. Papa. 

Batu Berendam Coconut Shake

Akhirnya sampai dan merasa jugak Mama Coconut Shake Batu Berendam ni, selalu tengok Mr. Papa post pic dkt IG yg dia minum Coconut Shake, kali ni merasa sendiri, selalu mama saje je komen minta Mr. Papa tapaukan..hehee. Mulanya nak pergi klebang, sbbnya Mama cuma tau Coconut Shake Klebang yg femes (tau tp x pernah pergi), sekali Papa kata Klebang tutup awal, menjelang kita sampai klebang dh tutup, tu yg Papa kata, Papa selalu lepak minum coconut shake Batu Berendam je, sedap je pada tekak dia.., dekat Coconut Shake Batu Berendam ni pun ramai je orang yg minum, Mama ok je kalau dapat merasa dua² tempat pun ok..heheh..


Waktu Urusniaga dia sampai malam tau..
Isnin - Sabtu - 12 pm - 11 pm
Ahad - Cuti.
Nasib baik papa bawa jugak terjah waktu hari pertama sampai (sabtu), kalau kita plan nak g hari ahad..tutup rupanya..



Sbnrnya Batu Berendam Coconut Shake tu bkn nama kedai, dia ada nama kedai, lupa plk nak snap nama kedai, tp popular dgn Coconut Shake Batu Berendam dan Yong Tau Fu
Dia buka kedai dan gerai di luar jalan tu, memang ramai orang, kami sampai pusing 2-3 kali nak cari parking, nak lepak kat gerai luar pun full, itu yg lepak dalam kedai je, yg dlm kedai pun org silih berganti dtg.

Abg n Adik muka toya sbb br bangun tido


Nyum..Nyumm...Coconut Shake Batu Berendam.
Siap ada coklat rice atas ice cream


Menu petang kami..Coconut Shake, Cempedak Goreng dan Nasi Lemak.
Nasi Lemak tu Zaquan sorang je yg makan, adik xde mood
Mama n Papa simpan perut nak g JJCM Asam Pedas plk malam nanti.


yang special nya dkt sini..Tambah Air Kelapa Muda Percuma..


Asam Pedas Kota Laksamana

Kan mama bgtau td Mama n Papa nak simpan perut nak pekena Asam Pedas Kota Laksamana, yang ini permintaan Mama bgtau dkt Papa nak makan Asam Pedas Kota Laksamana..ngalah org ngidam. Asam Pedas Kota Laksamana ni Mama tau drpd Adik Ipar Mama, Cute MuM yg bawa kami pergi masa kami otw singgah Melaka balik dr kenduri kahwin sepupu di Johor  tahun lepas (16 Sept 2013, itulah mmg byk betul n3 percutian n JJCM x dan nak update di blog). 

Asam Pedas Clayport @ Restoran Kota Laksamana













Asam Pedas Kota Laksamana ni pun antara Asam Pedas femes kat Melaka ni, ramai betul peminat/pelanggan dia, sepenuh² nya org makan dkt sini, yelah rasa asam pedas dia pun sedap. Sebelum² ni kalau pergi Melaka kalau nak makan asam pedas kami makan dekat Asam Pedas Power Bukit Cina, tp bila Mama dh rasa yg Kota Laksamana ni mcm prefer yg Kota Laksamana lg, tp pd Mr. Papa plk dia lebih suka makan Asam Pedas yg dekat Pasar Borong Batu Berendam..(nnti kalau dtg Melaka lg, Papa bawa mama mkn Asam Pedas Batu Berendam plk ye..)


Menu Dinner kami berdua, Asam Pedas Pari
Set Asam Pedas dia siap dgn sayur kobis goreng dan telur asin.
1 set ni RM9.00


Abg Zaquan x padan dgn dah makan nasi lemak sebungkus ptg td, malamnya makan Nasi Goreng Kampung. Menu goreng² dia dkt sini pun sedap la, sbb nasi Goreng Kg. yg Zaquan makan ni sedap berasa n pedas lagi tu..


Alhamdullillah, kenyang n licin.., lepas ngidam..


Klebang Original Coconut Shake

Klebang Original Coconut Shake ni mmg la sgt femes kan, selama ni mama cuma tau kalau nak coconut shake yg femes tu dkt klebang, tp x pernah pun sampai n rasa coconut shake klebang nya tu, sekali bila Mr. Papa bawa tanjat mama, ramai betul org beratur utk beli, itupun gerai/kedai dah siap asing utk beli bungkus dgn minum disitu, sampai mengakibatkan jln jemmed jgk la sikit sbb kiri kanan jln org park kereta berhenti nak bungkus, utk yg nak makan dalam kedai, boleh park kereta ke dalam sikit, sekali lagi..Mak aihhhh..ramainye, kalau nak makan, self service tp amik makanan pastu bayau dulu sblm makan. Antara menu dia nasi lemak dan mee goreng bungkus kepok lekor dan pelbagai jenis kuih muih. Satu lg masalahnya org ramai tp tempat duduk terhad/ full.., kebetulan kami pergi time peak hours, time lunch hour..pkl 2ptg, lama gak la berdiri menunggu meja kosong..,alhamdullillah ada rezeki merasa, kali ni Mr. Papa mmg bersabar betul sbb dia sendiri yg bawa kan lgpun kata xde agenda lawatan, just percutian JJCM..hehe..

Ini baru beratur nak bayau makan sampai ke luar² panjangnya barisan..


Aduihai, sekali lg adik xde mood sbb tidonya terganggu..
jalan jemmed sampai tertido² adik, mulanya Mr. Papa nak bawa kami g jln² bandor, ermmm tp time cuti umum ni jln nak g bandar hilir sesak teruk, kami tersekat nak sejam at lastnya Mr. Papa patah balik terus ke Klebang.., Papa kata kita g minum dulu nanti baru papa bawa g jalan, kita jalan ke JJ @Aeon je..bawa abg n adik main..


Menu kami..nasi lemak sampai 5 bungkus ko.., nasi lemak bungkus dia sedap weiii..mama mkn 2 bungkus, lg 3 bungkus tu papa makan sekali dgn anak², anak² kalau ada Papa dia mmg nak mkn bersuap dgn Papa nya aje.., kuih muah dia pun sedap, semua menu abis kami makan..hehe


Muka happy..puas JJCM..


Pada pendapat Mama setelah merasa Coconut Shake di kedua² tempat di Melaka ni, kedua²nya pun sedap, dua² mama minum sampai abis, cuma x dinafikan mestilah yg original lg sedap sbbnya yg original klebang ni dia punya coconut shake halus sikit kalau yg dkt Batu Berendam tu dia ada rasa kasar isi kelapa tu, mmg kalau tgk masa dia blend mmg byk isi kelapa dia letak n maybe dia saje blend x halus or mmg dia ada campur isi kelapa potong halus² ke mama x pasti, tp bila minum mmg terasa berbiji isi kelapa sikit n dia ada letak coklat rice. x kisah la yg penting dapat merasa dua² tempat..

Sekian, N3 JJCM Melaka, w/pun JJCM di 3 tempat je sepanjang cuti² merdeka 3D2N, Mama tersgtlah rasa berpuashati n happy...sbb mama ni kan mmg food lover a.k.a kuat makan :p, anak² pun happy sampai x mo blk, nak tido Melaka lagi..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, September 3, 2014

Cuti² Merdeka | Check In di Wet World Pedas Dulu Sebelum Bercuti ke Melaka

Assalammualaikum,

Alhamdullillah, yeay..dapat menghabiskan quality time bersama family time cuti hujung minggu hingga ke cuti umum hari kemerdekaan Malaysia yg ke 57thn (30 Ogos - 1 Sept. 2014). Terima kasih Mr. Papa bawa kami jalan² sempena cuti² merdeka ni, holidays kali ni semuanya diuruskan dan ditanggung oleh Mr. Papa..(elaun memangku dh masukk..^_^..), Mr. papa yg mmg dh plan awal² nak bawa anak² bercuti time cuti hari merdeka, nak bawa kami ke Melaka katanya dan nak bawa anak² mandi kolam yg utamanya. Melaka merupakan antara tempat percutian feberet kami tau.., sibuk duk google n mencari hotel yg ada pool nak bawa anak² mandi kolam tp time peak seosons cuti umum rate hotel sume mahal bebenor, Mr. Papa pesan pd mama siapkan je beg pakaian dulu, nanti kita terjah je la. At lastnya hari jumaat Mr. Papa blk bgtau kami "jadi tau kita bercuti ke Melaka, kita tido umah Ami je "(Sepupu Mr. Papa n mmg Mr. Papa duk menumpang di rumah sepupu dia buat sementara waktu ni sblm dpt rumah sewa).  Kalau ikut planning asal nak ke Melaka dulu, hari last cuti otw balik baru bak singgah PD, bawa anak² mandi laut..

Tapi sebaliknya plk, rupanya semasa meredahi jem dan dalam memberi tumpuan kepada pemanduan,  dalam kepala mr. papa ligat dok memikir kemana tempat yg boleh bawa anak² mandi manda dgn budget/kos yg ada.., anak² dh demand nak mandi kolam yg ada mainan, tetiba pulak dia terpikir nak ke Wet World Pedas n terus google rates entrance ke Wet World Pedas, tgk rates online mampu sgt nak pergi, ekceli dah pernah pergi kesini sblm ni, sekali dgn family mertua dan sekali family day opis mama. Jadinya perjalanan kami terus menghala ke exit Pedas sebelum bercuti ke Melaka. 

Adikkkk..., manisnya senyuman kamu bila diberitahu nak bawa g mandi, 
Mr. Papa siyes, tension jln jemmed ek..


Hakikatnya our heroes ni x reti dok diam pun dalam kereta, ada je benda diorang nak gaduh 2 beradik, sekejap ke depan, sekejap ke belakang, sabau je la...


ehhh..sampai dah Wet World Pedas, N.Sembilan.
Ini Rates Entrance, sama la seperti di Website
 tp bila beli di kaunter lain plk harganya, itupun pd mulanya (masa beli) , cashier dkt kaunter x inform harga berbeza dgn yg tertulis di board, bila tanye knape duit baki berkurang baru la dan² cashier kat kaunter tu bgtau harga tiket masuk naik dari RM12 ke RM15 bg dewasa dan RM10 ke RM12 bg kanak², terus terang plk tu harga tiket utk 3 hari cuti merdeka..amboi boleh plk nak cekik darah time cuti² merdeka ni, sib baik rates mampu byr...huhu


Abg kena bayau, adik free..

baju renang abg dah ketat, membesar dgn jayanya abg Khair Zaquan skrg ni, yg kelakornya masa dah siap sarungkan baju renang di badan masing², Abg boleh kata, 'adik pakai baju renang abg', sbb baju renang yg dia pakai ketat, kunun bj renang yg dia pakai adik punye..., adoiii..abg, bkn slh adik, bdn abg tu yg dh mengembang n sampaikan baju renang abg pun dh sempit, terpaksa pujuk nanti mama belikan baju renang yg baru utk abg...hahaha..


2 beradik x sabau nak mandi dh sbnrnya..
tunggu jap, Papa settlekan tiket dulu br leh masuk...


Ok jom..dh ada wrisband..


Mama nak bergambar dgn Abg n Adik dulu sblm abg n adik terjun kolam ek..
Cian Mama syok sendiri je posing pandang kamera, mata dan hati anak² dh dalam kolam tu...


tp dapat jgk sekeping pic sporting drpd anak²..


Mamaaa... cepat la masuk kolammm....


Lets go baby...


yezzza...abg n adik x sabar nak main gelonsor dlm air ni..


1,2,3....terjun....


wah beshnya..srnoknya..dia...


Happy faces..


mandi n main la sepuasnya anak²..
Mama n Papa happy tgk abg n adik happy.., puashati dpt tunaikan permintaan anak² yg mmg sukakan aktiviti swimming..


Alright, selesai sudah janji dgn anak², rasanya ada 2 jam jgk anak² bermandi manda.., ikutkan xmo balik, nak mandi lagi.., tp kita kena cepat, kita nak g jalan² lagi ni.., papanya memujuk..'nak pergi opis papa tak, kita nak tgk opis baru papa ni', apa lagi si anak terus teruja nak tgk opis baru papanya....

Heheh..so sweet, insyaallah anak², ada rezeki kita dtg sini lg ye..


betul² letih, baru 5 minit perjalanan dh lelap..


Dua² sekali terus lelap, adik siap landing atas badan abg lagi, bdn abg lagi empuk drpd bantal ye adik..


Eloklah 2 hero ni dah lena, tenang sikit perjalanan kami, perjalanan diteruskan menuju ke Kota Melaka..Yeay Melaka aku dtg lagi dan lagi...♥

p/s: tuan blog berseminar seharian hari ni "Seminar Perniagaan Secara Online Pilihan Masa Kini" anjuran Puspanita. Ermmm..tgh pk nak ceburi bisnez online ape ni..:p

*n3 auto publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails