Wednesday, March 19, 2014

Trip Holidays Batam 2014 | Barelang Bridge | Oleh² Khas Batam

As Salam,

Ini story hari ke 2 kami @Batam, penuh jgk aktiviti lawatan. Pagi selepas breakfast di hotel, kami gerak menuju ke Pulau Batam, tp xdelah kami melawat pulau² di Batam ni sebaliknya berhenti di Barelang Bridge menikmati angin pulau dan bergambar kenangan..hehe. Barelang Bridge ni merupakan salah satu ikon Kota Batam.

Pagi sebelum pergi ni ada sikit slh faham, trip ke Batam ni melibatkan 6 buah family, tp akhirnya berpecah plk, last minute 2 family lg kata nak pergi jalan sendiri, dah la FIL dah booking Pak Supir n kenderaan, ermmm nasib baik yg 2 family lg tu kata dia sanggup byr balik duit yang FIL dahulukan kpd Pak Supir, ok selesai masalah disitu cumanya mcm x besh la dtg satu trip tp sudahnya x jalan bersama pun, tp papehal pun kami tetap enjoy..hehe

BARELANG BRIDGE

Perjalanan dari hotel menuju ke Barelang Bridge lebih kurang 1 jam. Sebelum² ni kenderaan boleh berhenti di tepi² jambatan, tp skrg x boleh lagi, takut nnti kalau byk kenderaan yg berhenti roboh plak jambatan, mmg dia dh letak kon tutup satu laluan, jdnya Pak Supir x berhentikan kami di Barelang Bridge sebaliknya kami teruskan perjalanan atas lagi,  tp masih lagi atas Barelang Bridge. Barelang Bridge ni panjang tau dia menghubungkan 6 buah pulau.

Menikmati keindahan pulau sepanjang melalui jambatan
Cantikkan..


Berhenti skjp untuk bergambar dan ambil angin. Wah anginnya sgt kuat dan sejuk.



Anak Bujang pun nak bergambar sorang.


Our Family Wif FIL n MIL


pic kenangan kami 1 trip..4 buah family.


Sekejap je berhenti, sbb ikutkan mmg x boleh berhenti di tepi jambatan.., selesai bergambar perjalanan diteruskan dan Pak Supir bawa kami singgah gerai perusahaan Buah Naga. Disini ada dijual pelbagai produk makanan hasil daripada buah Naga. 

Lepak sini dulu..Naga Zore..


Pemandangannya pun cantik..Di belakang gerainya ada pokok buah naga dan mengadap pulau..


lepak try minum air juice naga dan kerepek buah naga, Ziqry suka tu makan kerepek buah naga ni.., Zaquan je yg x kisah sgt nak mencuba dan merasa makanan ni, dia tu kan memilih sikit..


Tak lupa juga try rasa Pecal, yg ini kongsi dgn Adik Ipar, 
Rasa pecal dia mabeles tu..pedas kaw2


Ok jom balik..


Otw balik baru kami betul² singgah di mercu tanda Barelang Bridge, tp kena jalan kaki la sbb x boleh berhenti tepi jambatan kan..

Jom exercice jalan kaki..hehe..
nampak tak, nampak tak..jambatan yg ala² jampatan P.Pinang ni..


boleh tahan jauh jgk kami berjalan kaki, ada lebih 2 km kot..



Ziqry wif atok

Selfie 3 beranak ..^_^..


sikit lg nak sampai, bergambar reramai dulu..
nampak tak sebelah jalan tu dia letak kon x bg kereta berhenti tepi.


Yeay dah sampai, ini la dia mercu tanda Barelang Bridge.
abaikan gambar orang ramai disitu, biasala ramai yg ingin bergambar disini.
dekat sini ada photographer yg offer utk ambil gambar dan jual pada harga Rp35k, tp kami x beli pun, amik gambar sendiri guna smartphone je..


 Papa dan Adik Ziqry


Mama dan Anak²


View Barelang Bridge 


Pic² berlatarbelakangkan Barelang Bridge





Puas sudah kami menikmati angin Pulau Batam dan bergambar, jom ke destinasi seterusnya, kemana plk, Mama pun x tau planning seterusnya dan yg pasti memasing tido sepanjang perjalanan, ye la 45 minit perjalanan. Sedar² dah samapai di sebuah resort. Nama resortnya KTM Resort, dkt sini chalet dia menghadap laut dan nampak Negara Singapore. Masalahnya dah tengahari memasing mood bkn nak tgk laut pun..huhu, lgpun malas nak berjalan kaki ke bawah nun..

KTM Resort, cantik resort dia..


View nampak Singapore..


Malas nak berjalan sampai ke bawah nun


Jadinya kami lepak sini skjp je, Pak Supir beriye suruh turun la dibawah cantik, cantik mmg la cantik tp kami xde la berminat sgt.



Dah jam 2 ptg, time to lunch.


Makan Nasi Padang kita ye..


OLEH - OLEH KHAS BATAM

Destinasi kami seterusnya selepas kenyang isi perut ialah mencari Oleh² Khas Batam. Iyelah esok sudah mau pulang. Oleh² Khas Batam yang terkenal disini adalah Kek Pisang yg pelbagai perisa..siyes mmg sedap, pisang dia terasa, xdelah tepung je lebih. Sebelum kami terjah Kedai Oleh² Khas Batam kami singgah gerai kerepek dulu, gerai tepi jalan je pun tp kerepek/snacknye sedap..

Beli²..rasa².., memang semuanya Mama bedal rasa n mmg sedap semuanya..tp Mama beli 2 jenis kerepek je..hehe, memasing pun membeli..buat buah tangan kan.


Gerai tepi jalan je pun tp ramai pelanggannya..


Ini dia Kedai Oleh² Khas Batam ~ Kek Pisang Villa.


Kek Pisang yang dicari², tp time kami pergi ni Kek Pisang Cheese dah habis,  ini je yg ada, kalau perasan dekat label tu dia tulis Villa Kek Blackforest, atas dia mmg la coklat tp keknya adalah kek pisang, itu yg Mama kata Kek Pisang pelbagai perisa ada blackforest, bluberry, strawberry, coklat, cheese, almond, coconut dan mcm2 perisa lg la...



Ini hasil Mama..hehe
feberet anak² ni. Ziqry sampai x menyempat sampai rumah, dekat terminal dh makan separuh bekas.


Selesai memborong Oleh² Khas Batam, kami sambung soping di shopping mall plk, alahai x igt plk shopping mall mana Pak Supir bawa, dapat la Mama sehelai blouse. pastu balik hotel x sempat nak tido sambung cuci mata di Nagoya Hill utk kali ke-2, Mr. Papa malas nak join cuci mata so dia dgn rela hati menjaga anak² dlm bilik. Ikutkan Zaquan n Ziqry nangis nak ikut Mama tp susah plk nanti kalau Mama sorang nak handle sbb yg lain nak menyoping w/pun Mama cuma nak cuci mata je..hehe. 

Mcm mama maklumkan sblm ni, dari Nagoya Hill kami akan terus makan malam, malam tu tapau kan je utk Mr. Papa dan anak², tp biasalah kami kalau dah melepak makan malam sure sampai lewat malam, Mama balik hotel tgk anak² semua dah tido, sudahnya Papa sorang je la yg  makan, Zaquan bangun² pagi esoknya tanye 'Nasi Goreng Abg xde pun, yg ada Murtabak 4 segi je'.. hehe, xpelah Abg nasib baik abg tersedar pagi dan pagi tu terus breakfast dkt hotel je.
Keletihan dan Ketiduran..


Owh sudah hampir tamat percutian kita..esok sudah mau balik, goodbye Kota Batam ..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

11 comments:

  1. Assalamualaikum kak, bestnya trip family.. hehee lawa betul laut dia ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila,

      hehe..mmg best bila dapat berjln2 lg² melihat negara orang kan..

      yup tenang je melihat laut biru..angin dia kuat tau..nak bergamabr pun terselak² tudung dibuatnya..

      Delete
  2. Replies
    1. hehe..sorry nad kali ni pergi x sempat nak beli souveniar FM utk kawan²,
      last minute br jumpa FM, k.eija beli 1 je utk koleksi k.eija

      Delete
  3. Seronokknye berjalan kt tpt org...lautnye cntikkkk sgtttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mimi, mmg srnok sesekali berjalan ke tempat org :)

      Delete
  4. kepenatan masing².. cantik² view gambar akak amik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..iye lah penat berjalan + memasing lasak dan aktif x reti duk diam..

      tq yana, amik guna smartphones je, mmg x melepaskan peluang amik gambar setiap perhentian..hehe

      Delete
  5. assalam, blh share no tepon pak supir? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf no pak supirnya sudah hilang plk dalam simpanan, sbnrnya FIL eija yang uruskan semua urusan pak supir dan penginapan, eija dh minta hari tu tp br2 ni tukar hp hilang sudah contact2 no.., FIL eija ada bgtau di sana nanti Pak Supir byk menunggu di terminal dan hotel, so xde masalah utk dapatkan Pak Supir bila dah sampai Batam.

      Delete
    2. Assalamualaikum.. sy nk gi batam lepas raya ni ..terima kasih info ye sis

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails