Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, May 10, 2010

♥SELAMAT HARI IBU♥

Rasanyer masih belum terlewat untuk sweetmama ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para2 Ibu. Di Malaysia Hari Ibu disambut pada  minggu kedua bulan Mei dan tahun ini Hari Ibu jatuh pada 9 Mei 2010. Pejam celik pejam celik pantas sungguh masa berlalu...hampir 2 tahun sweetmama menjadi ibu kepada my lil' son..Muhammad Khair Zaquan. Apabila sudah bergelar Ibu...kita lebih menghargai jasa & pengorbanan ibu...baru kita faham bagaimana sebenarnya naluri seorang ibu itu. Sweetmama sentiasa mengingtakan diri ini agar dapat mendidik anak2 menjadi insan yang berilmu & berguna kepada agama, bangsa & negara. Sweetmama tujukan dedikasi slmt hari ibu ni khasnya kepada my lovely mom, Pn. Hajjah Jamaliah Zakaria yg sweetmama panggil Ummi....ketahuila ummi adalah segalanye, ummi yang byk berkorban masa dan tenaga mmbesarkan kami adik beradik sehingga kami semua berjaya...anak2 ummi semua berjaya sampai ke Menara Gading. Ummi adalah tempat untuk kami semua meluahkan perasaan...i luv u..ummi. Tidak lupa juga kepada ibu mertuaku Pn. Norlaily Ismail yg ku panggil emak...emak adalah seorang mertua yg sporting...dan boleh berkongsi citer bersama...kami boleh sama2 melepak kat kedai mamak..minum teh..hehhe., .i luv both of u..♥♥♥


No comments:

Post a Comment

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails