Sunday, July 28, 2013

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya

As Salam,

Minggu ni mesti ramai yang g shopping persiapan raya kan, almaklumlah lebih kurang 2 minggu je lagi kita nak menyambut syawal n kakitangan awam pun dh dpt gaji pd 25hb. Putrajaya pun skrg ni byk karnival jualan raya, Jualan Raya The Store, Metrojaya n now Jom Beli Barang Raya, yg pasti Jom Beli Barang Raya@Putrajaya anjuran KPDNKK antara jualan yg x pernah miss Mama pergi...hehhe. 

Sebelum² ni Jom Beli Barang Raya anjuran KPDNKK ni buat dekat sebelah bangunan KPDNKK je tp tahun ni dibuat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, jauh sikit la dr opis kami kena naik kereta, kalau x sebelum ni kami jalan kaki je.., nasib dapat jgk Mama tumpang kawan terjah ke Jom Beli Barang Raya ni....hihi, biasalah orang perempuan mana lepas bab shopping ni kan, kadang tu bkn nak shopping sgt dpt cuci mata pun jadilah. Jgn risau xde la sesak sgt sbb dia dah buat di Perbadanan Purajaya..bertingkat² lagi.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya kali ni jugak bermula dari 26 Julai hingga 4 Ogos 2013..(10 hari), kalau x sebelum² ni 3 hari je....So kawan² yg nak menambah hasil shopping tu boleh la terjah ke sini...Sepanjang 4 tahun berturut² Mama terjah Karnival ni mmg x dinafikan sama je barang² yg dia jual, standart la tu xde lah semuanya murah, lebih kurang sama je kalau kita g shopping complex diskaun 50 - 70% tp boleh la pandai² la pilih. 


Dapat jgk hasil baju raya untuk Abg n Adik walaupun sepasang..hehe,  Mama x berkesempatan lg nak g shopping barang keperluan raya especially baju raya untuk anak², setakat ni jadual hujung minggu Mr. Papa padat dgn kelas, hari biasa pun kami bz bulan puasa ni kami tolong Family Mr. Papa buat biskut raya, itu yg bila ada jualan² mcm ni Mama suka pergi..boleh gak beli apa yg patut kan..

Hasil rembatan sikit sbb x kuar duit lg time ni, boleh kan dah tau nak pergi baru sibuk nak kuar kan duit kunun sbb jualan ni sebelah bangunan Maybank je , sekali amek kaw..3 mesin ATM di maybank time tu out of service...ini je la hasil yg dapat...hahahah


2 helai t-shirt & sehelai seluar Cutie Disney untuk Adik Ziqry (setiap satu RM10), Abgnye pulak sepasang baju dan seluar Poney. (RM29.00), Adil budget sorang RM30..hehe


p/s : Insyaalah hari isnin 29/7/13 baru nak g shopping...terpaksa la amik cuti baru dapat shopping..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

4 comments:

  1. banyak pilihan x?? tp baju amir dah ada .. cuma nak cari kasut dia jer.. tu pun xtaulah dia nak pakai kasut idak.. selalu belikan selipar jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lmbt reply, dh raya pun baru berkesempatan nak bls komen kawan2 kat blog ni, x byk pilihan sgt pun Yana..

      owh ye ke, better belikan apa yg dia suka pakai kan..

      Delete
  2. tahun nie tak pergi kat KDNKK...
    selamat shoping kak eija

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke, k.eija dh jauh dr opis pun sanggup terjah lagi..hehee

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails