Monday, October 10, 2011

Check-up Kedua Ziqry@Peads Clinic, Hospital Serdang

As Salam,

Check-up Kedua Ziqry di Peads Clinic, Hospital Serdang kalau ikut temujanji sebenar 27hb September 2011 (Selasa), tp disebabkan time tu sweetmama g Langkawi postpone ke tarikh 3 Oktober 2011(Isnin), sib baik boleh tukar tarikh temujanji by phone jerk. Itu jerk pun tarikh sweetmama free, setiap minggu bz ngan audit, kebetulan tarikh 3hb ni my mil masih lagi bercuti di Langkawi, jdnya sweetmama kenala cuti rehat untuk uruskan urusan check up ziqry ni, sweetmama jerk yg cuti, en suami kerja sbb esoknya en. suami pulak yg kena cuti jaga anak2 sbb my mil masih lagi mood bercuti (penat br balik bercuti) & sweetmama plak kena kuar audit.

Sweetmama dimaklumkan oleh Doktor yang Ziqry akan dipantau oleh Peads Clinic hingga dia berusia 2 tahun sampai Ziqry boleh bercakap dan berjalan (susulan kes demam kuning yg tinggi). Maknanya 2 klinik la Ziqry kena check-up, satu check-up bulanan di Klinik Kesihatan dan check-up susulan di Peads Klinik. Okey sgt la doktor kat hospital serdang ni nak pantau Ziqry smpai usia 2 thn sbbnya peads clinic kat Serdang ni klinik pakar.

Keseluruhannya doktor bgtau my baby sihat dan aktif walaupun sbnrnya Ziqry selsema dan sakit mata, tp sbb smlmnya dh g klinik, doktor tgk sihat jerk baby, tp sweetmama bgtau kat doktor yg Ziqry selsema n sakit mata dan bgtau yg abgnya pulak kena sakit mata, sib baik doktor baik hati bg ubat titis untuk abgnya pulak atas nama adik. Doktor bgtau iye la kalau adik dia dh baik, tp abgnya pulak sakit, x guna jgk, nnti berjangkit balik dkt adiknya semula. Alhamdullillah la tindakbalas adik pd ubat cepat, so dia cepat sembuh, cuma skrg still ada gak lg sikit2 dia pnye selsema, batuk n sakit mata tu.


Nasib baik juga la sweetmama mohon cuti rehat untuk uruskan urusan check-up Ziqry ni sbbnya mmg ambil masa setengah hari kat Hospital, pukul 1.00 tgh tepat baru selesai urusan,  jadi en. suami pun jemput kami time waktu rehat dia dan hantar kami balik, sempatla kami lunch sama2 dulu sblm en. suami balik ke opis semula. Di Peads Clinic, Hospital Serdang ni kalau bw anak kecik senang sikit nak jaga sbbnya anak2 mesti leka main permainan yg ada kat dlm n luar klinik, Zaquan smpai xnak balik la dr Hospital masa papa jemput kami balik. Sebab tu sweetmama x kisah bila en suami minta mama yg uruskan hal check-up anak sndiri dan dia g keje. Sepanjang menunggu giliran yg lama tu sweetmama cuma memerhati jerk la zaquan bermain lebih2 lg dia mmg pandai berkawan x igt dh dia nak kacau adik dia, so adik dia pun dpt la tido dgn tenang...hehehee..

ziqry @ Peads Clinic @ 3 Okt 2011


Rawatan susulan Ziqry seterusnya adalah di ENT Clinic, Hospital Serdang  - 8 November 2011 dan Next Check-up @Peads Clinic, Hospital Serdang - 9 Januari 2012




Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. sume dh sihat ker?
    hrp2 dh ok le kan ..

    amboi open haus meriah tau ..

    ReplyDelete
  2. eija--
    ayu baru tau ttg kesan kalau anak2 ada bacaan demam kuning yang tinggi
    tak apalah eija..
    asalkan ziqry sembuh dan membesar dengan sihat itu sudah memadai..

    ayu doakan y baik2 jer ya

    PS: cuti untuk anak2 dan family mmg berbaloi2.. lagilah ttg kesihatan mereka.. kan?

    ReplyDelete
  3. harap2 semua berjalan lancar dan ziqry cepat baik..

    ReplyDelete
  4. @Fazilzura: alhamdullilah sihat tp biasala batuk n selsema dia tu on off on off, aku pun still batuk lg ni..

    open house mak mertua aku mmg sntiasa meriah..ehehe

    @Huda: Tq aunty huda dr Zaquan n Ziqry :)

    @Citarasa Rinduan: mmg bahaya pun ayu kalau bacaan kuning anak tinggi lebih2 lg kalau dh smpai tahap nak kena tukar darah mcm kes ziqry ni itu yg dia kena pantau ngan peads clinic.

    yup btol tu ayu, kita sbg mak ni mmg sntiasa jerk risau kalau melibatkan ape jua ttg anak2.

    Ms Fai Ayie: terima kasih :))

    @Myra: Tq :))

    @Prince Halilintar: terima kasih prince :)

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails