As Salam,
Petang ni kebetulan Mama dok belek FB thru my notes n perasan ramai kawan2 yg update status terasa kesan gegeran di kawasan rumah mereka (kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan Utara Perak & P.Pinang). Mama pun tumpang risau takut jugak sbb selalunya kalau negara jiran kita ada Gempa Bumi, kita Malaysia mmg akan terasa tempiasnya jugak. Minta dijauhkan dari segala Musibah terjadi kepada Negara kita...AMIN
Rupanya berita terkini mmg ada Gempa Bumi di Negara jiran kita iaitu Gempa Bumi berhampiran Acheh dan amaran tsunami dah dikeluarkan (sumber berita : My Metro).
Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia.
Menurut Bernama, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi itu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.
Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. - Agensi
Alhamdullillah kawasan rumah Mama (Bandar Baru Bangi) x terasa pulak gegarannya. Kalau terasa msti seram..sbb mmg x leh lupa Pengalaman yang Mencemaskan Kami Satu Family di Padang.
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
seksyen7, bbbangi rasa dear..betul2 ingat saya pening tadi..rupanya mmg tgh gegar..risau, dah laa duk apartment
ReplyDelete@Imaan09: ohh iye ke, sape yg dok dalam bangunan tinggi mesti terasa kan ,alhamdullillah masa kejadian eija x terasa bergoyang pulak dkt area seksyen 4 tambanhan bandar baru bangi ni..
ReplyDeletekalau la kat opis putrajaya ni compom terasa, dulu pernah gak rasa gegaran di putrajaya setiap kali negara jiran kita dilanda gempa yg kuat.
Saya terasa gegarannya. Maybe sebab duduk apartment kan tingat tinggi plak tu. Terasa betull seramm.
ReplyDeleteInsyaallah, kita sama-sama tadah tangan, mohon pada Allah, kita semua dilindungi.
ReplyDeleteSalam kenal..feel free to visit me back @ cerita-cinta-mommy.blogspot.com
ReplyDeletetakutkan.. alhamdulillah.. kawasan rumah kt kat kebun baru pun x terasa gegaran tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya selamatkan..memang takutkan..
ReplyDeletesemoga kita dalam lindungannya. sama2 kita berdoa.
ReplyDeletepapa mifz tengah sedap tidur time tuh..tu yang tak raso kot...
ReplyDeletekita sama2 doa mg kita semua dilindungiNYA..
ReplyDelete