Tuesday, October 8, 2013

Family Trip Cuti² Genting 2013 | Last Day ~ Singgah ke Mini Cameron Garden Genting Highland

As Salam,

Sekejap je rasanya cuti 3 hari 2 malam kami sampai ke penghujungnya..., sudah mau check out n balik, terasa masa cepat berlalu sbbnya keesokannya (9 - 13 Sept. 2013) seminggu Mama outstation ke Sabah plk. Ini pun sib baik bos boleh lebih kurang bagi Mama masuk kerja lwt, sepatutnya bertolak ke Sabah Ahad petang, tp Mama dpt excuse bertolak Isnin pagi..Tq bos :)

Check out Already..
hari terakhir baru ada pic kami berempat..^_^..



W/pun dh check out masih sempat lagi tunaikan permintaan anak² bermain Rides D Paris buat kali terakhir..hehe, ikutkan semua mainan diorang nak repeat, tp Mr. Papa malas nak layan, alasan nak kejar masa balik..huhu, tp masih sempat jgk terjah pusat permainan video games yg bersebelahan Pusat Bowling di First World.



Yezza, mmg x melengahkan masa, lepas layan anak² di Pusat Permainan Video games skjp (barang²/beg² mmg dh hantar siap² dlm kereta), kami meneruskan perjalanan untuk pulang, tp otw nak blk tu kami isi perut dulu di Restoran Mamak area Goh Tong Jaya..dah pukul 2 petang pun time ni..


Selesai isi perut memasing..hehe, Adik Ipar bgtau dia nak singgah di Mini Cameron Garden..kami ikut je, akceli 1st time tau Mama menyinggah kesini sbbnya selalu kalau g Genting memang akan ke Genting je, Mr. Papa x gemar menyinggah tp ni sbb kami balik berkonvoi n kami satu kereta dgn Atok n Nenek Zaquan n Ziqry, sudah tentulah Mr. Papa ikut je..

Taman Mini Cameron Genting Highland ~ Mini Camaron Garden Genting Highland


Kami sampai sini tepat kul 3.00ptg, kami singgah skjp je lgpun kami cuma nak cuci² mata n makan ice cream je bkn nak membeli sgt..hehe. sampai² wajib la posing² dulu kan, x cukup korum sbb biasalah Khair Zaquan masuk kereta je tido dgn lena.., xpela bertiga pun bertiga la..janji ada pic kenangan disini..




Adik² Ipar nak makan ice cream strawberry ni sbnrnya, tgk Adik² beli, Mama pun sama terliur tgk nak makan sama.


ermmmm..dapnya Ice Cream Strawberry..^_~..
Mama kongsi Ice Cream ni dgn Adik Ziqry sbnrnya sbb dia bkn minat sgt strawberry, Mama je yg suka rasa masam² manis Strawberry ni..


Alang² dh sampai Mini Cameron Garden ni, singgah jgk la dia punye Mini Cameron Highland dia, dinamakan Mini Cameron sbb kat sini terdapat sayuran² segar dan juga buah² segar dijual.., Sayur² tu boleh petik sendiri..




Bukannya membeli, sibuk bergambar..hehe





Di Taman Mini ni jgk terdapat Mushroom Farm..


Ecehhh..lentok² Adik Ziqry time mood bergambar ada...


Aduiyai hujan lebat tetiba..


So kami lepak skjp disini sementara menunggu hujan reda..
hahaha.. makan ice cream lagi..
sambil tu sempat la Mama membeli FM..


Permintaan Adik Ziqry sibuk nak bergambar dengan patung ayam di belakang tu, asik la menyebut n menunjuk..'ayam..ayam..', terus atok kata ok la ayam tp hujan x leh g kat ayam, bergambar dari sini dgn atok je' pastu tunjuk kat dia gambar ni.., 'haa nampak kan ayam'. huhu mcm² kerenah anak..



Kalau nak tunggu hujan betul² berhenti mmg x balik la kami, tp nasib jgk la hujan dh semakin reda, kami pun terus kan perjalanan balik dan alhamdullillah selamat sampai Bangi pada jam 6 ptg, sebelum balik tu mcm biasa mesti nak menyinggah minum di Impian Maju n selesai minum balik rumah MIL dulu hantar barang n lebih kurang kul 9.00mlm kami pun balik rumah kami..itupun sib baik Mama mmg dah siap berkemas beg utk outsation, beg pakaian anak2 utk seminggu (sbb kalau Mama outstation Mr. Papa n anak² akan bermalam di rumah Atok n Nenek) n siap packing beg pakaian Zaquan utk bercuti ke Johor pada 13 - 16 Sept 2013 (Zaquan pergi dulu ikut Atok n Nenek dia bercuti), kalau tidak pkl berapa plk nak tido..esoknya flight pagi ke Sabah...

Yeay..tamat sudah n3 Cuti² Genting..., balik dari outstation Sabah kami bercuti ke Johor dan bersambung ke Melaka.., dah basi baru terhegeh2 mau update, n3 holiday Jakarta Bandung pun dh terhenti..x sampai mood nak update lg ni..sabar je la kan...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. Habis bercuti dgn family 'bercuti sambil kerja' pulak dgn bos ye Eija. Yg ini tak boleh elak kena pergi juga - lama pulak tu.. anak-anak mesti rindu:(
    Seronok kakak tengok adik. Nampak dia pun dah mesra kamera macam si abang sekarang ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..itulah dah nature of work eija mcm ni, mmg x leh elak kalau kena outstation, anak2 pun dh faham kak, sekali mama dia outsation sampai seminggu, mula2 dulu time anak² kecik mmg la diorang rindu, skrg dh besar diorang srnok je sbb dpt tinggal umah atok n nenek dia.,Mama dia ni yg menanggung rindu sudahnya..

      itulah kalau mood baik bergambar bkn main lagi dia berposing n mesra kamera..:))

      Delete
  2. slalu pi genting tp kami tak penah singgah strawberry farm tu ...
    klu pi genting slalu sakit pala .. budak2 pun tak suka sgt ngan tmpt main2..kadang tu beli gelang membazir je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la selama k.eija g genting x pernah singgah pun stawberry farm ni, ni kira 1st time k.eija pergi..hehe.

      bagusnya anak2 x suka sgt tempat main2 mcm genting tu, zaquan n ziqry pantang nampak mesti salak nak main..

      Delete
  3. thn lepas pg genting..tapi mcm dah tak besh kan. heheh tp sejuk lgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg jd x berapa beshnye sbb mainan dia byk dh mahal..kalau dulu boleh gak kumpul point kan..
      haah cuaca kat sana still sejuk, lg2 kalau hujan mmg kabus tebal la..

      Delete
  4. dah lame xgi genting..xtau ble dpt gi..sronok je tgk org lain gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg outdoor theme park genting tutup 3 tahun sampai 2016, 3 thn lg la kot br srnok pergi.

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails