Sunday, October 20, 2013

Cheesekut Dan Puding Oreo |Resepi Mudah dan Sedap!

As Salam,

Mama pun terkena penangan cheesekut dan Puding Oreo ni, dari sehari ke sehari asik dok tgk kawan² tayang diorangnye cheesekut n Puding Oreo ni akhirnya berjaya jgk Mama cuba membuatnya sendiri..(itupun sbb ada potluck aidiladha@office..hehehe), tambah² lg resepinya yg mudah n rasanye yg kawan² ramai kata sedap nyummeh..keju meleleh gitew.., bila dh buat sendiri..yup mmg betul nyummeh n sedap..:))

Jadinya disini Mama nak simpan resepi dan cara² membuatnya sebagai simpanan Mama sendiri, senang nanti if nak buat lg selak blog sendiri je..huhu. Mmg perasan ramai kwn² blog yg dh buat tp bila diri sendiri nak buat pastu tetiba plk tu teringat nak buat, apalagi time nak buat time tu la baru nak google..lupa plk nak bookmark n3 kawan² yg dh buat kan. 

Akceli untuk Cheesekut ni Mama amik resepi dr  link blog ni http://sayepunyebelog.blogspot.com/2013/06/cheesekut.html sbbnya bila Mama google cheesekut je link dia yg 1st sekali, pastu siap tunjuk step by step lagi, mmg sgt membantu Mama yg bila nak masak br sibuk google..hehe

Penangan Puding Oreo plk dr blog Ayu Citarasa Rinduan, kebetulan dia kawan ex poly Mama dulu n bertambah teruja nak mencuba bila resepi Puding Oreo Ayu ni Dato' Siti Nurhaliza pun try buat..terus glamer resepi ni tau.., kalau ikut resepi asal nama Puding Oreo Ayu ni Puding Oreo Bercoklat n hasilnya cantik je 3 layer Milo - Susu - Milo tp bila Mama buat jadi Puding Marble Oreo..boleh gitew..(sbb buat tgh malam, so mls nak tunggu agar² tu keras, tuang je milo utk layer yg atas tu so, jd la marble oreo...)

Check it out resepi dan cara² membuatnya versi Mama plk ye..

RESEPI CHEESEKUT :-

BAHAN² UTAMANYA:-
1. Biskut Deluxe Crackers Hup Seng (nak guna biskut lain pun xpe)
2. Susu Manis (ikut resepi asal 1/2 tin susu manis, tp Mama guna suku je..)
3. 250gm Cream Cheese (Mama guna brand Philadelphia)
4. fresh Milk (Mama guna low fat milk, sbb time Mama nak cari fresh milk dutch lady ni xde kotak kecik, nak guna nye 3-4 sudu je)


CARA² MEMBUATNYA :-

1. Pukul Cream Cheese menggunakan Mixer sehingga kembang.
2. Apabila Cream Cheese td dah kembang, masukkan sikit² susu manis (Mama mmg letak sikit je..suku je..) dan pukul lagi bersama cream cheese kita td.
3. Dah sebati, boleh la masukkan 3-4 sudu fresh milk, Mama xdelah sukat betul² 3-4 sudu tu, tuang la sikit-sikit agak² sekali dua tuang gitew sbb tgk pada kita punyer kekentalan cream cheese td, yg penting jgn cair sgt..
*siap sudah cheese nyummeh meleleh kita ye..

Inilah hasilnye setelah di mix cream cheese bersama² 1/3 susu manis dan 3-4 sudu low fat milk.


4. Susun Biskut Deluxe Crackers kita ke dalam loyang (Mama guna bekas aluminum foil je..)
Mama terlepas satu step dr resepi asal sbnrnya, patutnya biskut ni celupkan dulu dgn fresh milk n susun kemas2 atas loyang..hehe(yg penting Mama punye cheesekut still menjadi n nyummy..)


5. Layerkan dengan cream cheese kita yg dah siap dimix td..


6. Layerkan lagi dengan biskut diatas cream cheese, dan seterusnya ulang semula step 5 & 6 ni..(Mama dapat 7 layer)


7. Hasil Cheesekut. Boleh tambah topping diatasnya (Mama letak Milo 3 in 1) - ada yg letak nestum, koko powder n buah2an..ikut kreativiti kwn² dan ikut sedap tekak kwn² la ye..


8. Masuk kan semalaman dalam peti sejuk @ agak2 dia dh keras tu boleh dh nak makan.., kebetulan Mama buat tgh malam, so esok pagi mmg tinggal potong n sedia utk dimakan shj.


Hasilnya selepas di potong..siyes mmg sedap n nyummy..tp x sesuai la utk dimakan selalu, mau berat bdn naik mendadak..byk lemak wooo...


Sehingga menjilat cheese...licin bekas..^_^..


RESEPI PUDING OREO BERCOKLAT/MARBLE OREO :-


BAHAN² UTAMANYA
1. 1 bungkus agar2
2. 750ml air (tp Mama letak 1000ml air ikut sukatan pd bungkusan agar2 tu)
3. 160 gm gula (Mama sukat/ letak 1 cawan gula)
4. 1 Tin Susu Sejat/Cair
5. 3/4 cawan Milo (Mama guna 1 cawan milo..almaklumla anak2 suka milo lebih)
6.  1 bungkus biskut oreo (patahkan 2)


CARA² MEMBUATNYA :-

1. Masak agar² bersama² 1000ml air sehingga agar2 kita larut
2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut
3. Masukkan 1 Tin Susu Sejat kacau sehingga mendidih.
4. dah masak agar2 putih/susu (step 1-3 diatas) - asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan masukkan 1 cawan milo td..kacau sehingga larut.
5. Tuangkan 1 cawan agar2 milo ke dalam loyang, time ni gunakan api perlahan keatas lebihan agar2 milo dlm periuk td dan sentiasa kacau utk elak agar2 membeku.
6. Apabila permukaan agar2 milo dalam loyang sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan agar2 putih/susu dari periuk pertama td ke dalam loyang. Taburkan kesemua oreo (patah dua). Biarkan agar2 putih/susu bersama oreo td mengeras sikit, masukkan baki agar2 milo dlm periuk td ke atas loyang. (kalau nak jdkan dia marble, xperlu la tunggu agar2 putih bersama oreo ni mengeras, agak2 dia keras sikit je tu dh boleh masuk lebihan agar2 milo)
7. Biarkan membuku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan ke dalam peti ais.

TIPS UNTUK MELAPIS

1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..

Mama 1st layer ok la tunggu agar2 milo mengeras, slps tu baru tuang agar2 putih/susu bersama oreo, tp nak menunggu agar2 putih ni mengeras sedikit tu mcm agak lama la pulak, so x sempat agar2 putih bersama oreo ni mengeras (dia mengeras sikit je), Mama dh masukkan baki agar2 milo..so itu yg jd marble oreo



Hasilnya Puding Marble Oreo


Hasil Potongan Puding Marble Oreo


Selamat Mencuba kepada kawan² yg  belum mencuba/teringin nak mencuba buat..resepi ringkas dan hasilnya sedap tau :)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

15 comments:

  1. meleleh air liur tengok resipi kak eija buat...sedapnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq huda, ala k.eija pun dapat dr resepi org lain jgk n try buat, alhamdullillah jd..lepas ni huda boleh la try buat plk..

      Delete
    2. Hello admin. I dh try dh your recepi ni. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah, makan semua kata suke and sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
    3. alhamdullillah, srnok bila buat sendiri menjadi kan, sy pun amik resepi dr blog kawan² jgk ni n try menjadi..:)

      insyaallah, skrg ni sy dh x aktif berblog sbnrnya.., sesekali bila teringat n ada masa br jengah blog

      Delete
  2. Terbaikkkkk... Tgk pun dah tau sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yana, yana pun dh try buat kan..
      mmg sedappp..:)

      Delete
  3. Sedapnye. .memg rmi yg dh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sedap kan,
      haah ramai dh kawan2 yg dh buat itu yg terpengaruh utk buat jgk..

      Delete
  4. puding tu nampak sedap.... tapi saya selalu fail buat agar2... kadang2 lembik sangat... kadang2 jadi keras... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap, anak² sy suka makan sbb ada oreo..:),
      ikut je sukatan insyaallah menjadi agar² kita tu

      Delete
  5. salam kenal,
    mudahnya resepi ni, bolehla nak cuba buat. :-)
    http://www.duniavitaminresources.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal,

      mmg mudah tp berpeluh jgk nak menunggu 1 layer tu mengeras..hehe..

      Delete
  6. tumpang tanya..masa melapis agar2 tu,,loyang kena ada atas api ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh taklah, masa tuang agar² tu atas loyang x perlu atas api, sbb kita nak bagi dia sejuk n mengeras, tapi sementara nak menunggu 1 layer (agar² yg dlm loyang tu mengeras), baki agar² yg masak dalam periuk tu kena sentiasa kacau n slowkan api kecik je..

      hope explaination sy jelas n dpt membantu awk..

      Delete
  7. Salam dan salam perkenalan,
    haah senang je resepi dia, ikut je resepi nye insyaallah jadi..
    yup ikut sukatan cuma untuk cheesekut tu sy mmg kurangkan sukatan susu manis, patutnya 1/2 tin tp sy guna suku je..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails