Friday, November 18, 2011

Panduan Mendidik Anak

As Salam,

PANDUAN MENDIDIK ANAK

Panduan ni sweetmama copy dr FB LayarMinda sbg panduan untuk diri sendiri..

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Banyak juga pekara dalam panduan ni yang memang sweetmama amalkan antaranya  selalu peluk dan cium dia sblm dia tido dan masa dia tido, sblm nak kuar umah g keje, lebih2 lagi masa anak baby ni kan..hari2 gomol rasanya, itu pun rasa x puas lagi...., rasa mcm cepat nye anak aku mmbesar. Bila anak dah semakin membesar dan semakin bijak ni mmg wajib bagi pujian setiap kebaikan/peningkatan yg dia berjaya buat. Yang x elok tu mmg wajibla kita tegur..Skrg ni Zaquan dah besar dh sgt petah bercakap..dah pandai bercerita dia mimpi hantu..huhu..jd mmg kitaorg akan jadi pendengar yg setia..selalu jerk kuar dr mulut kami..'abg ni bercerita mcm org besar'..x sedar sbnrnya anak kita mmg dh besar..tp train mcm baby lg..huhu

Alhamdullillah, setakat ni mama x pernah lupakan tarikh hari lahir anak..setiap thn msti sambut..w/pun dlm tempoh mama berpantang pun tetap nak wat majlis w/pun kecik..asalkan dia dpt potong kek..itupun dh cukup wat anak2 kita happykan.

erm...bila baca panduan ni..x boleh nak elak la dr terbuat perkara no. 2 ..mmg x elok pukul anak dgn tangan..tp bila tgh marah tgk kelakuan anak kita yg kadang2 boleh tahan nakalnya..x boleh nak elak..cepat jerk darah ni naik..bila darah dh naik..mula tgn pun sama naik..tp xde la pukul yg melampau..niat pukul tu nak ngajar..

now..after this..kenala kuatkan mental n fizikal hadapi cabaran mmbesarkan/Mendidik anak dgn lebih berhemah..hehehe



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. owh...me belasah jek pukul guna tangan...maknanyer xbetui la tu heh...pasni kene tukar cara plak...padan makin dipukul makin xdgr kata kite...tp manjanyer no.1...huhu
    thanks sharing... :)

    ReplyDelete
  2. TQ mama 4 this info.. Bnyk yg ina x tau dlm mendidik anak cara Rasulullah kita.. ;)

    ReplyDelete
  3. lagi tinggi suara mak, lagi tinggi suara anak..hhuhu

    ReplyDelete
  4. @eT: betoi tu..makin dipukul makin menjadi..mmg kalau ikutkan mak n mak mertua eija pun mmg ada bgtau x elok pukul bdk pakai tgn..mmg diaorg sruh kami beli rotan.., tp itulah dh kena rotan pun x serik jugak lg..adeiii..sakit kepala dibuatnya kita..tp itula dh nama pun bdk2 kan

    @Salina@IbuAqil: sama2..eija pun copy paste dr fb jerk.., yup btol tu sama2 la kita jd ibu yg terbaik buat anak2 kita.. :)

    @makdaraTERdiva: hahahha..setuju sgt..anak skrg.., jgnkan suara, kita rotan dia pun, dia berani nak tunjuk rotan balik kat kita...
    itula cabaran mendidik anak2 zaman skrg kan..

    ReplyDelete
  5. bagusnya n3 ni...byk bnda yg su tak tau rupa2nya. thanks mama. sgt bermanfaat rasenya. nk print. nk baca ari2. letak depan mata ni ha.

    ReplyDelete
  6. @S.U.R.I.A.T.I : sama2 su, eija pun copy paste jerk ni sbb mmg bagus untuk panduan kita kaum ibu ni kan..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails