As Salam,
Pada 13 April 2013 (Sabtu), Tadika n Taska Zaquan n Ziqry belajar ada sesi perjumpaan Ibubapa dan Guru untuk tujuan membincangkan penilaian dan prestasi pelajar. Nasib jugak la perjumpaannya diadakan pada waktu 10pg - 12 tgh, dapatla kami pergi, sbbnya pada hari Sabtu berkenaan kami dah ada planning untuk bercuti di Bidor Perak hingga 15 April 2013.
Mengikut jadual perjumpaan yang Cikgu Zaquan n Ziqry inform - jam 10-11pg perjumpaan untuk Ziqry, manakala perjumpaan untuk Zaquan pada 11-12tgh, tp kami redah je sekali harung pukul 11.45pg baru sampai Tadika Zaquan...heheh (kes menyiapkan anak dan beg pakaian nak bercuti begitu begini kul 11 baru kuar umah). Risau jgk pada mulanya kut2 x sempat sampai Tadika sblm kul 12tgh, sekali sampai ramai je lagi ibubapa yg ada.
OTW nak pergi perjumpaan Ibubapa dan Guru.
Time nak g holiday pulak Ziqry x sihat,
pagi tu badan Ziqry dah dedar2, itu yg dia pun manja semacam je ni..
Cian anak mama x sihat lagi,
yg bagusnya adik sporting bila diajak bergambar
Dah sampai tadika Abg, perjumpaan untuk kanak² 3 thn kebawah (taska) juga diadakan di Tadika Abg. Kami berpecah, Mama jumpa Cikgu Zaquan, Papa jumpa Cikgu Ziqry sbb Papa nak cepat, Ikutkan Mama nak jgk dengar ape yg Cikgu nak bgtau ttg perkembangan Ziqry, sampai2 Mama terus bawa Zaquan masuk kelas dia jumpa Cikgu dia, x sedar Papa yg dukung Ziqry time tu dah laju kedepan terus jumpa Cikgu Ziqry dulu, tp xpelah Cikgu ada bagi fail ttg perkembangan dan prestasi anak2. Review dari fail yg cikgu bg n dgr semula citer Papa la..
Inilah Cikgu Kelas Zaquan - Cikgu Hana dan Cikgu Lina.
Sekejap je Papa dok borak2 dgn Cikgu Ziqry, Mama baru dengar 10 minit penerangan dari Cikgu Zaquan, Papa pun masuk dengar sekali penerangan ttg Zaquan dr Cikgu Zaquan ni (Mama pun amik kesempatan rakam pic2 ni, tp telinga tetap dengar penerangan dr Cikgu)
Abg Zaquan malu pulak bila Papa komen ttg report kad dia..
Borak2 ngan Cikgu
Meneliti Report Card Zaquan
Amboih sempat lagi tunjuk perangai depan Cikgu
Leader mengajar Adiknya

Hasil perjumpaan dengan Cikgu Zaquan - Prestasi Zaquan memuaskan, iyelah kami pun xdelah mengharapkan Zaquan cemerlang 100% sebab Zaquan pun baru mula bersekolah pada usia 5 tahun, penerimaannya mestilah berbeza berbanding mereka yg mula seawal playschool usia 3 thn. Jadinya dia lambat untuk mengenal huruf, Zaquan boleh kalau disuruh sebut A-Z tp huruf A-Z tu dia x berapa kenal lagi sbnrnya. Cikgu pun perasan dia lambat sikit kenal huruf n kalau bg kerja mesti dia yg last kali siap tp yang penting dia nak buat. Yang bagusnya Zaquan ni w/pun dia jenis cepat bosan tp dia cepat tangkap ape Cikgu ajar, Cikgu cakap maknanye dia ni jenis bg tumpuan di kelas sbb dia dia cuti seminggu terus exam keputusannya masih ok. Antara komen cikgu yg lain adalah Zaquan ni sgt talkactive n boleh diharap untuk tolong cikgu, kadang2 tu cikgu x suruh buat pun dia buat. Zaquan ni suka sengih n senyum sampai cikgu nak marah pun x jadi..hehe..
Bercerita pasal kawan² Zaquan di sekolah, Zaquan mmg boleh berkawan dgn semua orang n bila Mama tanye pasal kawan sekolah yg dia mmg igt sgt nama dia (Mukhriz) sbb bergaduh smpai benjol di dahi lmbat surut, rupanya mukhriz tu la kawan baik dia, Cikgu ckp w/pun itu kawan gaduh dia tp itu jgk la kawan baik dia, sbbnya ape yg si Mukhriz ni buat mesti Zaquan akan buat n begitu jgk bila ape yg Zaquan buat si Mukhriz ni pun akan buat, masing² ada sikap x mo mengalah. Patut la ada suatu hari tu tiba2 Zaquan kata dia nak bawa sejadah besar sbb kawan2 kat sekolah bw sejadah besar, rupanya cikgu ckp pasal sejadah besar tu pun sbb pengaruh Mukhriz ni..lawak la abg ni, tp nasib baik cikgu sokong ckp ada baiknye jgk dia berkawan dgn Mukhriz ni sbb Mukhriz ni bdk pandai, so aura pandai tu boleh la abg dapat sbb sama2 nak bersaing tunjuk yg terbaik..(teringin pulak Mama nak jumpe Mukhriz ni)
Kad Kemajuan Tahunan Zaquan
Nak tgk ke result Zaquan
Inilah keputusannya
4A, 2B, 3C
Walaupun xdpt 9A, Mama n Papa tetap berbangga dengan keputusan yang Zaquan telah capai ni..

Nampaklah dekat sini Zaquan lebih cenderung kepada pengiraan berbanding membaca, Bahasa Melayu memang lemah tp Matematik dapat A, Tahniah Abg Zaquan, tingkatkan usaha untuk terus capai keputusan yg lebih baik dimasa akan datang ye, Alhamdullillah Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi pun dapat A, mmg nampak Zaquan dah boleh baca Iqra dengan jayanya.
Bercerita pasal Abgnye shj, Adik Ziqry mcm mane pulak, Adik Ziqry baru 2 tahun biasalah perkembangan apa yg dia boleh buat dengan sendiri sepanjang tempoh hampir 4 bulan duduk di taska daripada x tahu buka pempers sendiri skrg dah pandai buka pempers sendiri (tp nak pakai balik x pandai n nak suruh dia pakai pempers pun dah susah skrg ni), mandi pun dah pandai nak mandi sendiri nak sabun n shampoo kepala sendiri. Adik Ziqry ni cukup suka cubit pipi kwn2 dia yg comel kat situ, especially girl la mmg dia geram abis pipi bdk2 tu dicubit2, so cikgu mmg kena pantau dia kalau dia duk dkt ngan kawan2 gegirl dia yg comei tu n mcm biasa Adik mmg kuat makan sampai biskut cikgu pun dikebasnya ada jgk hasil kerja adik, tp ikut cara adik mewarna, contengan adik je la yg nmpk..heheh.
Apepun setiap anak tu perkembangan dia berbeza2 n kami tetap bersyukur dgn tahap perkembangan yg anak2 kami tunjukkan, yg penting Alhamdullillah byk perkembangan positif yang telah anak2 perolehi.
Selesai majlis perjumpaan, kami isi perut dulu di Seri Teja Food Court Presint 9 depan school Zaquan ni n lps kenyang perut terus gerak g bercuti ke Bidor, Perak..sgt x sangka palnning utk bercuti ke perak sbb menghadiri majlis nikah dan kenduri kahwin sepupu Mr. Papa disambung dengan percutian yg besh ke P.Pangkor ^_^..Nanti sambung N3 percutian..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!