Tuesday, April 23, 2013

Holiday Perak 13-15 April 2013 | Kenduri Kahwin Sepupu Mr. Papa @Bidor Perak

As Salam,

Daripada Putrajaya perjalanan diteruskan menuju terus ke Destinasi iaitu Bidor, Perak. Tujuan utama kami ke Perak adalah untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu  Mr. Papa yang diadakan pada 13/4/2013 (Tunang dan Akad Nikah) dan majlis kahwinnya pada 14/4/2013. 

Perjalanan kami berjalan dengan lancar, anak2 pun x meragam sgt, masuk highway KL je Zaquan dah tido dlm kereta, x lama lepas tu giliran Adik Ziqry pulak tido, kami berhenti di R&R pun hanya untuk ke toilet, x berhenti makan sbb dah dah ada bekal Mc'D (sempat g drive thru time isi minyak kereta di Sg. Besi).

Kami selamat sampai di Bidor, Perak lebih kurang jam 3.45ptg, kami terus ke rumah Pakcik di Bidor, Perak terlebih dahulu. Kami dtg awal mewakili FIL & MIL yang dtg lewat sikit sbb ada urusan catering. Kami sampai pun dah ramai jgk saudara mara yg dah sampai terlebih dahulu, niat dihati mmg nak tolong apa yg patut sbb majlis dibuat secara gotong royong, masak sendiri, tp dah ramai org yg menolong, kita yg baru dtg ni ala² terpinga² x tau nak tolong camner..ehhehe..(bkn alasan ye..)

Percutian ke Perak ni semuanya telah diuruskan oleh keluarga mertua Mama, n MIL yg deal dgn Pakcik di Perak, Ikutkan Mama pun cuma tahu lg seminggu nak ke Perak sbb Mr. Papa nak confirmkan dulu jadual class dia, kebetulan time kami pergi bercuti ke Perak ni time study week dia.., bila dah confirm baru Mr. Papa bgtau 'minggu depan kita nak g kenduri kahwin anak Mamak Kamil n jgn lupa amik cuti hari Isnin (15/4/2013)'. Owh ok yg Mama pun x tanye lebih² pulak ttg majlis kahwinnya tu, bila Mr. Papa kata 'nnti kita bertolak lepas amik report card Zaquan', so Mama budget majlisnya hari Ahad tu sekali la akad nikah dan kenduri, rupanya bertunang dan akad nikahnya dibuat pada hari Sabtu (13/4/13) malam lepas Isyak. bkn ape, sudahnya Mama bawa baju kurung sehelai je untuk majlis kenduri tu..huhu.

Slps lepak² skjp kat rumah Mamak Kamil,  Mamak pun bawa kami ke homestay, so kami rehat skjp di homestay, x lama lepas tu Adik Ipar call bgtau dia dah sampai Bidor tp igt2 lupa jln nak ke rumah Mamak Kamil, jd kami berjumpe di Restoran Mamak je (bkn Mamak Kamil, tp mapley deyy...hehe, satu2nya restoran mamak yg ado). So kami pun lepak² mkn n minum dulu n lepas tu terus ke Rumah Mamak Kamil semula.

Sedar x sedar dh nak dekat kul 6 lebih jgk, balik ke Homestay semula untuk bersiap untuk majlis akad nikahnya mlm tu. bygkan hari tu baru tau akad nikahnya mlm lepas Isyak (Mama je yg baru tau, org lain tau dah..gamble la pakai seluar n t-shirt je mlm tu).

13/4/2013 (Sabtu) - Selepas Isyak - Bertunang dan Majlis Akad Nikah

Ini la Homestay yang kami duduk.
satu taman je dgn rumah Pakcik.
ok boleh la lengkap setakat kami semua anak beranak duduk bermalam disini,
cuma yg x beshnye cuaca dkt sini panas betul, kalau ada econ syok sikit.


Biasalah homestay ibarat rumah tinggalla kalau xde yg menyewa, so my biras ada pengalaman seram jgk la yg dia rasa, tp alhamdullillah Mama xde pulak alami perasaan yg seram sejuk duk kat homestay ni.., lgpun Mama ni jenis tido mati..hehe

Bersiap sedia mau ke majlis akad nikah, 
Zaquan nampk mcm abg long sgt kan..

Pelamin
Cantik pelamin dia, simple but nice - kalerfull wif flowers


 Hantaran kedua belah pihak


Pengantin Perempuan @ Sepupu Mr. Papa.


Pengantin Lelaki, x nmpk muka sbb xmo pandang kamera, berdebar2 la agaknye menanti tok kadi tiba


Alhamdullillah, selamat diijabkabulkan


14/4/2013 (Ahad) - Majlis Kenduri Kahwin.

FIL n MIL sesudah subuh dah ke rumah pengantin mmg antara orang kuat yg menolong, kami kul 9.30pg baru nak gerak keluar rumah..hehe, dah sampai rumah pengantin Mama pun x tau nak menolong ape, menolong skjp, pastu melepak kat luar, time melepak tu Adik2 Ipar ajak g minum kat luar, so sempatlah kami g lepak minum keluar dulu n tinggalkan Mr. Papa yg dah mula bz menolong angkat2 brg, time ni org tgh bz merewang n masak sbnrnya..(nak menolong pun org mmg dh ramai menolong kat luar nun..alasan..,:p, sbnrnya nak tolong pun x tau nak wat pe, xpe la Papa ada sbg wakil kami semua..hehhee).

Pagi, OTW nak ke rumah pengantin, masing2 tgn x lepas dgn air boboiboy tu, air dia biasa je tp sbb botol air tu gambar boboiboy.(pengaruh kartun)


Balik dari minum terus balik ke homestay, tukar baju kurung siap2 n elok kami sampai pengantin pun sedang berarak.

Mama x byk amik gambar pun sbnrnya, nak bergambar bersama pengantin pun x berkesempatan. Papa bz menolong, Mama bz melayan Ziqry, sbb akceli Ziqry x berapa sihat so mmg time kami bercuti ni mmg byk jgk la peelnya..meragam lebih.Zaquan dah ada geng so mmg biar je dia lepas bebas.

Pengantin semasa makan beradab.


Disebabkan mama xde amik gmbar sgt kan,
sekeping pic ni mama cilok dr Fb pengantin..hehee..
Selamat Pengantin Baru buat kamu  - Masitah n Suami
Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa..AMIN.


Keseluruhannya percutian kami ke Perak ni mmg betul2 untuk rilexkan diri, berehat di homestay dan byk masa kami habiskan lepak minum  sampai ke tengah malam bersama all family members..hehe...

Keesokkan paginya (15/4/2013) selepas selesai breakfast kami pun bertolak menuju ke Lumut n P.Pangkor seperti yang dirancang oleh Ayah Mertua, kalau ikutkan Ayah planning nak bawa cucu2nya mandi laut n kolam, n mmg dah pesan pada kami bawa lebih baju Zaquan n Ziqry nnti manalah tau kalau Ayah n  Mak nak sambung cuti. Tiba2 petang Ahad tu Ayah n Mak ajak semua singgah Pangkor dulu sblm kami semua balik, kiranya keluar awal pagi kami boleh balik hari n yg bermalam cuma Mak, Ayah dan Zaquan...tp sudahnya lain yg jadi...sambung next N3..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

12 comments:

  1. Haha! Tu la
    Tgk tgk sume join bersnorkling;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, itulah alang2 dah sampai p.pangkor kan, atok zaquan n ziqry pulak beriye nak bawa kami semua keliling pulau, mmg happy sgt..:)

      Delete
  2. yg bestnya kalau ada wedding belah sedara mara ni jauh2 pastu kena tido hotel ke.. mmg best.. tahun ni xmerasa la sbb kazen kawin dgn org sekampung gak. tido kampung jela gamaknya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..betul2, sambil menyelam minum air la, g kenduri sekali berjalan..:)

      Delete
  3. Meriahnye majlis...Sambil menyelam minum air...Pergi kenduri n jenjalan jugak

    ReplyDelete
  4. cantik mempelai..murah juga homestay tu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. raja sehari mestilah cantik kan,
      boleh la RM100 kami boleh duduk 3 family
      kalau hotel paling byk pun 2 family je boleh masuk 1 bilik.

      Delete
  5. sekali jalan lah kiranya yer.. ada kenduri.. dan bercuti.. best²...
    semoga perkahwinan mereka berkekalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sekali jalan n lepas tu bersambung lg pulak holidaynye tu..:)

      amin..:)

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails