Friday, October 18, 2013

Aidiladha1434H | Jamuan Raya Aidilfitri Opis 2013

As Salam,

Masih belum terlewat kot nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua kawan² blog Mama. Setiap tahun selalunya memang kami sambut Aidiladha secara bersederhana je w/pun sbnrnya Hari Raya Aidiladha la sepatutnya disambut meriah kan..dgn aktiviti korbannya..huhu, tp dh terbiasa rutin raya aidiladha sambut biasa² je. Tahun ni Mama beraya sebelah keluarga mertua, alhamdullillah setakat ni kami punye sistem giliran xde masalah..mengikut spt yg dirancang..mcm biasa cuti pun 1 hari je, x amik pun cuti sblm dan slps (cuti dh tinggal sikit), kami blk kg mlm raya, anak² hari Isnin tu mmg pagi dh minta tolong MIL jaga sbb taska/tadika tutup, pagi raya lps sembahyang raya Atok bawa Zaquan n Ziqry tgk korban lembu, kebetulan jiran depan ni buat korban, dpt la anak² tgk.., tp Zaquan lps tgk terus ckp dia x suka mkn lembu la..sbb kesian.., dia dok cerita darah lembu memancut²..(xpelah pengalaman buat abg, tp sure skjp je tu ckp x mkn lembu..esok lusa lupa..mesti mkn blk).


Pic kami di Pagi Raya Aidiladha..
Tahun ni berjubah..^_^, sedondon lg tu dgn MIL, Jubah tu Mama beli masa bercuti di Jakarta, Jubah anak2 pulak Mak Ngah cbah dia belikan masa tunaikan umrah tahun lepas, dh 2 tahun berturut2 dh sbnrnya pakaikan anak2 jubah ni time Aidiladha..:)



Sedondon Wif MIL
(CnP Pic dr FB MIL)

Tengaharinya kami balik kg Jenderam, rupanya ada makan²..mcm² hidangan ada, paling special Nasi Arab pun ada.., lepak sampai ke Petang pastu balik semula ke Kg Bahagia, Bangi dan lepas Maghrib kami pulang ke rumah kami..,esok sudah mau kerja..n ada potluck aidiladha bersama geng2 opismate.., dh tau x sempat nak masak² heavy..mama buat dessert je..akhirnya buat jgk cheesekut n agar2 oreo yg selama ni dok tgk ramai kawan²yg publish buat..(nnti mama buat n3 lain..nak up jgk hasil buat kan..)


Layankan anak2 yg teruja nampak traktar ni di Kg. Jenderam..





Itu saje story Aidiladha 1434H kami..^_^..

Alang² bercerita ttg Hari Raya, kasi up sekali la N3 Hari Raya Aidilfitri yg dh basi ni utk simpanan Mama..Jamuan Raya Aidilfitri di Opis Mama pada 4 September 2013..xmo citer panjang² pun...layankan gambar je..hehe


Deko² Raya pada hari tu..


The Menu
Akceli kami bahagi² menu by Seksyen, Menu utama je By Kelab. Tahun ni giliran Seksyen kami sediakan dessert..sonang by tu..huhu


Meja Makan VIP


Kaki Bergambar..so bergambar² dulu sblm majlis bermula..dalam masa yg sama sbnrnya time ni sibuk wat preparation utk majlis n time tu jgk sibuk training persembahan.



Yeay..ini menu dessert kami..


Tokey Cake..Shima Sweet Taste..


Cocktail


Cream Phuff..sgt sedap..sponser by  our bos...


Menu Feberet..Satay


yang ini tolong promote skjp one of my bos punye bissness..Ice Cream..patutnya part kitaorg ni sediakan dessert, tp bisness prospek kan dia  sponser la...


Terbaik..sila² call no. diatas sekiranya berminat..



Hehe..Mama up pic makanan dr Seksyen kami je, menu dari Seksyen lain lupa plak nak snap²..hehe, akceli sblm majlis bermula masing² sibuk set up menu masing² la..

Pada Jamuan Hari Raya tu Seksyen kami pakat² bermake-up, so Mama pun x ketinggalan join sama sibuk minta dimake-up kan, make-up by tokey cake..Shima Sweet Taste..yg bkn saje pakar membuat cake tp pakar mengandam..hehe

Ini hasil make-up my friend..cantik tak Kak Ton..hahaha..
jgn tertipah..selain dr teknik make up ianya ditambah lagi dgn kesan app. camera 360.., app. camera 360 tu yg nampk glowwy n flawless..so perasan cantik skjp..hahaaha..


Yeay tahun ni kami juara persembahan untuk hari raya..kalau nak tau pagi before majlis start baru berlatih tau, masing² menolak nak terlibat sbnrnya, tp dh nak x nak setiap seksyen perlu wat persembahan, lgpun thn ni last our bos di BPAD (dia furthur study) so dia la yg semangat nak buat persembahan..rezeki bos la kot..seksyen kami menang...

sesi training..pelakon² hebat Seksyen kami :p
ini pelakon² utamanya..kami buat sketsa muzikal raya



Mama n the rest jadi pelakon tambahan/penyanyi tambahan..memeriahkan suasana...


Selesai sudah makan² dan persembahan serta tamat sudah Jamuan Hari Raya kami..
Last but not least..wajib la merakamkan potret beramai2 warga Unit, Seksyen dan Bahagian..

Seksyen Kesayanganku..Seksyen Audit Perbelanjaan Dan Pengurusan  
(5 thn dah bersama Seksyen ni)



Bersama Satu Unit..Team Audit Pengurusan
(baru 3 bulan bersama unit ni, tp disebabkan satu seksyen xde masalah pun, maintain happy gitew)
kenangan terakhir bersama x-boss..(berbaju melayu oren..Good Luck bos sambung master..belajar rajin²..)


Selamat Hari Raya dari Warga BPAD.



Sesi membuka dan mengagih hadiah kemenangan..
Hamper je pun, tp boleh la suka2 join persembahan kan..



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. meriahnye sambut aidiladha kat pjbat...pjbat kite xde pun..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn sambutan aidiladha kat opis, just pot luck suka2 kitaorg je, yg eija dok cerita penuh dgn gambar2 ni citer aidilfitri yg lepas bkn aidiladha.., x snap plak kitaorgnye potluck aidiladha kali ni..

      Delete
  2. Bestnya kakak tengok:-
    1. Baju sedondon dgn MIL
    2. Makan-makan yg sedap belaka
    3. Satu office macam sedara dah kakak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakak zakie :)
      1. x sangka jgk sbnrnya MIL pun pakai jubah yg sama, mmg tau beli sama2 di Jakarta tp x sangka pakai pd hari yg sama sbb selalunya raya haji recycle baju2 raya yg lepas je.., x pernah ada baju raya haji sbnrnya..
      2. mmg sedap..:)
      3. haah mmg opismate eija semuanya dh mcm sedara, baik2 n satu kepala semuanya..sbb tu setakat ni eija mmg srnok je bekerja xde mslh dgn opismate..

      Delete
  3. syoknya raya aji pun ada jamuan raya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde pun sbnrnya, potluck suka2 antara kami je, seksyen kitaorg mmg rajin berpotluck :)

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails