Friday, April 8, 2011

Apa Kata Kaunselor Diabetic

As Salam,

dua hari lepas sweetmama ada mention kan yg sweetmama ada appointment dgn kaunselor diabetic..

mulanya risau gak..tp sebenarnya xde pape pun
cuma penerangan detail jerk ttg Kencing Manis:-

Apa tu Kencing Manis?
Risiko Ibu Mengandung yang mengidap Kencing Manis
Pemakanan Seimbang Untuk Wanita hamil

Dalam Kes Sweetmama ni, Sweetmama dikategorikan sebagai Diabetis Mellitus Semasa Kehamilan iaitu  keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

dan melalui ujian BSP yang sweetmama telah lakukan..
didapati masih lagi boleh dikawal dan tidak perlu suntikan insulin atau ubat kencing manis
hanya perlu diatasi dengan pengawalan pemakanan
Jadinya kaunselor berkenaan telah tekankan kepada sweetmama ttg pemakanan seimbang

mmg kena sound la..ohh awk tau ye ape itu pemakanan seimbang..
sweetmama pun jawab..smbil senyum2 kambing..
eh mmg tau pun..cuma x boleh nak kontrol jerk..huk2..

rasanye sume org tau kan..kita bole makan 6 kali sehari tapi kurangkan kuantiti makanan yg diambil terutamanya karbohidrat mmg kena kurangkan.

sumber pic:- My HEALTH for life

Sweetmama juga diterangkan ttg size pemakanan:-
lebih kurang mcm ni la..

Jenis Makanan
Satu Sajian
  • Bijirin & produk bijirin dan ubi-ubian
  • Contoh. : Nasi, roti, cereal, mee, yam, kentang
  • ½ cawan nasi putih
  • ½ cawan mi/bihun/kuetiau/pasta
  • 1 keping roti bijirin penuh
  • ½ keping capati (saiz kecil)
  • 1 cawan bubur nasi
  • ½ cawan bijiran sarapan
  • 1 biji ubi kentang saiz sederhana
  • 3 keping biskut tawar/krim
Sayur-sayuran
  • ½ cawan sayuran berdaun hijau tua
  • ½ cawan sayuran buah atau ubian
  • ½ cawan lain-lain sayuran
Buah-buahan
  • ½ biji jambu batu saiz sederhana
  • 1 potong betik / tembikai / nanas
  • 1 biji pisang / oren / pir / epal
  • ½ cawan jus buah (tanpa gula)
Susu dan Produk Tenusu
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan dadih
  • 1 keping keju
  • * tenusu rendah lemak lebih digalakkan
Telur, daging, ayam, ikan dan kekacang
  • 1 ketul peha ayam saiz sederhana
  • 1 ekor ikan kembung
  • 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis
  • 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
  • ½ cawan kekacang kering
  • 4 sudu makan udang kecil dengan kulit
  • 1 keping tauhu
  • 1 keping tempe
  • 1 biji telur saiz sederhana (gred C)

sumber dari:-  My HEALTH for life

tp itu la sweetmama ni jenis sekali makan mmg byk..lagi kalau makanan tu sedap..
x amik kira pun makanan tu berlemak/karbohidrat tinggi
kena tukar gaya pemakanan..
nak makan bole, tp sikit jerk..

chaiyok..chaiyok..

p/s: hari ni pun meeting seharian tau..


 ♥Jagan Lupa Klik2 My Hearbeat♥ TQ..^_^.
.

6 comments:

  1. susah gak nak kontrol makan time mengandung nie kan..
    kenalah bekorban sikit untuk kesihatan ibu & anak dalam kandungan yer..

    ReplyDelete
  2. demi kesihatan terpaksa la ikut kan piramid makanan tu kan..

    ReplyDelete
  3. selamat pagi eija..
    semasa mengandunglah saat kita kaum wanita diuji..
    ayu ada dengar produk HPA... bagus kawal kencing manis semasa kehamilan..
    semoga eija tabah yer..

    PS: rindu pada kamu...ayu kembali berblog

    ReplyDelete
  4. @Cute MuM: itula mmg susahnye nak kontrol..perut asik lapar jerk..selera pun tinggi..huk2

    @lydzar: yup..kena nekad..tp itu la eija selalu control time nak amik darah jerk..sanggup puasa sehari sebelum amik darah..insyaalllah..tgh berusaha gak ni nak kontrol..

    @Citarasa Rinduan: rindu pada ayu gak..thanks ayu..
    eija ni jenis x berani pulak nak makan sebarang ubat time mengandung ni..dulu eija ada gak try minum teh misai kucing masa mengandungkan zaquan dulu..tp kali ni mmg xde amik pape ubat pun selain vitamin yg doktor bg.

    ReplyDelete
  5. kita pulun semua benda masuk, tapi memang sentiasa berjaga-jaga je, susahnya kita sebab kita tak suka makan sayur. huhuuu.

    ReplyDelete
  6. @Cha: Oh iye ke cha..awk x suka sayur..tp kalau x mndtgkan masalah kpd kndungan ok lg..lg pulak tgk cha maintain jerk badan..eija x bleh mkn lebih sikit mula la berat bdn naik dgn jayanye...hehhee

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails