Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Wednesday, October 10, 2012

Buah Dabai & Laksa Sarawak

As Salam,

Ini lah rupanya Buah Dabai, 1st time Mama makan ni tau, Iyelah kat semenanjung xde Buah Dabai ni, Buah Dabai ni terkenal di Sarikei dan Sibu. Buah Dabai ni  dimakan bersama nasi diorang buat mcm ulam, mcm kita kat semenanjung makan petai la. Tapi nak makan mcm tu jerk pun boleh. Mama rasa, rasanya seperti ubi keledek yg direbus n bila dimakan bersama kulitnya ada rasa masam2 gitew..Buah Dabai ni dah di tabur garam..so rasanya complete..masam masin dan manis. Mama suka sbb dia ada rasa masam..


Hari ketiga kami di Sarikei, kami dihidang dengan menu mkn tengahari special, itu yg org Sarikei bg makan/rasa Buah Dabai disamping lauk pauk yg lain..Lauk pauk special..mewah dgn udang n diperkenalkan dgn sayur midin, sayur midin ni ala2 pucuk paku, tp pucuk paku batangnya keras, midin ni lembut ..


Menu dinner try rasa Laksa Sarawak di Sarikei pulak, Sebelum2 ni biasa dah makan Laksa Sarawak sbnrnya. Ini Laksa Sarawak yang Mama rasa di Sarikei, rasanya x sama la mcm yg biasa Mama makan..ermmm Laksa Sarawak kat kedai 1 Malaysia Cafe, Sarikei Sarawak ni ada rasa kari..dah rasa mcm mee kari pulak, Mama confused gak kot pelayan tu hntar salah menu..Mama siap tanya..Laksa Sarawak kat sini mmg ada rasa kari ke, dia cakap..YA, So iye kan jerklah..sedap jgk..licin jerk mama makan..hehehe


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

5 comments:

  1. daripada cerita awk...buah dabai tu cam sedap jer....tak pernah dgr dan tak pernah mkn...

    :-cantik blog...berwajah baru yer-:

    ReplyDelete
    Replies
    1. eija pun 1st time dengar & makan,
      popular di sarikei & sibu, dekat sini mmg xde.
      ikut org gak, my friends x suka.., tp me suka jerk..:)

      Terima kasih, setahun sekali bertukar kaler & header...hehe, godek2 sendiri jerk..jd ler kan..

      Delete
  2. buah dabai?? memang tak pernah makan.. ni lah pertama kali dgr dan tengok tau.... hihihiihi.. lain org lain citarasanya.. eh² mcm tu ke laksa sarawak owhh baru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..masing2 nya selera mmg mcm2..

      Buah Dabai ni popular di Sibu & Sarikei, dekat sini mmg xde..
      isi dlm dia kuning mcm warna ubi keledek..rasanya pun eija rasa mmg rasa mcm ubi keledek sikit lemak2 gitew..+ rasa kulitnya yg masam masin..

      di sarikei k.eija mkn mmg ada rasa masam, tp org sibu kata patutnya dia rasa lemak manis jerk xde rasa masam..diaorg kata nak sedap makan dengan kicap..

      kalau ikutkan Laksa Sarawak ni ada rempah dia, kalau yg ori Laksa Sarawak tu kuat tau bau rempah dia mcm bau herba..yg ini k.eija mkn ada rasa mcm mee kari..huhu

      Delete
  3. tu laksa org malas..xsedap tu..tambah lg berminyak..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails