Tuesday, August 6, 2013

Adik Ziqry Demam Panas | Zaquan n Ziqry Datang Kerja Opis Mama

As Salam,

Lagi 2 hari kita akan menyambut syawal 1434H, orang ramai pun dah mula bercuti, Tadika n Taska Zaquan n Ziqry pun dah mula bercuti dari 5hb - 13 Ogos 2013, fuhh lama tu cuti mcm cuti sekolah. Mama esok (7 Ogos 2013) baru mula cuti, so semalam dan hari ni terpaksa la Mama usung 2 hero Mama Zaquan n Ziqry ke opis.

Aduihai x diduga Ziqry pulak diserang demam panas pada ahad tengah malam, tp Mama redah je bawa dia g opis pg Isnin tu, mmg meragam je la dia, xmo tido baring, nak berpangku je, Alhamdullillah hari ni dah beransur sihat sikit tp still jgk meragam, riuh opis dibuatnya dgn jeritan suara tangisan dia..igtkan dah sihat sikit mood dia ok la bawa diri sendiri, sekali nak berkepit jgk dgn Mama, Abg dia pulak dh ada geng bermain, mmg srnok la ada kawan bermain sampai x igt dh adik dia, sampaikan Adik plk yg merengek2 minta Abg dia main sama.

Semalam Adik Ziqry longlai betul, sampai berpangku je dgn Mama, hari ni ada perubahan sempat la Mama snap pic2 dia hari ni.

muka bdk  x sihat, terlentok je

nmpk dia dh sihat sikit hari ni bila nak join abg dia bermain..
ni diorang main depan partition Mama je.


main Saidina, sbnrnya Abg n Adik bkn pndai main pun..kwn dia ni umur dh 8 thn, pndai la main..so dia mainkn utk 3 org..abg n adik cuma baling dadu je..huhu


ermm main sama2nye skjp je, semua xmo kwn ngan adik sbb adik bknnye pndai main sama, sudahnye itu yg adik berkepit je la ngan mama, main kat tempat mama je la dik..


Setelah puas menjerit & melalak sampai bingit satu opis akhirnya Adik Ziqry tido jgk, ini yg Mama taip laju² ni.


Ok la Adik Ziqry pun dh mula meragam nk tido berpangku pulak dgn Mama. Moga Adik Cepat Sembuh..AMIN, nak raya ni x syok la kalau anak² demam. Jgn Mama n Papa pun demam jgk nnti sudah...

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

4 comments:

  1. alahai nak raya pulak dia demam, kalau demam mesti meragam.. pesen anak sy lah jugak ni.. tang merenggek x tahan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan anak2 ni demam ragamnye lebih, nak manja lebih..
      risau gak k.eija takut demam time raya, alhamdullillah Ziqry sihat sepenuhnya pada hari raya pertama.

      Delete
  2. sara pon dah start panas bdnnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cian sara demam time raya..
      nasib Abg n Adik x demam time raya, kalau semua cucu2 atok n nenek demam time raya lg kesian..semua xde mood n akan meragam je nanti

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails