Monday, September 26, 2011

Minggu Kedua Aidilfitri 2011 | Tgk Wayang The Smurfs

As Salam,

Sambungan story raya minggu kedua kami...lepas beraya umah tunang adik sweetmama (amy) di Shah Alam, mulanya kami ke Klang singgah umah saudara sebelah abah..mmg setiap tahun pegi, tp thn ni xde rezeki nak jupe..main terjah jerk so xde org kat umah, lepas tu masing2 berpecah bawa haluan sndiri (kami pegi 4 buah kereta). On the way dr Shah Alam ke Klang tu kami lalu ikut jln belakang so lalu depan JJ Bukit Raja, apalagi bila nak balik dalam kereta Zaquan dh merengek kat kami ajak g JJ nak main kuda (pusat hiburan sekeluarga/games yg ada kat dlm JJ tu)

ermm..tiba2 papa kata ok n offer kami g tgk wayang, mama ok jerk lebih2 lg adik Ziqry bkn jenis yg susah dijaga..kiranya advance la adik berbanding abg..kecik2 dh dpt tgk wayang. Papa bawa kami ke I0I Mall Puchong, kat sana ada JJ, boleh la bw Zaquan naik kuda n tgk wayang sekali. 

Sampai I0I Mall terus ke agenda utama dulu..beli tiket wayang, movie ape..mestilah movie animasi/genre kartun sbbnya dh ada anak ni kena la tgk movie yg bersesuaian utk 1 family menonton. mulanya nak tgk the smurfs kul 3.00ptg, tp full, seat yg ada pun depan sekali, ermm sib baik papa sanggup beli tiket pukul 4.50 ptg.., kalau x frust jerk x dpt tgk wayang. 


tiket wayang kami

yezza...movie yg kami tgk :THE SMURFS
sumber pic : mr google


mmg best citer ni..kisah makhluk kecil bewarna biru yg tinggal di desa ajaib yg aman damai pada mulanya. tetiba diganggu oleh ahli sihir Gargamel dan kucingnya yg cuba utk menakluk desa berkenaan. Semuanya bermula apabila Clumsy Smurf telah tersalah jalan memasuki gua terlarang dimana gua berkenaan telah mengakibatkan mereka masuk ke dunia Manusia iaitu New York.  Bersama Clumsy adalah Papa Smurf, Grouchy, Smurfette, Brainy dan Gutsy Smurf. Malangnya Gargamel dan kucingnya turut terlepas memasuki    New York. Keenam2 the smurfs ni menumpang di rumah pasangan suami isteri Patrick Winslow dan Grace. Pelbagai aksi lucu berlaku sepanjang mereka menumpang rumah pasangan suami isteri berkenaan disamping niat mereka untuk berusaha mencari jalan pulang ke desa mereka. Secara peribadinya mmg sweetmama layan sgt citer ni lawak n  nmpak la juga moral of the story citer ni bila the smurfs berjaya balik ke desa mereka mereka telah mengambil peluang membina desa mereka dgn bangunan2 tinggi seperti New York juga..kiranya pandai la diorg amik teknologi yg ada..ehhehehe

*************************************************************************************************************
Alhamdullillah, adik Ziqry sgt behave, setengah jam yg pertama dia pun sama turut leka tgk wayang bersama atas pangkuan papa..pastu baru merengek nak nenen n mengemping ngan mama, x lama lps tu terus terlena atas pangkuan mama , risau gak takut dia menangis abis dgr 1 panggung ke, tp x pun..camni bleh la bw adik tgk wayang lagi..p


Zaquan pun dh semakin ok bila dibawa tgk wayang, dia pun dh besar, dh pandai tgk wayang + dh pandai minta pun nak tgk wayang.., srnok tgk ngan zaquan kali ni sbb dia layan citer ni  n siap gelak2 sakan...tp itula dia msti akan tertido juga walau camner best pun citer tu sbbnya dpt econ sejuk..mmg layan la tido...cuma kali ni lama sikit dia dpt layan movie..setengah jam sblm citer tamat baru dia tertido..., bangun2 tido jerk siap nyanyi lagi lagu the smurf tu..'Lallalala ....."


oh ye...perkara yg dijanjikan tetap dikota, sblm tgk wayang bawa Zaquan main kuda, sib baik kat IOI ada kuda ni, xde la dia merengek nak naik kuda kat tempat games tu...hehhee

time ni zaquan dh xde mood nak brgmbr pun, mood nak main jerk,
kualiti gmbr x berapa ok..guna kamera kecikku..

disbbkan masih byk masa sblm movie bermula, lepas seround zaquan main kuda, kami g isi perut dulu w/pun dh makan mee rebus sedap kat umah amy sblm tu...citer makan2 next n3 la pulak..^_~..

p/s: hari ni sweetmama ada kursus kat AG, adeii camner ni br dpt 3 hari kursus, kena cr 4 hari lg utk thn ni..mcmmane nak cukupkan 7 hari jadual audit berderat2 tanpa henti menanti...
*n3 auto publish*



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

No comments:

Post a Comment

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails