Wednesday, September 29, 2010

Main Kutu Diharamkan Di Malaysia?

Salam 20 Syawal,

Pagi mcm biasa..otw nak ke opis..dlm kereta selalunya kami layan Hot FM..so pagi td topik Hot FM ialah Main Kutu Diharamkan Di Malaysia..? Apa pandangan anda2 sume...? 

Berita ini dikuatkan lagi dengan laporan akhbar Kosmo


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ohhh tidak..kalo ikut pandangan sweetmama..x nmpak dimane kesalahannya bermain kutu..lebih2 lagi sweetmama n papa zaquan mmg main kutu..kami main kutu sekeluarga pulak tu..sebulan RM100..ini kira mcm saving kita la..malahan sweetmama turut main kutu bersama kwn2 opis ni..means sweetmama main kutu dua team..1 team ngan my MIL n satu team lg ngan geng opis..Alhamdullillah..dgn duit kutu ni jgk sweetmama simpan utk g holiday next month..cuti2 Indonesia..hik3..

Ini sume gara-gara Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.

Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang.

Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu.

Pasangan itu berasal dari Kuala Lumpur disaman mengikut Seksyen 3 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding semalam, pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa SSM, Steve Chin Yun Cheong, manakala pasangan terbabit tidak diwakili peguam. Hafizah menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu. 

Tindakan terhadap syarikat itu susulan serbuan serentak dilakukan SSM terhadap tiga syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program pelaburan wang kutu dengan kaedah wang pos.

Selain World Heritage Resources milik Sabbri dan Rahimah, dua lagi syarikat dijangka berdepan tindakan undang-undang oleh SSM. 

Aktiviti syarikat terbabit melanggar akta yang melarang orang perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program kutu seumpama itu.

Menurut suruhanjaya itu, berdasarkan maklumat, ada pelbagai pakej ditawarkan penganjur program merangkumi pelbagai pelan pelaburan.

Sebagai contoh, Pelan A Platinum mensyaratkan peserta membuat pelaburan RM312, Pelan A Emas (RM100), Pelan A Perak (RM50), Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) dan Pelan B Emas Bijak (RM136.50).

Difahamkan, siasatan suruhanjaya mendapati World Heritage Resources yang beroperasi sejak akhir 2008 mendapat sambutan hebat di kalangan pelabur Bumiputera sehingga ada peserta melabur sehingga RM300,000.

Sumber : Harian Metro

Kalo main kutu spt mane pasangan ni main mmg nmpkla ade unsur riba kat situ..amboi..siap untung 30 juta tu ... kalo main kutu mcm kami main setakat 10 ke 15 org ni x nmpk mane buruk nye..mmg xde unsur keuntungan or riba pun..masing2 dpt pulangan masing2 jerk..


5 comments:

  1. kita pun main kutu kecil-kecilan dengan family, dapat juga membantu adik, tapi kalau mcm kes atas ni, mmg nampak benar salahnya. siap ada untung tu...

    ReplyDelete
  2. Kite pun main kutu gak. .tapi bkn untuk tujuan perniagaan. Pasangan tu mang le salah. .

    ReplyDelete
  3. kalo main kutu yg every month dapat tu idakler haram uols...ni kes kes kutu yg melibatkan jumpah yg beso...kira cam kutu tu dijadikan pelaburan gtew...

    weols pun main kutu gak sebulan RM200 semata2 nak bayo roadtax kete...ahaksss

    ReplyDelete
  4. boleh dikatakan ramai yang main kutu nie..

    tapi kalo setakat kecik2 macam tue menag xsalah pon... sebab ahkirnya kite dapat ape yang kite bayar bulan2 jer..

    tak gitu??

    ReplyDelete
  5. alamak..main kutu pon ade akta ker? main kutu ni mmg cara org kampung saving..mcm mak saya..menoreh kan income hari2...takde epf...main kutu la solutionnya..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails