Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Sunday, June 10, 2012

Leisure Time @Mid Valley | Misi Menebus Point Kad Toy's R Us

As Salam,

Mesti ramai yg menghabiskan sisa2 cuti sekolah n cuti hujung minggu, minggu ni kan. Happy Weekends kawan2, kami x bercuti kemana pun minggu ni, tp insyaalllah plan hari ini nak g tgk movie..:). 


Sebelum tu ni nak citer kisah hujung minggu lepas kami..huhu. 


Bersempena dengan hari lahir Zaquan, Papa dapat mssg utk tebus point kad Toy's R Us sbbnya kad Toy's R Us tu register atas nama Zaquan, bolehlah tebus point utk beli hadiah besday Zaquan, w/pun ikutkan xde la byk pun point yg dapat..huhu, tp kebetulan Toy's R Us pun ada buat promosi 'Massive Deals" dimana dengan setiap pembelian RM150 ke atas dapat rebet RM40. Ok la tu ditambah dgn point kad..byk jugak ler dptnye..:)

Akceli x rancang pun nak g Mid Valley hujung minggu lepas, lepas selesai  Majlis Cukur Jambul Aishah & Sarah@Twins, disebabkan Majlis nya awal & selesai pun awal, kami lepak dulu rumah my parents, Papa sempat qada tido dulu sblm keluar bawa kami jalan2.., Pukul 2 ptg baru kami gerak nak keluar jalan2, mulanya Zaquan ajak Papa g JJ@Aeon Cheras Selatan jerk, tp Papa bawa kami jalan arah lain, dalam kereta sibuk Zaquan bertanya 'Papa nak bawa jalan g mana ni?, 'Abg xnak balik rumah, Abg nak g JJ'. Papa menyakat Zaquan ckp nak balik umah tido, tp tau2 jerk bawa kami g Mid Valley..oh rupanya g Mid Valley semata2 nak tebus point kad Toy's R Us la.

sampai2 Mid Valley jerk, Papa x terus bawa kami ke Toy's R Us dulu tp masuk JJ dlm Mid Valley dulu sbbnya Zaquan tau kat Mid Valley pun ada JJ ada tempat mainan, pusat hiburan sekelurga..So papa bawa Zaquan g main, Mama & Ziqry g cuci2 mata..hhehe

Ziqry pun pandai cuci mata tau, sejak dh pandai jalan ni mmg nak lepas jerk la dia, tp kita pulak yg susah nak shopping sbb nak kena perhati dia.


Lama jugak menunggu Papa & Abg puas main games..nak dekat sejam lebih jugak la, kini giliran adik pulak main sepuasnya di playground Toy's R Us. Kalau g Mid Valley mmg msti singgah Toys R Us pnyer..Papa  dh survey hadiah ape yg menarik kat dlm Toy's R Us dulu, Mama layan Zaquan & Ziqry main kat playground ni 


Leka melayan diorang main di playground sampai Papa panggil Zaquan, jom masuk pilih hadiah..hehe

Masuk2 dlm kedai Toy's R Us jerk Ziqry dah aim motor kecik ni.., mmg beriye ta dia siap nak naik, Zaquan pulak dari rumah lagi masa belek pemplet Toys R Us bgtau dia nak topeng..hehe, tp bila try kat muka dia besar sgt la..


See..adik Ziqry mmg berkenan betul dgn motor, setiap kali jumpe motor mesti dia sndiri akan naik sbb motor besar abg dia pun dia dh pandai naik sendiri.


Agaknye dapat ke anak2 mama ni hadiah idaman mereka../ Apakah hasil dari rembatan di Toy's R Us...story dlm next n3 la ye...
*N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

3 comments:

  1. ololooo smart je adik naik moto tu.. comel :-)

    ReplyDelete
  2. tergelak tgk muka ziqri.. beria² betul naik moto.. haruslah kumpul duit untuk belikan...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails