Friday, June 29, 2012

Makan2 Hari Gaji | JJCM Austin Steak House

As Salam,


Walaupun selalu makan luar, tp bila hari gaji kami selalunya makan special sikit...special ke? hahahaa


selalunya kalau teringin nak makan western kami suka makan dekat Austin Steak House, kalau dulu kami suka makan dekat restoran F1 di Seri Kembangan, tp  restoran tu dah lama tutup, kalau x silap thn 2010 dah xde F1 Seri Kembangan tu. (dulu masa bujang selalu dating ngan Papa kat situ..:P)


kadang2 tukar selera makan dekat D'one Steak, tp x berapa kena sgt dgn tekak la, sedap lg dekat Austin Steak House ni.., Ini kiranye kali ketiga kami makan dekat sini.


The Menu..

Menu pilihan mama - Chicken Golden Blue n Mango Juice..
Akceli mama tersalah pilih menu, mama igtkan Golden blue ni kuahnya Black Paper sekali kuahnya tomato puri, ermmm nak cheese pnyer pasal..(Dalam Chicken tu ada cheese)
lastnya mama makan separuh, separuh lagi papa tolong abiskan..

Menu pilihan Papa & Zaquan..Chicken Grill + Tembikai Juice, Zaquan mcm biasa Milo Ais.
x sangka Zaquan suka makan Chicken Chop, habis tau dia makan Chicken Chop ni..yg kelakarnya dia suka kuah Chicken Golden Blue mama pnyer menu tu, so setiap kali dia mkn chicken grill tu dia akan cicah ngan kuah mama pnyer menu...

Menu Adik..Garlic Bread..Adik mmg suka makan roti..skrg ni kalau makan kena order untuk adik sekali..
Ohh Adik..perut Adik sudah makin kedepan.., kena control sikit makan tu ye dik..

Bukan kentang abg jerk dia kecek, air Mango mama pun dia merengek nak..
skrg ni dia pantang tgk straw..selalu dok tengok abg dia minum air milo kotak, itu yg dia nak jugak minum guna straw..

See..licin abis..mmg sedap..:)

Terima kasih Papa belanja kami makan sempena dengan hari gaji, selalunya kami dua2 akan belanja bila time gaji, next week giliran mama pulak ye..nak makan kat mane yg best..ek..


p/s: esok 30 Jun 2012 anniversary kita yg 5 tahun..moga ikatan perkahwinaan ini dilimpahi kasih sayang dan diberikan kekuatan buat kita untuk harungi kehidupan yang mendatang & liku2 kehidupan yg mencabar..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. wahh zaquan pun dah pandai makan chicken chop....

    tak menahan tgk muka adik tu... bersungguh makan roti dgn minum air guna straw...

    ramai blogger anniversary bulan jun sbb dulu kawin musim cuti sekolah kot hihihihihi.... happy anniversary eija.. moga kekal hingga keakhir hayat dan bahagia bersma insan² disayangi.. amin...

    ReplyDelete
  2. bestnya jalan2 cari makan ye...

    happy anniversary eija..ucap awal2 kot lupe plk kan..

    ReplyDelete
  3. @Masya: haah dah pandai dah skrg ni, pastu pandai pulak tu bila tanya nak makan ape skrg ni, dah pandai minta nak mkn chicken chop pulak,

    heheh, dia sgt menikmati setiap makanan yg dia makan + kuat makan..

    Amin, terima kasih yana.., tp kalau ikutkan masa eija nikah ni bkn time cuti sekolah pun sbnrnya..tarikh yg kami pilih 7.7.07 sbnrnya tp bila org tua bincang mereka tetapkan 30.6.07, terima jerkla..tarikh anniversary kami sama dengan tarikh anniversary parents eija :)

    @fieda: JJCM mmg best, lebih2 lagi eija ni mmg food lovers..♥
    Terima Kasih kak fieda :))

    ReplyDelete
  4. sekali sekala mkn besar apo salah nyer kan...:)

    ReplyDelete
  5. amboii adik pun nampak seronok je mkn... byk yer makan dik :-)

    ReplyDelete
  6. @Papa Mifz: betul tu..:)

    @IntaNBerliaN: heheh..adik mmg mkn dgn penuh nikmat..hehe..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails