Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Thursday, June 16, 2011

Dugaan Bakal Pengantin| Masuk Hospital 3 Hari Sebelum Majlis Akad Nikah


As Salam,

Ini sweetmama nak story ttg bakal pengantin yg sakit dan kena admitted 3 hari sblm majlis akad nikah nya.. siapa lagi kalau bukan adik bongsu perempuan sweetmama/Mak Yang Zaquan n Ziqry. Ape pun Alhamdullillah Majlis akad nikahnya telah pun selamat diadakan pada 11 Jun 2011 (Sabtu).

Mengimbas kisah mereka sblm diijabkabulkan...mmg byk dugaan sbnrnya pasangan pengantin ni sblm mereka sah jd suami isteri..Ikutkan mereka ni bertunang pada tahun lepas..dan mengikut perancangan bulan Jun tahun lepas sepatutnya mereka bernikah..,mereka berkenalan skjp..bakal ayah mertuanya/ayah lelaki dh berkenan..,my mum berkenan juga dgn si lelaki ni..jdnya sepakat utk bertunang 3 bulan dan kawin secepat yg mungkin..tp apakan daya..kita hanya merancang..tuhan yg menentukan..persiapan dh ready..caterer dh tempah, katil dh beli..,kad kawin dh siap..sib baik x edar jerk lagi, duit hantaran pun dh bg separuh..tup2 putus tunang.., tp iye la ini la yg dikatakan jodoh..jodoh mereka masih pnjag rupanya..walaupun putus..tp akhirnya dua2 hati terbuka utk terima kembali dan akhirnya bersatu...sah sudah menjdi suami isteri kini..(story knape putus..rasa x sesuai nk citer..x elok pulak nak citer aib org ni kan..hehee..lgpun dh tentu2 lari tajuk ..citer utama nak citer pasal kes dia sakit smpai kena admitted....huhu..)

seminggu sebelum hari akad nikah berlangsung..adik sweetmama/bakal pengantin sempat lagi pergi persidangan akauntan kat Kuching..3 hari pulak tu..katanya lepas tu 2 hari dia terus cuti..dia kemas la rumah..alih2 dia balik tgh malam Selasa..bgtau dia x sihat.., ikutkan dia mula sakit perut petang jumaat sblm tu..pg jumaat tu dia elok jerk..tiba2 ptg jumaat dia kena sakit perut smpai x boleh nak memandu balik rumah..dia pun pelik sbb ptg tu dia minum nescafe. selama ni dia x prnah alah pun dgn nescafe..terpaksa la tunang dia jemput kat opis hntar balik umah.., sampai jerk rumah..bila dia ngadu dia sakit perut sbb minum air nescafe kot..my mum pun ckp mesti keracunan makanan la ni dan pesan kat dia jgn minum air Nes lagi. Bakal mak mertua dia pun risau gak siap bekalkan air teh halia..igtkan angin dlm badan..lepas minum air teh halia tu sihat sikit la dia..hari Sabtu siap boleh g kenduri kawin kawan..dan hari Ahad pagi dh bertolak ke Kuching, Sarawak..tp smpai Kuching sakit perut dia dtg lagi..smpaikan dia dihantar ke Hospital Kuching untuk pemeriksaan tp katil penuh..jd bos dia suggest dia balik KL jerk..itu yg tgh mlm Selasa smpai rumah.

Esoknya Hari Rabu..mak mertua nya dtg melawat dan paksa dia g refer pakar..akhirnya adik sweetmama pun g KPJ..smpai2 terus kena tahan..pemeriksaan awal doktor mengatakan yang adik sweetmama terkena jangkitan kuman dlm darah. Aduss..mau nye x risau..dh la majlisnya hari Sabtu...kami dok risau..kan x jd kawin lagi jerk..dahla tu..Kuman Dalam Darah ni penyakit ape..? kalau dgr..mcm sgt merbahaya..., dah la tu siapa sangka dia kena jangkitan kuman dlm darah ni sbbnya simpton dia sakit perut dan pening kepala. Esoknya Doktor explain yang bg kes adik sweetmama ni jangkitan kuman dlm darah ni merujuk kpd Demam Kepialu.

Sweetmama pun terus search kat internet ttg Demam kepialu ni..

Demam kepialu atau Demam paratifoid (Typhoid Fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa terdapat di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti, atau dari sisi kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan makanan jualan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu di sesuatu kawasan.
Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam tinggi 103° ke 104 °F (39° ke 40 °C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, tompok bewarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu.
Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Pada tahun 1907Mary Mallon ("Typhoid Mary") menjadi pembawa Amerika Syarikat yang pertama dijejak dan dikenal pasti. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control) dianggarkan 1 sehingga 20 orang yang dijangkiti demam kepialu masih membawa penyakit demam kepialu selepas sembuh.
Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta pemilihan makanan merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini.
info: wikipedia

itula serba sedikit ttg penyakit yg adik sweetmama kena/ dugaan dia sblm bergelar isteri...kesian jg tgk dia..smpai pakai inai pun kat klinik..Hari Jumaat pukul 10.00 mlm baru dia dibenarkan keluar skjp dr hospital..dan perlu dtg balik pd hari selasa. Tapi Alhamdullillah..pada hari selasa doktor check..darah dia dh ok..sbbnya ubat dia mmg antibiotik..setiap 3 jam adik sweetmama bgtau doktor perlu masukkan ubat antibiotik dan air dlm bdn dia.

Kelam kabut juga kami dibuatnya..bakal pengantin masuk hospital..dh la lg 3 hari tu sepatutnya dia fitting baju..dan follow up ape2 yg patut /berkaitan dgn majlis dia..iyela mereka yg byk berhubung/uruskan majlis besar buat mereka sndiri..itu yg lepas kuar hospital baru try baju..tup2 baju lelaki sendat..dh malam nak tukar mcmmane..pakai jerk la pg nak nikah tu.., dh tu caterer smpai lmbt..tp rezeki jgk 1 caterer lagi hntar makanan..kata x masuk pakej utk mjlis nikah.tiba2 dtg hntar makanan..itu kira rezeki la..sbb harga pakej utk majlis kenduri pada 26.6.11 dh byr..hehehe...itu yg pd hari majlis berlangsung, sweetmama ni dh mcm org x berpantang..sibuk kehulu kehilir...makcik pakcik siap bertanya..amboi cik kak..lajunye jalan dh abis pantang ke..huhu.

p/s: bila dh jd kes camni dkt adik sweetmama...itu yg bila papa ckp dia sakit perut..sakit perut yg amat sgt...kami terus suspect dia terkena penyakit jangkitan kuman dlm darah(demam kepialu) ni juga.., tp alhamdullillah skrg ni papa ckp dia dh semakin sihat..moga tiada ape2 penyakit merbahaya menimpa kami sekeluarga..amin..


 ♥Jagan Lupa Klik2 My Hearbeat♥ TQ..^_^..
 

10 comments:

  1. banyak nya dugaan...mungkin ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete
  2. aduhai memang dugaan betul.. dulu masa kta nak kawin pun ada gak jadi mcm ni... tapi yang sakit bukan kita bos kita..masa tu berdua aja dlm dept nih..kra salah sorang mesti ada... dh la event2 plak besar2... kta nak kawin hari sabtu... bos masuk sepital sbb denggi.. plak..hahahaha elok2 nak bercuti dr hari rabu terus tak jadi..hari sbtu aja cuti terus nikah..jumaat tu balik awal kelakar sungguh

    ReplyDelete
  3. besar dugaan tu..apapun tahniah kerana selamat juga bernikah...moga semuanya bertambah baik, amin.

    ReplyDelete
  4. macam2 masalah kesihatan sekarang nie kan.. harap takderlah perkara buruk yang berlaku.. banyak sungguh dugaan Mak Yang Zaquan & Ziqry nie nak kawin..

    Abg dah sehat yer? Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. sekarang ni memang kena jaga makan, kena jaga minum, kena jaga persekitaran, dah banyak sangat virus, kuman, bakteria berbahaya. kita sejak pregnant ni, banyak minum air masak then bawa bekal drpd rumah. mesti adik eija akan ingat kenangan dia nak bernikah. hiii.

    ReplyDelete
  6. alahai , cian kan ... now cmner? dia admit lg kan ?
    hrp2 panten baru sihat le hendak nye

    ReplyDelete
  7. @Puan Capa: yup..msti ada hikmah disebaliknya..insyaallah bahagia smpai ke akhir hayat setelah pelbagai dugaan dan rintangan..amin...

    @amiey lee: hehhee..mcm2 hal ye..tp tu semua kenangan kan..sib baik eija masa nak kawin dulu..ok jerk..xpela kan amiey yg penting slmt nikah..

    @AyuArjunaBigossh: amin..alhamdullillah..selamat dh sumenya..hope kenduri next week pun berjln dgn lancar..

    @Cute MuM: yup btol tu..mcm2 penyakit kita x duga dan byk btol dugaan dia..tp alhamdullillah slmt sudah jd isteri org..kalau tak runsing juga kami kat sini..hehehe..

    setakat ni alhamdullillah abg dh sihat..moga xde la berulang sakit perut dia lg.

    @Cha: hehehe..cha bkn dia jerk yg akan igt..kami sekeluarga pun msti akan igt..iye la mak eija lg risau..kalau tetiba kena tangguh majlis lagi..tp alhamdullillah sihat jg dia mjelang hr pernikahan dia.
    btol tu cha..skrg ni kalau nak selamat..kenala kurangkan makan diluar..,eija la terutamanya lepas ni kena la rajin masak..hehehe..

    @Fazilzura: alhamdullillah..now dh ok..patutnya masa hari Jumaat doktor lepaskan dia utk hari akad nikah dia keesokkannye tu..dia kena masuk balik hari Selasa..tp alahmdullillah setelah buat pemeriksaan darah pd hr selasa tu dh ok..kalau x dh la pengantin baru..kena pulak honeymoon kat spital. Next week hari persandingannya pulak..hope sumenya berjln lncr la..

    ReplyDelete
  8. dugaan nak kawen... macam2 pulak ye. alhamdulillah semuanya dah selamat~

    risau pulak bila tak semena2 kena sakit yg kita tak jangka kan~

    ReplyDelete
  9. uih..berat juga dugaan tu...kenangan sampai bila2 xleh lupa..apapun alhamdulillah semuanya selamat..semoga ada hikmahnya

    ReplyDelete
  10. @Izan Ishak: btol tu..mmg risau..tp alhamdullillah dh sihat pun skrg hope..next week sumenya berjln dgn lancar.

    @SyilaSyira: yup..compom kenangan yg x bole dilupakan..akan dikenang bkn shj oleh pengantin..tp juga kami sekeluarga..hehe..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails