Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Friday, June 3, 2011

Memori 3 Hari ZiQrY @ Wad NICU dan Kisah ZiQrY & Jaundis

As Salam,

Mengimbas memori Ziqry disahkan menghidap jaundis sehingga ditahan selama 3 hari (17 -19 Mei 2011) di wad NICU, Hospital Serdang, Selangor.

Sweetmama dibenarkan keluar wad pada hari kedua selepas melahirkan Ziqry iaitu pada petang jumaat 13 Mei 2011. Sebelum keluar wad doktor telah memeriksa Ziqry dan memaklumkan baby tidak kuning melalui pemerhatian doktor sahaja bukan melalui pemeriksaan darah.

Seperti biasa selepas keluar wad perlu maklumkan kepada Klinik Kesihatan berdekatan untuk tujuan pemantauan /lawatan misi ke rumah. Disebabkan sweetmama keluar ptg jumaat, keesokan harinya Sabtu & Ahad adalah hari cuti, oleh yang demikian pada hari Isnin baru papa maklumkan kpd klinik kesihatan yg berdekatan. Kebetulan papa maklumkan pada tgh Isnin..sudah tentula misi xkan dtg melawat pada ptg hari..sbb setahu sweetmama time misi melawat ke rumah mmg waktu pagi.

Dalam tempoh 3 hari sweetmama & Ziqry dijaga oleh my mum.., setiap kali selepas mandikan Ziqry my mum mmg selalu cakap dgn sweetmama 'anak ko ni mcm kuning jerk ummi tgk' tp sweetmama pulak sibuk dok ckp..'iye ke..papehal tunggu jerkla misi dtg rumah'

Tanggal 17 Mei 2011 hari ke enam usia Ziqry.., pagi selepas mandikan Ziqry..sekali lagi my mum nyatakan kpd sweetmama yg pd pandangan dia..Ziqry ni kuning sgt dan my mum suruh pergi emergency..memandangkan sweetmama masih lagi berasa sakit2 x selesa nak duduk..jd kalau ikutkan hati sweetmama nak juga tunggu misi dtg rumah...x tahula knpe la sweetmama masa tu x terfikir yg penyakit kuning sgt merbahaya...my mum siap bgtau papa suruh juga bawa kami ke emergency..bila sweetmama bgtau bukannyer xnak pegi..tp sweetmama mmg x boleh nak duduk dlm kereta..rasa sakit sgt..tp bila my mum bgtau kesan sakit kuning kalau x terus bw ke hospital akhirnya sweetmama akur..lebih2 lagi bila papa pun bersedia nak bw kami ke hospital dan adik sweetmama pun sedia untuk menemani untuk tolong pegangkan Ziqry.., papa dh tentu sibuk ngan Zaquan.

lepas sarapan lebih kurang pukul 10.30 pagi kami pun bertolak terus ke Wad Kecemasan, Hospital Serdang. Terus ke kecemasan memandangkan 17 Mei 2011 berkenaan merupakan cuti umum hari wesak. Nasib baik jugalah kes baby kuning..x perlu tunggu lama..x perlu saringan..terus ke wad separa kritikal untuk pemeriksaan doktor. Sementara menunggu keputusan darah..Ibu siap diberi katil di wad sementara untuk rehat susukan baby. Memandangkan cuti umum, wad kecemasan tu mmg la ramai orang..kes kecemasan pun byk..jd lama juga la sweetmama tunggu keputusan darah Ziqry tu ..mujur juga la diberi katil untuk berehat..siap dpt lunch lagi..sweetmama jamah sikit jerk la.sbb rasa mcm x sesuai jerk menu utk org berpantang.

Sambil menyusukan Ziqry sementara menunggu keputusan darah...dalam hati ni berdoa..jgnla kena tahan wad..tp apakan daya..bila doktor dtg bgtau keputusan.., beliau maklumkan kena tahan wad NICU sbb bacaannye tinggi sgt..masa ni sweetmama blur2 lagi pasal bacaan darah yg dimaklumkan...


Dapat jerk keputusan..doktor terus pindahkan kami ke Wad NICU..,  sweetmama yg masa tu x berapa nak sihat...sanggup berjalan dr emergency ke NICU dr naik kerusi roda..sbbnye mmg sakit sgt bila duduk. Sampai2 di NICU..jam menunjukkan 1.00 tgh..keadaan rasa kelam kabut jerk..sbb byk pulak kes baby kuning pada hari tu , doktor  pun kelam kabut amik data  dan interview kami..dan sweetmama dimaklumkan sekali lagi yg kuning baby tinggi sgt smpai perlu triple photo..Ziqry terus ditanggalkan baju dan diletakkan dibawah photo dan diambil line di tangan untuk masukkan air..


Sedihnye saat tgk Ziqry kena cucuk untuk cari line..mmg payah smpai bengkak2 tgn dia...masa kena cucuk tu Ziqry mmg menangis...Mama ngan Papa sedih x tertahan tgk. Selepas doktor berjaya dptkan line dan letak kan Ziqry di bwh triple photo..Alhamdullillah Ziqry terus diam..dan x meragam.



Doktor memaklumkan kpd sweetmama yg bacaan Ziqry adalah 427@25..tinggi betul tu tau..x pernah saya tgk baby kuning smpai kepeha2...itula perkara pertama yg dimaklumkan doktor...dan doktor terus menerangkan untuk kes bacaan 400 ke atas ni..mula2 kita akan terus letakkan dia tempat yg paling atas dgn triple photo dan dlm tempoh 4 jam ni baby perlu puasa ..kita hanya masukkan drip air sahaja dulu dan kita tgk respond dia terhadap cahaya..sekiranya dia x respond pada cahaya seperti bacaaan dia semakin tinggi..kita akan buat pemindahan darah.

Ya Allah ya Tuhanku.pemindahan darah...bergenang dh air mata masa ni..., pastu doktor terus inform lagi sy perlu tenangkan mental ibu dulu...sbb tu sy perlu inform semua ni..,nnti darah tu kita akan amik dr Tabung Darah Negara..tp dalam masa yg sama kita perlu juga amik darah ibu dan baby untuk matchkan dgn darah dr tabung darah negara. Yang penting sekrang bykkan berdoa yg baby awk respond dgn cahaya yg kita bg dkt dia...,sbg langkah awal sy perlukan persetujuan puan dan tandatangan puan untuk proses pemindahan darah supaya bila dia x respond..mmg kita aka terus amik langkah yg sepatutnya spt yg sy explain dkt awk td....begitula serba sedikit penerangan doktor ttg kes prolog jaundis Ziqry ni.

papa x dapat temankan Ziqry lama2 sbbnye Zaquan ade diluar dgn adik sweetmama dan dh mula merengek nakkan papa dia...rasanye mmg skjp jerk Papa dpt temankan Ziqry.., Mama yg sakit2 ni setia menanti keputusan seterusnya disisi Ziqry tp Papa dan Zaquan menanti di luar wad NICU tunggu info dr Mama. Sweetmama maklumkan pada papa yg maybe kena tahan 2-3 hari dan hanya Ibu sahaja yg boleh menemani baby dan Bapa hanya dibenarkan melawat pada waktu melawat sahaja. Akhirnya Pukul 5 ptg Papa balik dulu untuk uruskan Zaquan. Pukul 9 malam Papa dtg balik hantar beg pakaian sweetmama...sedih jerk rasanye time ni..


Memandangkan ini pengalaman pertama anak sweetmama dimasukkan ke wad NICU..., barulah sweetmama tahu mcm2 kes rupanye ada dkt wad NICU ni.bkn kes demam kuning jerk, baby x cukup bulan,baby paru2 lemah..semuanya diletakkan bersekali dlm wad NICU ni..jdnye mmg ramai smpai ibu2 ada yang x dpt katil sekiranya ingin menemani baby mereka. Ini termasukla ape yg terjadi kpd sweetmama..., bayangkan selama 3 hari 2 malam sweetmama tido duduk atas sofa jerk menemani Ziqry. Sweetmama yg pada mulanya x bole duduk..terus boleh duduk disebabkan semangat nak lihat Ziqry cepat sembuh. 3 hari sweetmama x jamah nasi disebabkan terlalu sedih..sampai x lalu nak makan. kalau diikutkan bole jerk balik rumah..tp sweetmama x sampai hati..sweetmama x sanggup tgk Ziqry nangis nak susu..lebih2 pada hari berkenaan sweetmama mmg x campur susu dia lagi..susu badan sepenuhnya w/pun sebelah jerk, sebelah lagi puting x timbul.


Berikut adalah bacaan darah Ziqry sepanjang 3 hari ditahan di wad NICU:-
Bacaan normal adalah 85@5 ke bawah


427/25 - bacaan semasa mula2 sampai di emergency wad @ 17 Mei 2011
374/22 - 3.30 ptg @17 Mei 2011
394/23 - 6.00 ptg @ 17 Mei 2011
315/18.5 - 9.00 mlm @ 17 Mei 2011
400/23.5 - 12 mlm @ 17 Mei 2011
320/18.8 - 6.00 pg @ 18 Mei 2011
303/17.8 - 1.00 tgh @ 18 Mei 2011
246/14.4 - 6.00 pg @ 19 Mei 2011
198/11.6 - 12tgh @19 Mei 2011


Bayangkan betapa sedihnye sweetmama bila tgk Ziqry asik kena cucuk jerk..dh la tu kena cucuk kat tgn..susah nak cari urat dia. Bacaan pada 17 Mei 2011 asik turun naik jerk..detik paling cemas sekali bacaan Ziqry naik 400 sekali lagi pada ujian darah jam 12.00 malam..itupun sweetmama dimaklumkan pada esoknye jam 8.00 pagi.., pada ketika itu bacaan jam 6.00 pagi belum keluar lagi..., jd doktor yg bertugas terus bgtau yg bersiap sedia utk pemindahan darah...sedihnye..tetiba doktor lagi seorang datang bgtau alhamdullillah turun byk dh 320 utk ujian darah jam 6.00 pagi..dan terus boleh tukar dr triple photo kpd double photo. bernafas skjp sweetmama rasa..., tp bila duduk sorang2...sweetmama asik nangis jerk.., setiap kali keputusan ujian darah keluar...sweetmama sms papa dgn deraian air mata..papa tau mama sedih sgt...,dh la baby sakit, pastu mama pun sakit2 x dpt baring pun..jgnkan baring hari pertama tu x lelap langsung pun mata ni. papa bg semangat jgn la sedih sgt, insyaallah Ziqry xde pape..Ziqry cepat sembuh.


Alhamdullillah hari kedua di NICU bacaan darah Ziqry semakin menurun xde lagi turun naik..., sehinggalah hari ketiga bacaan terus menurun dan dimaklumkan tak perlu photo lagi..kita tunggu keputusan  jam 12tgh...tp iye la nak tunggu dimaklumkan keputusan bkn nye cepat..jam 4.30 ptg barulah dimaklumkan yg bacaan nye dh semakin berkurang iaitu 198 dimana untuk kes di NICU bacaan dibawah 250 baru dibenarkan keluar sekiranya tiada apa-apa masalah lain. Doktor juga maklumkan yg sweetmama dan baby dh boleh discharge dr wad NICU....Lega rasanye walaupun pada masa doktor maklumkan keputusan jam 4.30 ptg tu...pukul 4.00ptg sweetmama dimaklumkan dpt katil..dlm hati akhirnya dpt juga baring meluruskan kaki setelah 3 hari kematu rasanya punggung ni duduk jerk. Excited dpt keluar wad..terus call papa bgtau cepat jemput mama.., jdknye adalah dlm 15 minit sweetmama baring meluruskan kaki. 


Walaupun dh boleh keluar dr Wad NICU, tp sweetmama dimaklumkan agar terus merujuk kpd klinik kesihatan yg berdekatan selepas keluar untuk tujuan pemantauan kerana kuning baby masih belum normal cuma x perlu phototerapi sahaja.


Sweetmama juga terus diberi temujanji dgn pakar di Hospital Serdang seperti berikut:-

Peads Clinic - 25/7/2011 - 10.00 pagi
ENT Clinic (Hearing Assesment) - 8/11/2011 - 9 pagi


Pic Ziqry dibwh phototerapi...sedih tgk..baby kena bogel..kena cucuk..smpai lebam2 tgn..pastu kena pakaikan tiub untuk kencing dia smpai melecet keliling telur dia.

Selepas keluar dr wad NICU, Pada 20 Mei 2011..misi dtg melawat ke rumah sweetmama dan dtg check tekanan darah sweetmama dan baby dan mcm biasa misi kata ptg nnti bw baby ke klinik untuk pemeriksaan darah. 

Berikut adalah keputusan pemeriksaan darah sepanjang sweetmama berulang alik ke klinik kesihatan/hospital:-

20 Mei 2011 - 11.0
21 Mei 2011 - 13.6
22 Mei 2011 - 14.2
23 Mei 2011 - 11.9
25 Mei 2011 - 9.5
27 Mei 2011 - 7.7
1 Jun 2011 - 4.2

Kalau diiuktkan badan mmg rasa x larat sbb nye iyela kita berpantang tp mcm x berpantang asik ulang alik klinik jerk..kalau skjp xpe..makan masa 2-3 jam juga menunggu nak jumpe doktor..nasib baik x bentan..,dh la papa xde menemani..,tp sweetmama masih bertuah sbb family ada byk membantu...kalau x susah juga papa kena amik cuti selalu.

Alhamdullillah akhirnya kuning Ziqry dh normal...,mulanya susah hati juga selepas keluar hospital tu bacaan turun sikit tapi dua hari berturut2 selepas tu naik balik..kalau 15 kena tahan wad ...nasib baik lepas tu terus turun dan turun. Ubatnye mmg xde lain bykkan bagi susu ibu. Tapi masa bacaan nya naik sampai 14.2 sweetmama dh mula risau..., sweetmama try pam susu sweetmama..rupanye susu sweetmama mmg x cukup..sikit jerk..bila pam adalah 1 auns jerk..terus sweetmama beli susu formula anmum untuk top-up susu. Tapi Ziqry bkn nak minum sgt susu botol dia nak mengopek susu mama dia juga. jdnye skrg ni sweetmama bg susu badan + susu formula. masa dkt NICU pun misi akan tanya air susu badan byk tak.., kalau x, mmg diorg akan top-up susu untuk baby kita.

Byk juga petua lain selain petua utama bykkan bg susu ibu sweetmama dpt utk hilangkan kuning baby ni antaranya susu kambing, buah sengkuang cina dan ubat mandi dr sensei. sweetmama pun suruhla papa cari ubat mandikan baby kuning ni kat sensei..

ini la ubat mandi kuning..x tau nama ubatnye..huhu
3 paket papa beli.
bila rebus ubat tu..hasilnye dptla air kuning ni..Ziqry dimandikan dgn ubat td..3 hari berturut2..
alhamdullillah nmpk juga pengurangannya...

inila wajah Ziqry pada hari ke 21 selepas balik dr klinik.
huh..16 hari Ziqry demam kuning.

Moga my baby Ziqry terus sembuh ye..jgn dtg balik kuning tu. Tak Sanggup rasanye tgk Ziqry asik kena cucuk kat tangan & tumit kaki lagi.

p/s : Kalau di NICU, darah baby amik kat tgn dan bacaannye dalam ratus di Klinik Kesihatan darah baby amik di tumit kaki dan bacaan nye ratus tadi bahagi 17.


Check-up sebulan Ziqry - 13 Jun 2011 (minggu depan dh sebulan dh my baby)


♥Jagan Lupa Klik2 My Hearbeat♥ TQ..^_^..
 

14 comments:

  1. sweetmama..sedihnya baca cerita ziqry ni.saya pon ternangis sekali hukhukhuk..

    alhamdulillah ziqry dah sihat. dugaan kita nk besarkan anak kan..hati mmg kena kuat..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ziqry dh ok.. sgt paham perasaan eja..sbb amiey dulu pun jadi gitu..memang airmata tak berenti ngalir... sarah pun kna masuk NICU... sbb kuning... tapi alhmadulillah dpt katil...memang tido sebelah meneybelah la ngan sarah itupun tkleh tido asik tgk dia aja... sian sgt tgk dia...

    masa ashraf plak tk kna tahan tapi kna ulang alik klinik aja sbb bacaan 14-11.. masa sarah tu memang tinggi jugak...

    ReplyDelete
  3. eh eh ziqry pakai baju sama yang amiey beli tuk ashraf gak..sweeetttt sgttt

    ReplyDelete
  4. sedihnye baca kisah ziqry ni..tp bagus untuk bacaan kite semua kan..

    ReplyDelete
  5. sedihnya tgk ziqry...mudah-mudahan dia makin okey la yer lepas nie...

    ReplyDelete
  6. mmg sgt sedih la. pengalaman yg sama berlaku kt irfan dkt spital serdang jugak...hmmm.sedih sgt

    ReplyDelete
  7. @lydzar: alhamdullillah ziqry semakin sihat. btol tu mmg kali ni menguji betol..mmg eija jd kuat semangat sbb ziqry.

    @amiey Lee: thanks amiey.. btol tu amiey..agaknye kalau eija dpt katil pun time tu..msti xleh lena juga sbb pk kan anak..yg penting kita nak dia cepat sihat & cepat kuar jerk time tu kan..
    sian jgk kat amiey ye dua2 anak sarah & asyraf kena berulang ke klinik.
    Zaquan dulu w/pun G6PD tp antibodi dia kuat..dia kuning juga tp lepas keluar wad sekali jerk g check kuning kat k.kesihatan ..pastu dh normal. adik dia ni normal..tp lama pulak kuning nye..
    heheh..hari pertama ziqry dh pakai baju tu sbrnya..:))

    @Huda: thanks huda...,ikutkan eija ni mmg xtau pun sgt pasal kuning ni..tp bila anak eija kena tahan NICU dan asik berulang alik klinik..terus familiar dgn term2 demam kuning.

    @Lynn Hamzah: thanks lynn..alhamdullillah Ziqry dh semakin sembuh dan mula aktif..kalau x masa mula2 dulu..lagi letih jerk dia..asik nak tido jerk..

    @Pn Dyha: btol Dyha..mmg eija ada baca dkt blog Dyha..tgk pic Irfan mmg kesian & sedih, x sangka pulak Ziqry pun ditahan ni NICU...mmg sedey sgt kan..mmg xleh thn airmata ni keluar tgk anak kita kena cucuk & nangis.

    ReplyDelete
  8. sedihnya tengok ziqry..
    alhamdulillah ziqry dah sembuh,,
    dapat jugak dania jumpa jumaat lepas..

    ReplyDelete
  9. mujur juga ziQry ni boleh tahan gagah. oni hari tu 1.8kg berapa hari asyik kena cucuk, tang kena amek darah tu dia meraung satu bangunan dengar. huiii mmg menangis time tu. pengalaman berhargakan eija? esok2 boleh cerita kat dia betapa jerihnya menjaga dia :D

    ReplyDelete
  10. @Cute MuM : itu la alhamdullillah..dh semakin sihat nmpknye..,dania mcm berminat nak adik jerk..hehhee...

    @Cha: itupun turun tau berat badan ziqry..masa lahir 3.39, masa sampai2 kat NICU..timbang berat dia 3.18..yup mmg pengalaman berharga especially untuk renungan dia sndiri bila dh besar nnti..

    kurusnye cik oni 1.8kg jerk..mcm baby x cukup bulan pulak..tp alhamdullillah la ye cik oni skrg bkn main chubby & comel lagi..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah dah sembuh...menitik air mata baca n3 nih..sweetmama memang sweet n tabah sgtt...hope semua mama2 akan kuat n tabah mcm sweetmama...

    ReplyDelete
  12. @Mama Tun Nur Safiya: thanks shima..
    alhamdullillah ziqry dh sembuh dh..
    tp masa mula2 tu mmg down jugak..anak kita sakit, kita pun tgh sakit jugak..iyela dlm tempoh berpantang kan..,tp bila kita tgk anak kita depan mata sakit mmg semangat tu kuat untuk kita sembuh & lihat anak kita pun sembuh dgn cepat.

    ReplyDelete
  13. salam, puan, saya sharekan kisah puan di fanpage saya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, ok tp boleh sy tahu link fanpage puan

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails