Sunday, February 5, 2012

Weekend @ Mines Bowl

As Salam,

Weekend semalam ntah camner Zaquan beriye2 ajak papa g main bowling, ntah camner ntah tetiba dia boleh fikir nak main bowling, maybe dia teringat masa kami main bowling kat Genting, sbb masa tu papa bg dia main 1 games. Itu yg buat dia rasa srnok nak main.

Ikutkan pukul 10 pg tu kami nak keluar sarap kat Impian Maju, tp Zaquan x mo turun sarap dia nangis nak g main bowling, x sangka pulak papa ikutkan kata Zaquan, terus bawa kami ke The Mines. Awal kami smpai The Mines kol 10.30 pg dh smpai..hehe..

Dah ler tu sampai2 terus g Main Bowling pulak tu, x sempat nak isi perut lagi. Zaquan , Zaquan. Yang kelakarnya dia siap ckp ngan Mama, nnti abg nak beli kasut bowling..

Kali ni sekali lagi Papa bg peluang Zaquan main 1 Games, Walapun boleh dikatakan semua balingan Zaquan masuk longkang tp xpelah yg penting dia minat & happy.

Suka betul Zaquan, ada gaya tak?
hahaha..Zaquan x pandai lg pegang bola bowling dgn betul, iyela bola tu berat, jarinya halus, So cara Zaquan pegang Bola ialah dgn memeluk bola & baling.


Adik pun Happy tgk Abg dia main Bowling
kalau boleh dia pun x sabar nak main bowling jgk :p,
Mama dgn slambernya bg Adik bebas 

Kami main satu Games jerk saje utk srnok2

Merehatkan diri dgn mengurut di kerusi urut 
memang pantang Zaquan kalau terjmpa kerusi urut ni msti dia nk urut kn bdn dia yg kecik tu dikerusi urut tu..ngalahkan org yg dh tua..huhu.

Selesai main bowling baru kami isi perut kami, kami, makan Mc'D jerk sbb Zaquan nak mkn Nugget. Masa kami nak g makan tu, lalu Panggung Wayang, Zaquan sibuk ajak Papa tgk wayang, tp xde movie yg bersesuaian la nak g tgk, sib baik Zaquan paham..sbb byk citer hantu jerk..

Lepas makan cuci2 mata kat tempat HP, Papa nk cari bluetooth, mama pun nk cari sarung notes Mama. Erm Papa dpt gk benda yg dicari, Mama jerk x dpt sbb xde yg berkenan dihati. Kaler yg Mama nk xde pulak.

Mcm biasa w/pun Zaquan dh dpt apa yg dia nak, main bowling, tp igtan dia x leh lupa pasal games..igt btol dia kat sini ada games kan..Abg nak main games la..adoiii, tau jerk dia, nk x nak bawa jgk ler drpd dgr dia nangis..

kali ni bg peluang Zaquan & Ziqry main playground yg ada dlm pusat games ni


Hahaha..Happy sungguh 2 beradik ni,
Btol la Ziqry ni nmpk lembut tp boleh tahan lasaknya
Dia berani buat apa yg abg dia buat, memerhati jerk apa yg abg dia main, dia pun sibuk nak panjat2 main.


Sedar x sedar dr pg smpai lewat ptg juga kami jln2 di The Mines, jam 6.30 ptg br smpai umah. sebelum balik sempat kami singgah Giant untuk beli makanan kudap2an utk perjalanan kami hari ni, Insyaallah hari ni kami akan ke Fraser Hills, Salam Maulidur Rasul semua..Cuti Panjang 4 hari ni kawan2 kemana?

p/s: x expect pun Papa nak bawa kami ke The Mines semalam, Sampai kong bateri notes sbb x charge..x dpt nk amik gmbr, gmbar yg ada guna digi cam yg dh low bateri jugak, itu yg kualiti gmbar sgt x memuas kan hati.



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. Wah...kecik2 dah pandai maen bowling, :) hehe

    ReplyDelete
  2. den dah lamo tak main bowling...huhu

    ReplyDelete
  3. @YaYaNsMuM: hehehe..pengaruh Papa dia, Papa dia mmg teror main bowling, so skrg ni minat main bowling tu dh jatuh kat anak..hehehe,
    lgpun anak2 zaman skrg cepat belajar kan..:))

    @Papa Mifz: hehehe..kalau ikutkan eija ni pun bkn selalu dapat main bowling, sejak dh ada anak ni susah nak traning main bowling..kita main dia pun sibuk nak main..huhu

    ReplyDelete
  4. ahahaha, amboiii kemain zaquan nak games mahal2 je. eh, zaquan jom kita main sesama cari juara longkang. erk.

    ReplyDelete
  5. seronokkan klu tgk bdk² kat playground happy jer.. macam takde masalah.. tang nak main lama.. xmoo balik tu yg payah...

    ReplyDelete
  6. @Cha: ahahhaa.. itula bdk2 zaman skrg advance..kita dulu mane nak merasa main bowling kecik2, dh belajar masuk U br pandai main bowling kan..ehhee
    boleh2 jom la set date main bowling sama2..amik dua lane, satu utk anak2, satu utk mak&bapak...hehehe

    @Masya: yup btol tu anak2 happy kita pun happy, ni nasib baik xde org sgt kat dlm playground ni, Zaquan ni kalau jenis ramai kawan yg boleh diajak main bersama yg buat dia nak main n x mo kuar, kalau xde kawan, dia sndiri pun xmo main dlm plyground tu sorang2.

    ReplyDelete
  7. pupuk minat zaquan main bowling.. nanti blh jd wakil negara :-)

    ReplyDelete
  8. @IntaNBerliaN: wow pemain negara tu, setakat ni mmg dia minat main bowling, tp itu la kena spent byk duit kalau nak latih dia dr skrg..
    setakat ni kami main suka2 jerk..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails