Wednesday, February 29, 2012

Kejam Gilerrr!

As Salam,

Mama dah perasan video ni mlm semalam di FB my friends, kebetulan malam semalam mama tgk video ni dengan Zaquan lagi, Zaquan yg umur baru 4 tahun pun paham  ckp kesiannye baby kena selimut ketat2 & kena tampal mulut..

Pagi ni bila buka Muka Buku dah ramai kawan2 FB yg kongsi kes ni dan dh kuar akhbar harian metro pun

Memang tak berhati perut btol la perbuatan pengasuh taska ni w/pun berita harian metro ni ckp diorang buat sebab sengaja nak sabotaj majikan pusat asuhan kanak2 tersebut. Yang jadi mangsanya kanak2 yg x berdosa pulak..Moga perbuatan mereka kepada kanak2 x berdosa ni dapat pembalasan yg sewajarnya.

sumber : youtube

Rupanye yang jadi mangsa tampal mulut tu anak pemilik pusat asuhan sendiri tu sendiri. Laporan polis telah pun dibuat oleh ibu mangsa kanak2 berkenaan.

sumber : Harian Metro

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya. 

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.



“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.



p/s: semalam masa tgk video ni bertambah kecut perut rasa nak hantar anak ke Taska, tapi itula risiko ibu yg bekerjaya ni, setakat ni mama masih beruntung sebab duduk dekat dgn family dan mak mertua sudi jaga anak2 kami, bila mak mertua ada hal, mama akan minta tolong pada keluarga mama, tp iye la thn depan Zaquan dh mula school dan mak mertua pun dh pencen jaga budak..risau juga memikirkan masalah taska  skrg ni.., ni pun skrg kami dah mula survey pusat asuhan nak hantar Zaquan & Ziqry thn depan..minta dijauhkan perkara2 begini terjadi pada keluarga kita semua kan..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

10 comments:

  1. tu ler smlm kak fieda tgk gak video ni..adoiii..mmg jahat sgguh la..sian tgk kt budak2 tu...mcm hal jadi kat taska skrg ni ye..tak sangka rupanya yg kena salotep mulut tu anak pemilik taska tu sendiri..

    ReplyDelete
  2. takut sya dibuatnya.. walaupun amir hantar kat rumah pengasuh bukan taska.. tp perasaan takut ttp ade.. manelah tau pengasuh ade x puashati dgn kitekan..

    tawakal jerlah moga semuanya selamat.. kesian sgt tgk gambar baby yg x bersalah tu...

    ReplyDelete
  3. ye la eija..takut betul kan skrg ni..emy pun sama mak yang jaga alhamdulillah..

    semoga anak2 kita dilindungi aminnn

    ReplyDelete
  4. Ym dh tgk vid ni smlm kat fb gak.jaat btl org tu man.eii!take berhati pwot!

    ReplyDelete
  5. xtengok video tu sampai habis..nak nangis rasanya..

    ReplyDelete
  6. xde hati perut betul orang yang lakukan tue...

    ReplyDelete
  7. sesak dada akak tgk video ni.Semoga Allah memberi balasan setimpal dgn perbuatan mereka kat bdk2 ni.geram sungguh

    ReplyDelete
  8. izan pun dah tgk video tu smlm tau eija. kenapalah ada org yg sanggup buat bby camtu. kalau dibuatnya lemas terus camna lah kan...

    insyaAllah eija.. izan doakan yg terbaik buat anak2 eija bila dorg di hantar ke taska nanti.

    ReplyDelete
  9. tu la pasal.. sian kt ank2 yg kecik tu la.. smpai hati kn..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails