Friday, July 2, 2010

Kursus Rumahtangga



Kursus Rumahtangga..??Yup pada 30.06.2010 sweetmama menghadiri kursus "Penghayatan Undang2 Keluarga : Rumahtangga Bahagia Organisasi Berjaya" anjuran JANM...sangat seronok okey...tp ape kena mengena ngan Video Clip kat atas ni..oh iye sepanjang kursus berlangsung kami dialunkan ngan suara Maher Zain oleh penceramah...sedap x..?eh sedap jgk lagu2 Maher Zain ni..kalo x sweetmama xpernah tau n kenal pun Maher Zain ni.

Okey berbalik kepada cite utama pasal kursus ni...penceramahnya Tengku Naufal Tengku Mansor seorg consultant kpd Kementerian Pembangunan Wanita&Keluarga serta pernah berkhidmat sebagai Peguam Syarie WP. Ceramah beliau mmg best..x tension langsung, kelakar tp agak outspoken ..org melaka gitew..(sila org melaka jgn terasa ngan kenyataan sy...kebanyakkannye la..)

Apa yg dapat sweetmama simpulkan drpd kursus yg sweetmama hadiri ni ialah perkara yg terpenting sekali yg perlu kita tahu ialah hak kita sebagai wanita...kursus ni dh mcm kursus kawin sbnrnya tau...mmg sgt sesuwei pasangan yg berkawin hadir especialy kaum lelaki yg perlu tau..hohohhoo..iye sbb supaya kaum lelaki ni lebih bertanggungjawab...lgpun kebanyakkan kita ni x tau /xphm ape itu Gender...sbb tu kita x tau hak kita masing2..Lets me explain what is a GENDER.

Byk yg keliru Gender adalah Jantina..gender bkn jantina tau..gender adalah persepsi ttg jantina. 

Definisi Gender 
Perlakuan, tindak tanduk dan tanggapan individi dan masyarakat - terhasil daripada proses sosialisasi-membezakan peranan, tanggungjawab, pengagihan kuasa, pengagihan & hak2 diantara lelaki & wanita - boleh diubah melalui proses sosialisasi dan tindakan afirmatif - contohnya melalui dasar, polisi, kuota &lain2.

Berikut adalah beberapa andaian yg biasa (gender)
  • Semua kerja berat dilakukan oleh lelaki
  • Ketua rumahtangga adalah lelaki
  • kerja yang melibatkan kuasa dan sumber kewangan adalah kerja lelaki
  • Ketua Persidangan mesti org lelaki
  • Memasak & mengemas rumah kerja wanita
Keganasan Berasaskan Gender
  • Wanita adalah kejadian/makhluk yang lemah
  • Wanita sering melakukan kesilapan
  • Wanita dilahirkan untuk berkhidmat kepada lelaki
  • wanita adalah objek memuaskan nafsu lelaki
  • wanita tidak berfikiran yang rasional
  • wanita hidup adalah atas ihsan suami (lelaki)
  • wanita perlu bergantung sepenuhnya kepada suami(lelaki)
  • Lelaki boleh memukul wanita kerana lelaki adalah ketua kepada keluarga.
mesti anda2 sume perasan kan mmg btol itu adalah antara persespi msyrkat terhadap gender..membeza2kan antara lelaki&wanita (wujud diskriminasi) sehingga berlakunya keganasan rumahtangga berasaskan gender... tetapi ianya boleh diubah...that's way kita perlu tau...kita ade akta yg boleh melindungi kita. 

Undang2 yang wujud.
  • Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
  • Akta/Enekmen Undang2 Keluarga Islam Negeri
  • Akta Membaharui Undang2(perkahwinan&perceraian) 1976
  • Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 1977
  • Akta Undang2 Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan
  • Art 8(2) Constitutional (Amendment) Act 2001  - memasukkan perkataan 'gender' - menegaskan diskriminasi dari segi gender adalah tidak sah.
  • Seksyen 128 Akta 303 - Hak Untuk Keadilan - "seseorang suami yang tidak memberikan keadilan kepada suami mengikut hukum syarak adalah melakukan kesalahan&hendaklah dihukum denda RM1000/penjara x melebihi 6 bln/kedua2nya sekali.
  • Seksyen 23(4) Akta 303 - Hak Bantahan dalam permohonan Poligami Suami
Kalo diikutkan mmg panjang nak citer...ini jerkla yg dapat sweetmama simpulkan...kita perlu didik anak dan nasihatkan suami kita sekiranya ade tanggapan gender wujud dlm keluarga kita, xperlu untuk membeza2kan anak lelaki & perempuan, didik mereka supaya menghargai satu sama lain, ajar anak lelaki turut sama membantu kita di dapur begitu jg dengan suami, tidak salah jika suami membantu isteri bagi kerja-kerja di dapur, suami isteri perlu saling berbincang dalam membuat sesuatu keputusan dan sesungguhnya suami adalah pelindung kepada isteri...baru keluarga kita aman damai...jgn kita berpegang kepada persespi gender yg 'streotyping'.

Buat Renungan..................
"Di antara orang-orang mukmin yang terbaik imannya ialah yang terbaik akhlaknya & orang yang terbaik akhlaknya ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap isterinya....." - Hadis Rasullullah
"Orang baik-baik antara kamu, nescaya tidak akan memukul isterinya.." - Hadis Rasullullah

No comments:

Post a Comment

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails