As Salam,
8 hingga 10 Disember 2011 sweetmama ketika ini menghadiri Bengkel "Awareness On Accrual Accounting" di Mahkota Hotel, Melaka.
hehehe..xde keje, alas cawan ni boleh jd modal untuk amik gmbar..huhu
mlm semalam kepala dh melayang igt kat insan2 tersyg kat umah
3 Hari 2 malam tinggalkan insan2 tersyg, hati rasa x berapa senang, Rindu dan Risau. Meninggalkan insan2 tersyg & tercinta off coz la rindukan. Yang membuatkan hati ni risau sebabnya ini merupakan kali pertama sweetmama tinggalkan Ziqry, Ziqry masih lagi menyusu badan pada waktu malam dan kebelakangan ni kerap terjaga mlm&pagi untuk mengemping.Yang lebih membuatkan sweetmama rasa x sedap hati bila terpaksa juga tinggalkan Ziqry walaupun Ziqry masih lagi demam, demamnya x surut2 sampaikan sehari sebelum bertolak ke Melaka kami bawa sekali lagi Ziqry ke Klinik.
Kali ni g klinik lain pulak..try klinik Zalfah. risau demam Ziqry dh masuk hari ke 4 x surut2. Kalau ikut kata Doktor still masih demam biasa.., bila chexck suhu baru 38, kira naik 0.5 juga tu, Check Gusi x bengkak. Doktor bagi ubat Demam, Selsema dan Antibiotik.
Cian tgk muka adik yg x sihat, minum susu pun x berapa nak, Nasib baik senang diberi makan ubat, x meronta2 lgsung..siap dia sndri menoleh minta disua ubat.
Sweetmama perlu juga mghadiri Bengkel ni sebab x cukup kursus, now kalau dh campur 3 hari g bengkel kat Melaka ni cukupla 7 hari kursus sweetmama.
Alhamdullillah sweetmama selamat sampai Melaka pada 8.12.11 jam 10.30 pagi dengan dihantar oleh En. Suami, tenkiu Papa sudi antar n jemput balik hari Sabtu ni. Sweetmama tumpangkan 2 rakan opismate sekali, lgpun kami x bercadang nak cuti ke Melaka, Next Week dah nak bercuti ke Cameron Highland..So mmg xde masalah nak tumpangkan kawan2 naik 1 kereta. Bertolak kol 8.30 Pagi singgah R&R Seremban pekena Sarapan Nasi Lemak. ngan Teh Tarik dan terus menuju ke destinasi.
Kalau ikutkan pendaftaran bermula jam 3.00 - 6.00 ptg, tp kami sampai awal, so sempatla jalan2 depan Mahkota Parade n Dataran Pahlawan. Pukul 3.00ptg register n dapat bilik terus melepak dlm bilik menghadap pc..huhu..,Malam baru start program..so mmg byk aktiviti bebas..hehehe. Sebelum tu lunch kat Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru di Dataran Pahlawan, Melaka. Sweetmama xde la order Nasi Lemak sbb pagi tu sweetmama dh pekena nasi lemak, tak teringat plak nak makan Nasi Lemak Antarabangsa kat Melaka ni sedangkan sehari sebelum pergi dh kecoh2 rakan opis pesan suruh makan kat sana. Sudahnya sweetmama order kueytiau Goreng, boleh thn la rasanya, Tp kawan sweetmama order Nasi Goreng Ayam dia mmg mabelas la..sedap n byk. Nasi Lemak dia off coz la sedap.
Berbalas sms dgn Papa tnya khabar anak2, Mcm biasa Adik (Ziqry) meragam x nak minum susu, Papa kata maybe dia dh xnak minum susu EnfalacA+ tu dh, so papa pun try bg minum susu abg dia (Dugro) , terus nak minum n leka skjp..
Zaquan pula ada tanya dkt papa, mama mane, nape x balik keje lagi?hehehe..sama la soalan dia setiap kali papa dia kerja luar. Lagi 2 minggu papa pulak tinggalkan kami..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
No comments:
Post a Comment
♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥