Tuesday, December 6, 2011

Ciannya Anak Mama Demam

As Salam,

Hari ni masuk hari ketiga anak mama Ziqry demam..allolo ciannya anak mama demam. Sweetmama mula sedar suhu badan Ziqry panas pada malam Sabtu (3 Dec 2011) iaitu selepas family day opis sweetmama di Wetland, Dengkil. (Story family day dlm proses nak update..huhu) Maybe disebabkan cuaca yg sangat panas pada hari tu, demam dibuatnya anak mama. 

Tetiba malam tu baru terasa kepala Ziqry Panas..Macam biasa mama letak Cool Fever. Bila demam, Ziqry mula la x selesa badan, asik terjaga jerk..pukul 2 pagi tgk suhu badan Ziqry makin panas..Cool Fever pun cepat kering..terus amik tuala basahkan dan letak kan ke kepala Ziqry, esok pagi bangun dh surut sikit suhu badan, tp stil dedar2 gak.

Ziqry pada hari pertama demam (mlm sabtu 3/12/11)

So keesokkan malam baru mama bawa Ziqry g klinik. G klinik biasa jerk kat area perumahan sweetmama duduk ni. Malam Ahad tu Doktor check bgtau kalau ikutkan suhu badan Ziqry masih ok..x tinggi pun 37.5 jerk, sebelum tu sweetmama check guna termometer sndiri 38.5, itu yg risau. Doktor suspeck Ziqry demam sebab nak tumbuh gigi, tp bila check xnmpak pun gigi dia nak tumbuh...huhu..So doktor bg ubat demam jerk n ubat masukkan kot bontot if suhu dia tetiba tinggi sangat.


Hari ni nenek Ziqry pula ada apppointment doktor, so pagi2 hantar Ziqry ke rumah Wan Ummi pulak, Mama x leh nak cuti rehat hari sbb dah apply cuti rehat 4 hari next week..Holiday akhir tahun ke CH..ehhehe..(Nasib baik la anak  keluarga sndiri yg jaga, kalau hantar pada pengasuh lain/taska..anak demam risau rasanya nak tinggalkan kat org lain..mmg wajib mama bercuti jaga anak2)

Ralat sungguh hari ni, mama boleh terlupa nak bawa ubat demam Ziqry bersama ke rumah Wan Ummi, kalut2 pagi td..msti ada jerk benda yg tertinggal. Hopefully semakin sembuh la demam anak mama, kalau ikutkan pagi td hantar badan dia x berapa panas cuma kepala dia la agak panas. Cepat2 sembuh ye anak mama..baru la tenang hati mama nak g kursus khamis ni (2 malam di Melaka) tinggalkan Ziqry ngan Abg dan Papa. 



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

14 comments:

  1. kesian ziqry demam...
    mungkin lambat baru tumbuh kot..
    dania dulu camtue gak..
    demam dulu, pastue baru tanda gigi nak tumbuh..

    ReplyDelete
  2. @Cute MUM: oh iye ke.., kalau betul nak tumbuh gigi cepatla Ziqry nya gigi dh nak tumbuh, (7 bulan dh nak tumbuh gigi) Zaquan dulu umur setahun baru gigi dia tumbuh..

    ReplyDelete
  3. alahai siannya ziqry.. sedih tgk anak sakit kan... rasa nak cuti jaga dia.. tp apakan daya.. kita kerja moga zikry cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  4. @e_da: yup..btol tu, hati ibu kan mana boleh tgk anak sakit, biarla kita sakit jgn anak yg sakit, anyway thanks ye ida..:))

    ReplyDelete
  5. selalu jugak kan budak2 demam sebab nak tumbuh gigi

    ReplyDelete
  6. Alahai handsome boy demam.. Tak tahan btoi tgk anak2 ni demam.. Ziqry cepat sembuh sayang..

    ReplyDelete
  7. HUhuhu get well soon lil boy ! :)

    ReplyDelete
  8. @eila: haah, mmg selalu dgr, biasanye bdk akan demam bila nak tumbuh gigi, tp ni masalahnya x nmpk pun gigi dia mcm nak tumbuh..

    @Salina@IbuAqil: tq dear, yup..btoi x thn tgk anak2 demam lebih2 bila demam diorang akan meragam jerk..

    @Adeeya: thanks Adeeya..^_^..

    ReplyDelete
  9. selamat petang eija

    lama ayu tak singgah sini..
    sampai anak eija demam pun ayu tak perasan..

    skeang ayu dah payah nak update blog. uruskan kedai.. sampai tak ada masa nak online

    ayu doakan ziqry cepat pulih ya...

    ReplyDelete
  10. Assalam..
    Memang musim demam kot sekarang ni..
    Anak2 dan hubby saya pun demam, saya je yang belum kena. Moga cepat sembuh..

    Salam perkenalan dati Teratak Usang

    Uruskan Android Dari Komputer|Teratak Usang

    ReplyDelete
  11. sian ziqry panas sgt kan dat day..mujur safiya tak demam risau gakss...

    ReplyDelete
  12. ank2 mmg cmtu kan..kalo berpanas kt bwh matahari lama sgt mesti demam..sy pling resah kalo ank demam..mmg tklena dibuatnya..

    ReplyDelete
  13. @Citarasa Rinduan: terima kasih ayu,
    xpe la ayu, eija phm org bisness mmg selalunya bz. Sesekali Ayu singgah sini pun dh cukup baik tau.

    @iZa: salam perkenalan, terima kasih sudi singgah blog eija.

    yup btol gak musim demam skrg ni sbb cuaca yg x menentu kan.

    @Mama Tun Nur Safiya: itula mmg panas btol time tu, lebih2 lagi baby lagi la x thn panas.

    @Mrs. F!zA: itu la kita yg dewasa ni pun x thn panas, apatah lagi bdk2 kan..lg la cepat jerk sakit dtg.

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails