Tuesday, December 20, 2011

Cuti2 Akhir Tahun / Family Trip @Cameron Highland | Pasar Malam Brinchang Day 1 & 2

As Salam,


Lambat berupdate blog, 3-4 hari br nak sambung story holiday CH Kami...huhu..terima kasih kat kawan2 yg sudi singgah baca, mood nak menaip n3 kureng, sebab masuk2 keje jerk kecoh pasal skim baru SPBA..rasanya kami kat sini dr pagi smpai ke petang x abis2 citer pasal SPBA, byk yg x puas hati dgn SPBA ni, sweetmama pun x puas hati, eh ni nak citer pasal x puas hati dgn skim SPBA ke nak citer pasal Holiday..huk2..Alright kita smbung dari story Kami Dah Selamat Sampai @ Cameron Highland

Dari Cameron Valley Tea House kami terus terjah pasar malam Brinchang, kami sampai Pasar Malam  lebih kurang jam 8 malam. Kalau ikutkan mmg penat sbb kiranya seharian dr pagi lepas sarapan terus ke KL dan malam baru sampai Cameron Highland tanpa rehat. Setakat berhenti makan di R&R Tapah . Tapi itu la bila part berjalan n soping ni srnok jerk, dh x igt letih dah..hehehe.., cuma kesian kat anak2 keletihan, Zaquan dgn suar pendek nye, lgpun x expect nak sampai malam, bonet kereta kami penuh dgn barang2 yg mak kirim jd beg baju dh tersorok kat belakang bonet.

Wah Jalan nak ke Pasar Malam sekarang ni dah sehala, so xde la sesak sgt mcm dolu2 masa sweetmama g thn 2009. Apa yang menariknya Pasar Malam Brinchang ni ek, ntah la susah nak cakap, tp pd sweetmama srnok jerk w/pun cuma jln2 kat pasar malam, mcm2 ado, nak cari pakaian, buah2an, sayur2an, bunga2an n ape jerk brg berkaitan strawberry and semestinya pelbagai makanan mcm kat pasar2 malam lain jugak. kalau di pasar malam brinchang ni makanan yg popular jagung nya yg sweet dan sweetmama suka dia pnyer kimchan dan cendawan goreng. Kimchan/Cendawan goreng yg sedap dkt stall tepi pasar malam tu. Ingat kan dah xde stall tu, rupanya ada lg, papa beli dia nya cucur sweet potato..sedap jugak. 


Day 1 - Pasar Malam Brinchang

Jalan nak menuju ke Area Pasar Malam ni ada byk gerai2 yg jual souveniar n brg2 strawberry ni, Kebetulan kami parking dekat depan2 kedai ni jerk, jd terus singgah gerai2 ni sblm ke pasar malam.

Meriah sungguh dgn bantal2 strawberry, sib baik x tergoda nak beli, thn 2009 dh beli bantal strawberry, kali ni pegi mmg lebih kepada nak makan strawberry coklat..ehhee

Pic Papa ngan Ziqry berlatarbelakang bantal2 strawberry yg meriah itu..:)

Pic Mama pulak ngan Ziqry. Nak juga bergmbar ngan bantal2 strawberry Cameron Highland tu..huhu

Dekat kedai ni la(x igt nama kedai), barang pertama sweetmama beli,
perasan x Ziqry dh pakai Glove
Yup sweetmama belikan Zaquan & Ziqry seorang sepasang Glove

Eh Mama ngan Papa bergmbar ngan Ziqry jerk,
Mana Zaquan ?

^
^
^
^
^
^
Biasalah Zaquan kalau bab bergmbar ni mana dia layan sgt mama n papa dia, ikut mood dia jerk.
lebih2 lg kalau ada benda lain yg menarik perhatian dia
Apa yg ditenung oleh Zaquan tu ye..

Hahahah dia dok tenung sticker Ben10 
dgn harapan Mama Papa belikan untuk dia
tp Mama Papa wat dek jerk
sib baik dia x melalak nak

Perjalanan diteruskan ke destinasi utama..Pasar Malam
Yeah Pertama kali Ziqry menjejakkan kaki ke Cameron Highland ni..
berjalan pulak sampai ke malam dgn cuaca yg sgt sejuk
stokin kaki Ziqry ada, tp dlm beg baju kat belakang bonet kereta..camner lah mama leh x teringat nak spare satu kat dlm handbeg
Ziqry dh dapat glove strawberry, tp habit dia ialah isap glove tu, smpai basah dibuatnya glove dia
Sib baik Ziqry suka jerk pakai glove , disebabkan Ziqry suka mama belikan satu lagi glove untuk Ziqry :)
tp glove ziqry yg kedua ni sweetmama beli kat tanah rata sebelum kami balik..:)

hari pertama sampai pasar malam terus soping,
oh yeah kali ni Zaquan n Ziqry dapat Sweater Angry Bird seorang satu
Zaquan nya kaler merah, Ziqry kaler kelabu
Beli 2 Sweater ni dengan harga RM70.
Abg dah excited dgn sweater angry bird dia tu..
Beli terus pakai..hehe
Zaquan posing dengan sweater angry bird n glove strawberry dia tu..

Pic Mama wif Ziqry,
Ziqry x rasmikan lagi dia pnyer sweater Angry Bird
Ziqry kecik lg x pandai nak bergaya sendiri
abgnya skrg ni mmg sgt pemilih,
baju yg dia nak pakai kena ikut selera dia especially baju ben10.
kalau boleh hari2 nak pakai baju ben10.
skrg ni dia dh mula minat dengan Angry Bird pula.

Si kecik berdua ni pun boleh tahan, Zaquan dan sepupu dia Dania, orang soping diorang pun nak soping gak,
sbrnynya diorang berdua tgh nak aim Belon Bubble
Comel jerk kan tgk keletah diorng..kadang2 baik sgt, kadang2 jdk kawan gaduh...ehehe
masing2 dh dapat pun kehendak masing2..Dania pun mummy dh belikan glove n beg angry birds.
Zaquan pulak dh dapat Glove n Sweater Angry Birds
time ni mmg Zaquan behave, nak berjalan sndiri xde pun minta dukong2 mcm selalu.

Selesai sudah cuci mata dan soping di Pasar Malam,
Masa untuk isi perut pulak..
Tengah2 jalan nampak pulak Starwberry Coklat kat Pasar Malam ni,
tp blom rasa nak makan strawberry coklat malam2, lg pun pk esok masih ada

Ok la kami nak g isi perut, kami beli kueytiaw goreng, kimchan goreng, jagung dan cucur sweet potato
cian anak mama, atas ye2 bertutup, sekali pakai suar pendek..
Otw nak ke tempat makan......(story isi perut kami next n3 ler..)

Day 2 - Pasar Malam Brinchang

Mama dan Ziqry dah ready nak kuar jalan2 pasar malam lagi di hari kedua
Ziqry dh siap pakai Sweater Angry Birds yg mama beli di Pasar Malam semalam
dan penutup telinga strawberry yg cute

Rasanya kalau dah sampai Cameron Highland ni tak sah kalau tak menyinggah pasar malam hari2. Hari kedua kami plan nak ke pasar malam lagi. Memang kami selamat pun sampai pasar malam.  Ada 4 family - 3 buah kereta,tapi time ni kami yg last sekali gerak/keluar dr rumah. So jdnya masing2 dh berpecah n x jumpe pun malam tu. 

Masin mulut papa, hari 1st sampai papa cakap alang2 dah sampai ni terus jerk la kita pusing pasar malam dulu, hari pun x hujan, takut esok hujan pulak xdapat kita berjalan. Tepat sungguh ramalam papa, hari kedua malam tu hujan, kalau kami berdua jerk berjalan senang tp bw anak2 kecik susah nak berjalan dgn cuaca hujan. 

Kami terjah juga mulanya dengan berpayung, Papa dukong Zaquan, Mama Dukong Ziqry sambil berpayung, adess baru separuh jalan tp letih tgn dibuatnya, at lastnya kami buat keputusan balik terus memandangkan Zaquan pulak dah tertido masa Papa Dukong dia. Papa beli Jagung & Apam Balik, Mama pulak sempat beli Asam/Halwa Strawberry buah tgn untuk rakan2 opis. 

Asam/ Halwa Strawberry..sedap..:))

Tamat sudah kisah kami berjalan di pasar malam Brinchang...Nnti sambung kisah Strawberry Farm dan Ladang Teh Brinchang pulak...



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

9 comments:

  1. seronoknya sweetmama jalan2 kt cameron..meriah dgn kaler merah...ape2 pun sweater angry bird tu cantik la..

    ReplyDelete
  2. Hihi Cameron Highland , bila baca entry ni teringat kenangan mula-mula kenal dia ;) xx

    ReplyDelete
  3. walaupun musim hujan..CH masih serono di terjah :) cantek sweater angry bird :)

    ReplyDelete
  4. aku mlm x kuor sgt psl weols ado BBQ ... ptg2 dh pi terjah dh pasar tu , tp di sebab kan weols tau sanun mahei, weols x beli sgt ..

    ReplyDelete
  5. @fieda: mmg srnok, itula meriah jerk kan tgk bantal2 strawberry tu. TQ fieda skrg ni kan mmg fenomena angry birds..hehehe

    @ADEEYA: Oh iye ke..Msti sweet kan..:)

    @AyuArjunaBigossh: Yup btol w/pun hujan perjalanan tetap diteruskan, sib baik xde la hujan lebat sgt..bila hujan cuaca pun bertambah sejuk..
    heheh..terima kasih, Selain dr Ben10, Zaquan dh jdk peminat tegar Angry Birds pulak..

    @Fazilzura: Itu la nak kena pandai tawar menawar, aku pun xde la mmbeli sgt, alang2 dh smpai tu smbil cuci mata terbeli jugak..heheheh...

    ReplyDelete
  6. seronoknyaaa. ni yg jd tak sabar nak pergi cameron. bilala dpt pergi ni.

    kita tgk pic. eija ni, mostly warna merah, dah mcm nak chinese new year lak.

    cian zaquan, bawah seksi dan sejuk.

    ReplyDelete
  7. @Cha: Insyaallah kalau ada rezeki cha x kemana, eija doakan cha dapat pegi CH bercuti bersama family tersyg satu hari nanti.

    hehehe..kebetulan bantal2 strawberry tu pun merah2 sume, sweater angry birds zaquan merah & starwberry dh tentu2la merah..itu yg nmpk merah jerk sume...hehehe

    itulah, mama nye leh terlupa spare baju zaquan dlm handbag, beg baju dh terperosok dlm bonet kereta.

    ReplyDelete
  8. saya pun baru pg cameron bulan lps, tdo kat brincang.. seronokkan waktu malam ade pasar kat situ.. tp... saya tak pg pasar tu sbb gerimis..

    ReplyDelete
  9. @Masya: oh iye ke, ramai gak yg cuti2 Cameron akhir2 thn 2011 rasanye...
    itula kebetulan musim hujan, nasib baik kami dpt gak g pasar malam masa hari pertama sampai..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails