Thursday, December 15, 2011

Pengalaman Mendebarkan| OTW Back Dari Cameron Highland |Pertama Kali Tersangkut di Tengah2 Banjir di Tapah Sehingga Kereta Dimasuki Air

As Salam,

Pengalaman mendebarkan bg sweetmama apabila semalam (14 Dis 2011) OTW back dari Bercuti di Cameron Highland iaitu betul2 500m nak keluar ke Lebuhraya kami tersekat di tengah2 BANJIR di Tapah sehingga kereta kami dimasuki air.


Kami bertolak balik Dari Cameron Highland jam 5 ptg dan sampai ke Lata Iskandar tepat jam 7.00 mlm, ada la dalam 5 minit perjalanan dr Lata Iskandar kami tempuhi satu banjir, en. suami redah jerk dan alhamdullillah lepas, 5 minit dari kawasan bnjir yg pertama kami tempuh, terdapat 1 lagi kawasan yg banjir Di Tapah(500m nak keluar ke Lebuhraya), en suami ckp kalau ada kereta depan kita yg berani lalu Banjir ni, en suami pun nak redah jerk banjir, janji jgn ada kereta depan yg berhenti time kereta redah banjir, Insyaallah selamat.

Memang sangat mendebarkan sebabnya masa tu kami btol2 kat tgh2 n tersekat bila kereta depan berhenti , kereta depan stuck pun sbb lori di jln bertentangan nak juga masuk. Belakang kereta kami kereta Adik Ipar sweetmama, Cute MuM. Masa mula2 nak redah banjir tu, en. suami asik ckp jgn la ada kereta depan yg berhenti, kalau behenti conform air masuk enjin nnti, tup2 kereta depan berhenti, x sampai beberapa saat air dh msuk kereta, maunya sweetmama x cuak, air naik kat belakang tmpat swetmama duduk, kelam kabut menyelamatkan brg2 kat bwh kaki.

Kereta kami dh dimasuki air, adesss bergenang selipar2 dalam kereta, pampers kotor anak pun abis bercampur dgn air bnjir, time ni dh ler letak pampers yg elok pun kat bawh kaki, sib baik pampers yg elok dpt diselamatkan. Tapi kasut2 anak x sempat diselamatkan, time ni dah ler mama tgh menyusukan Ziqry, sambil nyusukan Ziqry, smbil selamatkan brg n sambil amik gmbor..huhu

Lebih kurang tinggi ni la air masuk dlm kereta kami, sikit jerk lagi nak ngalir kat ruang sebelah , kalau lama lg tersekat di tgh2 arus bnjir x mustahil boleh naik sampai tempat duduk.

Lebih mendebarkan bila air dah masuki kenderaan kami, dlm keadaan yg agak panik juga time tu, en suami ckp dah terasa arus air menolak kenderaan ketepi. sweetmama kalih pandangan keluar tgk mmg deras air menolak. Arus dari kiri ke kanan. Dalam Hati ni tak berhenti2 istigfar byk2, minta dijauhkan benda yg x elok berlaku pada kami sekeluarga.

 Sib baik kenderaan boleh reverse ke belakang dan kereta kami berhenti ditepi sebelah kanan, kerata Adik Ipar berhenti sebelah kiri. Nak berhenti bersebalahan dgn kereta Adik Ipar time ni en suami dh x berani takut air masuk lg dlm kereta. 

 Bila dh berhenti tepi n bukak pintu tgk rupanya tinggi air paras ngam2 bawah pintu kereta, ini dkt tepi kalau kat tgh2 mmg tenggelam la tayar kereta.

Hampir 50 minit kami tunggu banjir reda, tgk ler lori n 4WDrive jerk yg berani redah banjir
 Ziqry pun layan tgk air banjir, Abg Zaquan lena tido sepanjang perjalanan, kalau Zaquan tersedar time ni msti dia excited tgk air banjir, elok gak dia tertido , kurang sikit kalut kami, Ziqry pulak mmg pada mulanya dh tido lena, tp kereta berhenti jerk mula la dia tersedar.

 Abg yg lena sepanjang perjalanan, dr Cameron Valley Tea House hingga selamat sampai rumah.

Akhirnya bila tgk keadaan bnjir sudah hampir reda dan tgk dah ada kereta yg redah, kami pun redah juga dan berhenti di R&R Tapah untuk membuang air banjir dalam kereta. Kami tiba di R&R Tapah jam 8.30 mlm.

 Buang Guna Botol Air Meniral jerk..

See..abis berlumpur..
Pagi ni sebelum en suami pergi keje, dia check kereta, rupanya bawah kaki seat depan sebelah penumpang pun kena, abis barang dia basah, air naik sikit xde la smpai bergenang mcm kat bhgn belakang.

Ini merupakan pengalaman pertama sweetmama sekeluarga tersekat ditgh2 banjir sehingga air masuk dlm kereta, Sangat mendebarkan. Alhamdullillah Now sweetmama dh selamat pergi dan balik. Keluarga Mertua dan Mak Usu sambung bercuti di Pulau Pinang ketika ini. Moga perjalanan mereka juga selamat pergi dan balik. Sekarang ni cuaca hujan jerk, byk pulak tu musibah yg  tak terduga berlaku. Moga hari ini dan seterusnya kehidupan kita dijauhkan dr Musibah yg tak diingini... AMIN.

p/s: sweetmama masih lg bercuti rehat hari ni, en. suami jerk yg dh mula keje, sat lg nak g umah my mom nak antar buah tgn (sayur n strawberry)..^_^..

p/s: byk keje nak diuruskan, masih blom berkesempatan nak BW blog kawan2..:( 



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

18 comments:

  1. ish..bahaya nih.....
    kena cek keta la cmtuh, takut ada effect apa2 kat enjin ker kan...

    ReplyDelete
  2. alahaiii nasib baik takde apa2 semua kan

    abis lantai kete

    ReplyDelete
  3. scary sungguh. kalau me sure panik...

    ReplyDelete
  4. Banjir masa drive ni takut air masuk ikut ekzoz, boleh berhenti kereta jam itu juga. Betul kalau banjir terus redah dan tak tukar gear masih ok tapi kalau dah terberhenti memang bahaya....

    Alhamdulillah dah sampai pun...

    ReplyDelete
  5. ngeri tgk, huhuh klau dah terpaksa memang kena redah jugak ya banjir tu, tak pa asal selamat.

    ReplyDelete
  6. sempat lagi dlm cemas - cemas tu snap gambo
    ahahaha
    yg tak thn tu..
    diapers ade seketul kat situ.
    huhuhuuh..
    mgm bahaya la klu air masuk keta
    seb baek tak jadi ape2 dgn bebudak tu
    alhamdulillah selamat balik dah...

    ReplyDelete
  7. dsytnya kan smpai air dh msuk lam kete..truk jgk tu..hbis basah semua..tetiba trgt time kita tsgkut lam banjir haitu..kita mati tkleh gerak..mmg tggelam dh pintu..lma2 hidupkan enjin mujurlah gerak..haihh mmg fobia giler.

    ReplyDelete
  8. memang risau gak masa nie..
    ingat abang jauh lagi..tau-tau ada kat depan kereta kitorang masa redah banjir 1st tue..
    yang 2nd tue memang takut.. sebab terasa kereta makin ketepi.. takut sangat jatuh..
    cuma nasib baik air tak masuk pon kat kereta..

    ReplyDelete
  9. umkaiiii tetiba tingat kejadian banjir kt segamat , kete aku mmg selamat tngelam , tp sibbaik x masuk dlm enjin...

    leps ni kete ko sure banyak part yg akan rosak psl air lumpur dh msuk kete, jd cm kete aku now ler.. aku dlm proses nak beli keto baru .. moge2 dpt ler.

    ReplyDelete
  10. Uishhhhh mama, memang menakutkan.. Tajuk enjin mati trus..

    ReplyDelete
  11. Beraninya...cik abang sweetmama redah banjir tue...kalau cik abang kita tak berani dia redah banjir tue tau hihihi

    ReplyDelete
  12. uish! mesti time ni eija tak boleh berkata-kata kan? kita dapat bayangkan situasinya. eh-eh kita pula rsa seriau. alhamdulillah semuanya dah selamat. part kreta tu, pelan2la kasi repair smula.

    ReplyDelete
  13. AMujuq air xmasuk enjin klau x haru nk kena overhaul.papun alhamdullah slamat smuanya..

    ReplyDelete
  14. @Ayung: itu la risau gak ni takut jerk kereta buat hal lepas dimasuki air banjir ni, setakat hari alhamdullillah masih ok lg..

    @amiey lee: alhamdullillah kami sume selamat
    huhu..yup lantai keta abis (bertakung air), skrg ni pun ala2 lembap jerk lg sbb xde masa nak jemur kereta musim hujan jerk pulak tu.

    @Ummi Dania Yasmine: Mmg Scary n mmg kami terasa panik pun especially bila x jangka air akan masuk kereta n terasa kereta ditolak arus air banjir.

    @Kak Zakie: btol tu kak, kami pun tawakal jerk redah alhamdullillah selamat w/pun air masuk sikit dlm kenderaan kami.

    @Anamarza: mmg ngeri, alhamdullillah kami selamat sampai

    @Sidaratul Muntaha: hehe..yo sompat lg snap2 gmbr w/pun dlm hati cemas, tp tgn cepat jerk capai kamera snap dlm gelap2..hehe
    itula bila snap br perasan adeii ada plak diapers kotor Ziqry kat situ..
    Sib baik anak2 x meragam sgt, Si abg tido spjng perjalanan, adik nangis nak susu jerk.

    @Mr. FiZa: Oh iye ke, masing2 pnyer pengalaman kan, mmg fobia ler jdnya bila lalu kawasan banjir lepas ni.itu la yg penting kereta masih boleh hidup n dapat teruskan perjalanan balik dgn selamtnya.

    @Cute MuM: kami singgah kejap jerk Cameron Valley tea House tu sbb hujan, niat nak berphotoshoot tak tercapai jgk, kami pun x sangka eh x jauh pun kereta Uyun kami dpt kejar, Actually selang sebuah kereta jerk pun kita.
    btol2 bnjir yg kedua tu mmg ngeri sbb kereta kita tersangkut kat tengah2 n sgt terasa arus air banjir menolak kereta kanq, bkn k.ct jerk panik, abg pun sama panik n risau sgt kereta x boleh jalan, alhamdullillah selamat sumenya.

    @Fazilzura: mmg itu yg dirisokan pun, hopefully jgn ler meragam, byk kos tu kalau asik kereta rosak jerk. Alhamdullillah setakat hari ni kereta kami masih ok, xwat perangai lg.
    wah syoknye, ko nak beli kereta baru, thn baru nnti dgn kereta baru la ye. Aku setakat ni bertahan dulu la dgn kereta yg ado..huhu.

    Salina@IbuAqil: yup, mmg mengerikan pun tp alhamdullillah air x masuk dlm enjin n kami sume slmt smpai umah.

    @Cik Rose Cute: kami tawakal jerk redah, dlm hati mmg risau, x sangka pun air boleh masuki kereta kami, benda dh berlaku pun yg penting kereta ok & kami slmt smpai.

    @Cha: mula2 mmg terdiam sbb ala2 tergezut yg kami akan menempuhi banjir,lepas tu eija n suami x abis2 berbual ttg pengalaman yg x dijangka n mendebarkan kami berdua.
    Alhamdullillah kami selamat sumenya n setakat ni kereta xd la sampai meragam slps dimasuki air.

    @Myra Jay: btol tu yg penting air x masuk dlm enjin n now kereta kami masih boleh digunakan. kalau x patah kaki kalau xdo kereta..

    ReplyDelete
  15. jenuh nk masuk kete masuk mesin basuh nih...
    yg pntg sume selamat..
    meh eija nengok kt sini http://maziati.blogspot.com/2011/12/jom-kira.html

    ReplyDelete
  16. hahaha..kalau boleh masuk mesin basuh xpe..,ni nak jemur kereta pun x berkesempatan..
    btol2 tu yg penting kami sume selamat

    wow, tak sangka suka2 teka pun dpt hadiah, thanks eT..^_^..

    ReplyDelete
  17. takutnya tgk air sampai masuk dalam kete yer...

    ReplyDelete
  18. @Masya: Yup mmg pengalaman yg menakutkan..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails