Sunday, July 22, 2012

Berbuka 1st Ramadhan & Bersahur Hari Ke-2 Puasa 2012

As Salam,

1 Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu memberi peluang kepada kami untuk berbuka puasa bersama keluarga. Semalam kami berbuka puasa di rumah parents Mama di Bt. 10, Cheras (dekat jerk..hehe).  Sekarang ni 4 org adik beradik Mama (termasuk Mama ler) dah berkahwin & duduk sendiri, 2 org lagi yang belum berkahwin tp bekerja/tinggal jauh dari family, seorang di Lumut, Perak dan sorang lagi di Pahang. Jadinya My mum mmg sunyi la bila anak2 dah berkahwin dan bekerja jauh ni. 

Itu yg bila ada peluang utk balik, Mama akan cuba untuk balik/singgah umah my mum. Pada hari pertama ramadhan kali ni yg dapat berkumpul sama2 berbuka puasa dirumah my mum adalah Family Mama & Family Adik ketiga Mama, So semalam dapatlah Zaquan & Ziqry main dengan Wiwin (Twins Aisyah & Sarah).

Menu berbuka puasa 1 ramadhan 1433H
Air Tangan Ummi :- Rendang Daging, Ikan Cencaru Sumbat, Acar Nenas & pemanis mulut - Bubur Tepung Pulut (Ziqry cukup suka mkn bubur ni, nnti mama cuba buat sndiri pulak ye..)


Dah menjadi kebiasaan kami suami isteri cukup suka pergi Pasar Ramadhan, walaupun sbnrnya my mum dah masak mcm2 tetap nak g terjah bazar ramadhan tgk ape yg menarik...heheh, Tapi nasib baik kami ni masih pandai kontrol diri bkn nye mmbeli sgt pun, kalau beli pun selalu beli ape yg kami tetiba rasa teringin nak makan. Lagipun kami tau dekat rumah mmg dh ada makanan. Semalam kami singgah ke Pasar Ramadhan Bandar Tun Hussin Onn (BTHO) n setelah 2 kali pusing kami beli Roti John, Murtabak & Air Tebu jerk.

Yg ini mmg x masuk dlm planning nak mmbeli & makan Pizza Hut, tp atas permintaan anak bujang Mama, Zaquan. Kebetulan Pasar Ramadhan BTHO ni berdepan dgn PHD (Pizza Hut Delivery), terus tetiba dia merengek nak makan Pizza, padahal semalam nya (Hari Jumaat) baru jerk dia mkn KFC dgn Atok &  Nenek bertiga, ni dh nak mkn fast food lagi..Adoiyai memikirkan dia dh nangis2 nak, Papa layankan jugak beli Pizza Hut, Tapi bila beli bungkus bawa balik umah wan ummi dia terus xmo makan..Sabar jerk la..,tp xpelah rezeki tambahan menu berbuka puasa 1 ramadhan kami semua la. Lagipun murah jerk, ada promosi sempena bulan ramadhan ni. 

Take Away Offer before 6.30pm @PHD
1 Regular Traditional Waikiki Pizza 
RM13.00 Nett (jimat RM9.00)


Selesai berbuka dan sembahyang maghrib kami ada agenda lain, Mama nak singgah g Metro Kajang, Tujuan utama nak g Celcom & Digi nak selesaikan urusan bil, sekali kami terlewat 5 minit, kaunter bayaran last pukul 9.00mlm rupanye. Alang2 dah sampai terus singgah Giant, beli barang utk masak sahur, beli sikit jerk blom gaji, lepas gaji bolehlah shopping barang2 dapur buat stok..huhu. 

Balik dari Metro Kajang kami singgah umah family Papa pulak, singgah tgk Atok & Nenek Zaquan & Ziqry buat biskut raya, kebetulan masa sampai mmg family mertua masih lagi sibuk membuat & packing biskut raya, So Mama pun sama2 tolong packing2 biskut raya. 

Tahun ni Papa request nak jd pekerja Mak untuk tempahan biskut raya, So nmpknye Mama xdpt la jd pekerja sbb Mama ditugaskan utk jaga Anak2 kami yg boleh thn peelnye.., siangnya sepanjang waktu bekerja dah tentu2 Atok  &  Nenek dah jaga. 

Betul2 sekali jerk dpt peluang bekerja/mmbantu MIL buat biskut raya masa baru berkahwin dan blom ada anak, ermmm..nak buat camner kan ..jd ejen pun ok gak..kalau ada sesiapa berminat nak tempah biskut raya my MIL boleh la order dgn Mama, nak jadi ejen mcm Mama ni pun boleh..Sudi2kan la layari Blogshop Homemade Cookies ye. Disitu ada senarai biskut & harga biskut raya bagi tahun 2012!

Mak aii pnjang rupanye story berbuka 1st Ramadhan Mama ni, berkait2..mcm tu la Mama ni kalau dpt menaip..n bercerita, step by step nak bercerita, x reti nak langkau2..

Ok sambung lagi ceritanya, selalunya kami satu family lepas selesai buat keje lewat mcm mane pun msti menyinggah mamak impian maju ..ini kira merangkap sahur selalunya dibulan puasa ni. Pukul 2 pagi baru kami bertolak balik umah semula tau, lg pulak esoknya/hari ni masih lg hari cuti kan..bkn kami jerk lepak minum & berborak disitu, ramai jerk umat manusia dkt kedai mamak tu lewat mlm hujung minggu begitu.

Memandangkan Mama mmg dh plan nak masak sahur hari ni, so Mama & Papa minum & makan Capati jerk. Balik2 tanya Papa nak sahur x, Papa ckp kalau Mama masak dia bangun jerk sahur, Mama mmg berniat nak cuba masak sepanjang bersahur puasa thn ni ( time ni la nak bagi suami mkn air tgn isteri), sbbnya berbuka dah tentu2 x masak, berbuka rumah MIL, balik2 kerja selalunya msti dh siap masak..(bertuah badan kan..hihi, kawan2 selalu ckp bertuah sungguh balik dh ada mak masakkan..org lain lintang pukang kejar masa nak masak..Alhamdullillah..)

Menu sahur hari ke-2, Ayam Goreng Berlada..
1 lauk jerk ..hihi..jadila drpd x bgn masak & bersahur kan..


Puas hati dapat bangun masak & bersahur bersama, senang bila dah masak awal pagi sbbnya anak2 bangun pun terus minta makan..senang semua dh tersedia. ..:)

Pagi tadi Zaquan bangun tanya nasi goreng mama ada lagi tak (menu sahur hari pertama puasa - nasi goreng sardin), 'Abg lapar nak makan'. Mama pun bgtau Hari ni Mama masak Ayam goreng utk Abg, dia pun suka n srnok nak makan, kitapun jadi srnok bila tgk anak kita berselera mkn air tgn kita kan...

layan pic semalam abg yg selera mkn nasi goreng,
Abg cukup suka mkn sardin sbnrnya, sbb tu bila buat nasi goreng sardin bkn main selera lagi dia siap bertambah2 mkn..:)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. salam ramadhan buat eija skeluarga..
    wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    mmg sedap2..
    ayu kan cdgn mmg nak abadikan kisah ramadhan di blog.. mudahan sampailah hingga 30 hari..

    hehehe

    PS; pandainya zakuan.. abis dia ambil nasi

    ReplyDelete
  2. tekun saya membacanya .. pertama kali baca entry panjang kak eija hihihihihi... dah mcm kt jugaklah tu.. semua nak cerita kalau blh hihihihihi....

    dah mule ajar zaquan puasa ke?? berselera dia sahur ...

    ReplyDelete
  3. @Citarasa Rinduan: terima kasih, salam ramadhan ayu..

    air tgn ibu mmg sedap..
    insyaallah msti sampai pnyer,
    eija ni xde lah sgt nak update 30 hari kisah ramadhan, sbb dh tau rutinnya msti sama..sbb tu untuk n3 ni eija dh explain/rangkumkan semuanya sekali..

    hihi ayu dia dh pandai makan sndiri dh..

    @Masya: hahaa..itula kan kalau boleh semua nak dicerita..

    blom lagi, insyaallah thn depan bila dia dh masuk taska boleh la kami kejutkan dia makan sahur, setakat ni selalu bgtau dkt dia , dia kena berpuasa mcm org lain jugak, tp tulah dia blom bersedia n x phm lagi erti puasa sbnrnya..

    ReplyDelete
  4. kami 1st buka makan kat rumah sendiri jer.. pastue memang sampai habis buat biskutlah dok sahur n berbuka rumah mak..

    cewah..abang nak jadi pekerja.. harinie baru check in ker? hihi

    ReplyDelete
  5. @Cute MuM: ok jerk dapat berbuka dirumah sndiri pun, kami time hari minggu la amik peluang buka puasa di bt 10, sbb hari bekerja mmg compom buka puasa umah mak..hehe
    itu mmg dh tanggungjawab membantu n bekerja buat biskut raya so mmg dah tau dah rutin sepanjang bulan ramadhan kan..

    itulah seminggu sblm puasa dah sibuk bgtau mak nak keje thn ni, yup..abg check in hari ini.., lepas berbuka dia hantar kami balik umah pastu dia dh start check in la tu..hihi

    ReplyDelete
  6. wah meriah .. weols berbuka kt surau ... ramai2 mmg syok

    ReplyDelete
  7. @AzuraFazil DIN: bertuah la ko Zura dpt g surau terawih, aku mmg x berkesempatan la. Buak kat surau pun syok..compom jimat disitu..hihi

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. maju bisnes MIL kak eija kan :-)

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails