Tuesday, September 11, 2012

Raya 2012| Minggu Kedua Raya/Merdeka Raya!

As Salam,

Minggu kedua raya, Mama pernah story kan yg naik² keje jerk Mama kena g kursus dlm mood raya, selesai kursus malam tu kira malam merdeka..30 Ogos 2012 n cuti umum merdeka jatuh pada hari Jumaat dan bersambung la cuti sampai ke hari Ahad..so, mmg ramai la yg buat open house 3 hari tu kan..

Nasib baik kursus abis awal, so Mama sampai Putrajaya pun tengahari, disebabkan sampai awal, Mama minta Papa hantar Mama balik rumah terus, time ni x terus amik Zaquan n Ziqry w/pun sbnrnya dh rindu tahap gaban kat diorg, Papa kata kalau amik pun msti diorg tgh tido waktu tgh, so balik dari keje nanti kita g kuar makan mlm sama².

Malam tu lepas Papa balik keje, kami pun keluar g makan, Zaquan dh pandai minta makan Chicken Chop, Mama nak masak barang basah mmg xde lgsung dlm peti ais time tu, sbb dh tau nak kursus n tinggalkan rumah seminggu xde lah tinggalkan barang basah dlm peti ais + beli ari tu di Carrefour pun mmg utk masak² utk family dtg beraya umah jerk hari Ahad tu..hihi.

So mlm tu kami pekena chicken chop di Austin Steak House.., Kami keluar rumah awal gak lepas maghrib kol 8 tu dah gerak kesini, tp lepas selesai makan terus jerk balik rumah semula nak tunggu kol 12 mlm baru nak kuar rumah semula nak tgk bunga api 

Menu Papa & Adik Ziqry..
Suka betul adik mamam Spagetthi, kelakar la adik ni kalau bab makan..selera jerk..comel tgk gelagat adik tunggu Papa suap spagetthi dlm mulut dia..


Menu Mama & Abg Zaquan
Kali ni Mama malas nak try menu lain..Grill Chicken Chop sama menu mcm Abg Zaquan..

Comot dh adik, dh mamam spagetthi tetap nak ngecek Mama n Abgnye Chicken Chop..

Merdeka Raya (30-31 Ogos 2012 @12 -13 Syawal 1433H)

Kalau nak tau kisah merdeka raya kami sadis jerk sbbnya mlm merdeka tu, kami ni beriye² la kunun nak tgk bunga api kat luar rumah area Fasa 4 Tambahan sudahnya 4 beranak tido lena gitew..kul 2 pagi baru tersedar..hahaha, penangan chicken chop lepas makan, baring2 tgk tv..terus tertido, dlm kol 11.30 mlm Zaquan yg kejut kami nak kuar g minum, mmg Papa plan nak kuar pun mana tau ada bunga api kat luar kan, Mama pun mmg dh bersiap pakai suar jeans bagai tp iye la baru bgn tido lps bersiap tu boleh baring semula sementara tunggu Papa bersiap n panggil, sudahnya tertido itu yg sedar kol 2 pagi elok jerk semua lena tido..xde la sesi2 nak nengok bunga api mlm tu..

Keesokannya cuti merdeka 31 Ogos Mama ada jemputan ke majlis hari lahir anak kawan sekolah Mama, kebetulan dia buat petang lepas Jumaat n kami pun mmg xde planning nak kemana time tu, dapat la Mama hadir ke majlis anak kwn Mama tu di Cheras merangkap raya sekali la dirumah dia. Jumpa la jugak kawan sekolah yg lain, tp x amik gmbar pun..sbbnya sampai2 jerk rumah kawan tu Zaquan dh buat peel menangis2, Akceli dia x mo pegi sbb dia dh pandai berkawan dgn anak jiran sebelah rumah ni, dia pk nak main jerk smpai ajak kuar berjalan pun xmo..bertangguh2 suruh tunggu dia abis main dulu..

Dari Cheras kami terus plan nak beraya ke rumah Adik Ipar Mama @ Cute MuM, iyelah alang2 dh keluar dan tgh free ni kami redah jerk la w/pun masa kami OTW tu n call Adik Ipar bgtau kami nak dtg rumah, mereka xde di rumah, kami sanggup jerk tunggu beraya rumah mertua dia dulu sebelah rumah..hihi.., 

Bila kami beraya jerk rumah Cute MuM ni hero² Mama dah aim kereta x de bumbung sepupu dia, Eisya. Zaquan la paling x malu..mainan org bkn main lg dia main..nasib baik mood Eisya baik bg sepupu dia 2 org ni main. (Mama x amik gambar mereka bertiga yg srnok bermain sbb HP dua² Mama n Papa dah kehabisan bateri). Seronok tgk diorg main sbbnya kereta xde bumbung Eisya tu siap ada lagu² terkini lg, bila Ziqry dgr jerk lagu bkn main lg dia menari siap angguk² kepala n goyang² badan lagi.

Balik dari rumah Cute MuM kami terus lena dah sbb balik pun dah malam, esok nya Mama ada jemputan open house opismate pulak.

Open House (1 Sept 2012@14 Syawal 1433H)

1hb Sept Mama g open house opismate Mama pulak, time ni cuaca panas betul kan, So Papa plan lewat petang baru nak kuar rumah, so pagi n tgh tu kami lepak rumah jerk la, tunggu jgk kalau ada kawan2 yg sudi nak dtg beraya, tp xde la pulak. Petang tu kol 5 ptg baru gerak kuar nak beraya..Meriah sungguh open house opismate Mama ni sampai bertambah 4 ekor ayam dia kena goreng sbb tetamu ramai yg dtg. (Menu utama dia Nasi Ayam & Mee Bandung Muar).  Bz tuan rumah sampai Mama pun x sempat nak bergambar2 dgn dia.., sampai² rumah dia, Adik Ziqry dh lena tido dpt kena aircond lg la lena dia tido, Zaquan pulak dh dapat geng main. Lepas Maghrib baru kami gerak balik rumah kami...lepas tu terus singgah Econsave beli barang dapur/basah, mana tau esok ada tetamu nak dtg beraya kan..

Malamnya Adik Ipar Mama/Cute MuM pulak dtg beraya ke rumah kami, sorry la kami xde hidang menu special mlm tu..

Kuar Berjalan/Menunggu Kedatangan Tetamu (2 Sept 2012@15 Syawal 1433H)

Penangan beraya di rumah Adik Ipar@Cute MuM, Hero² kami especially Zaquan la dah pandai minta nak beli kereta xde bumbung macam Eisya, Ziqry w/pun kecik lg tp bila nmpk mainan token kereta bkn main lagi tunjuk nak main.

Hari Ahad tu mood Papa baik nak bawa kami keluar berjalan survey harga mainan kereta yg Zaquan nak + ekceli nak cari mainan kereta Tamiya. Papa bawa kami g Plaza Metro Kajang jerk, malas nak gerak jauh² mana tau ada tetamu nak dtg boleh cepat balik rumah.

Puas la round satu Metro Kajang n kedai² yg berhampiran Kajang cari tp x jumpe mainan yg dihajati. Tp xpelah at least puas dpt bawa Zaquan & Ziqry berjalan w/pun Zaquan x puas hati xdpt mainan yg dia nak tp kami kenalah explain..bgtau mainan yg dia nak tu jauh kat KL n mahal..hihi..(sampai skrg dok salak nak kereta xde bumbung tp kami buat xtau jerk sbb tgh berbelah bagi nak belikan ke x, sbb atok n nenek kata jgn ikutkan sgt kehendak dia tu..huhu)

Petangnya Mama dpt call dr Schollmate Mama bgtau nak dtg beraya, W/pun Mama masa tu ada diluar masih di Kajang, tp Mama berbesar hati nak terima kunjungan kawan², cepat² ajak Papa balik bgtau ada kawan nak dtg rumah lg pun kami kuar area Kajang jgk mmg xde masalah nak balik rumah cepat, siap dapat masak Kuey Tiaw Goreng utk tetamu lagi :), "terima kasih ye my friend sudi dtg rumah aku..:))". Bila tetamu dh sampai rumah kita segan pulak nak snap2 pic tetamu, itu yg xde gambar tu..hihi

Layan gambar hero Mama ni jerk la..

Zaquan ni mmg peminat kuey tiaw..
kalau Mama masak Kuey tiaw dia tersedar kol 2 pagi pun minta nak mkn kuey tiaw Mama..

Kereta idaman masing²..xdpt nak beli..bergambar jerk la @Plaza Metro Kajang


Wah Adik nak yg ini ke..hihi


Minggu Ketiga Syawal Giliran Family Mertua Mama pulak buat open house n Jamuan Raya Opis, hari ni sudah di penghujung syawal..masih byk lagi ke invitation ke open house yg kawan² terima..Mama ada jgk tp kena ikut jadual Papa free ke x minggu ni..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. wah penuh jadualnya...
    seronok ye....

    ReplyDelete
  2. chicken chop faveret Echa tu.. dah boleh la tu belikan kete utk dorg.. hihik

    ReplyDelete
  3. tahun depan lak tengo bunga api :)

    amboi zaquan jenuh la kol 2 pg pun still nak mkn kuey tiaw :)

    ReplyDelete
  4. meriah2...

    mana gambo kite ber3 tu

    ReplyDelete
  5. @Jue a.k.a Ibu 2F: hihi..puashati dpt abiskan masa bersama family, balas dendam sbb 4 hari dh kena g kursus jauh tingglkan family dlm mood rayakan..

    @~aYu~:oh iye ke, bdk2 ni mmg suka makan chicken x kisahla masak ape pun kan..
    huhu..hati masih berbelah bagi ni tp sampai ke hari ni zaquan masih igt pasal kereta xde bumbung tu..huhu

    @syila:xdpt tgk bunga api time mlm merdeka tp minggu sudah dpt gak zaquan n ziqry tgk masa open house rumah atok n neneknya kebetulan ada org main bunga api..cantik pulak tu..ternganga Ziqry tgk..:)
    huhu..itula pasal boleh pulak tetiba hari tu dia tersedar kul 2 pg ckp nak makan kuey tiaw mama,kebetulan ada lebih, masih elok n x buang lg, senduk kan jgk utk dia makan.

    @AzuraFazil DIN: hihi..xdelah meriah sgt tp puas hati ler ada masa utk berjalan keluar..xdelah duk umah jerk kan..
    sekeping jerk pun ada gmbar kita ber3 tu..huhu

    ReplyDelete
  6. panjangnya entry tekun baca ni ... kemain lagi adik ziqri nak motor gitu yer.... besar tu .. duit pun besar kene keluarkan tau....

    setiap minggu memang ade jer jemputan.. kami ni dah x kire hujung minggu .. malam hari² kerja pun jiran² dok buat makan².. yang mane sempat kami pergi..

    ReplyDelete
  7. @Masya: kalau jd beli kan kereta yg mereka nak ni budget guna duit raya mereka jerk yana..

    betul tu mmg byk open house sana sini, tp mcm asben k.eija dia x suka la nak kuar g beraya lps waktu keje, balik keje pun dh lewat n sampai mlm, mmg time utk tido jerk..hihi

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails